KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091012

Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang PD

Baru-baru saya berkesempatan menjamu selera, makan tengahari di Medan Ikan Bakar, Kg Telok, Pasir Panjang, Port Dickson. Pertama kali saya ke sini.

Terdapat Medan Selera yang agak baru didirikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.


Makan tengahari tiada ikan bakar. Yang ada ialah Nasi Putih dengan Masak Asam. Masak asam menggunakan ikan segar, tokeh kedai kata ikan baru tangkap dan hidup lagi tadi. Ada ikan sembilang, ikan pari dan ikan kembung.

Sahabat saya minta ikan sembilang, saya minta ikan pari. Tambah lagi dengan sayur kailan goreng.

Sambil duduk menunggu makanan kami menikmati keindahan jeti nelayan dan kedamaian suasana teluk. Pada pandangan saya tempat ini boleh dimajukan lagi jika ada perkhidmatan sewa bot mengelilingi kawasan telok dan pantai berhampiran. Yang ada terdapat di jeti hanyalah bot-bot kecil para nelayan tempatan.

Lama juga tunggu hidangan makanan. Rupa-rupanya masak asam pedas di masak apabila ditempah menggunakan periuk tanah (clay pot) , cukup istimewa.

Hidangan nasi putih yang menyelerakan menggunakan beras berkualiti, ditambah dengan timun serta sambal belacan dan popodum.

Terperanjat tengok dua set hidangan asam pedas tadi rasanya boleh makan 8 orang. Dalam hati saya rabaklah poket nak bayar nanti. Terpaksa pesan satu pinggan lagi nasi tambah.

Bila bayar sekali lagi terperanjat, cuma RM 25 sahaja. Kalau macam ni,lepas ni boleh bawa satu famili dan keluarga di kampung untuk makan tengahari.

Untuk makan malam ikan bakar belum cuba lagi. Saya pasti harga dan kualiti makanan tak jauh berbeza.

Kerajaan Negeri Sembilan harus lebih mempromosikan dan memajukan tempat ini sebagai satu pusat pelancongan yang terkenal.

Tahap kebersihan kawasan persekitaran haruslah diambil berat oleh penduduk dan peniaga setempat, para pengunjung dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Perusahan bot pelancongan haruslah diadakan bagi menambahkan lagi aktiviti rekreasi di sini.

Lebih kurang 100 meter selepas Medan Ikan Bakar ini terdapat Hutan Rekreasi, Kolej Uniti dan Pusat Belia Negara. Juga terdapat Kem PLKN berhampiran tempat ini.

Kepada mereka yang belum pernah ke sini, saya sarankan agar mencubanya.

Di pekan Pasir Panjang pula terdapat Restoran Kadir. Saja saya ambil gambar sebab saya ada sahabat nama Kadir di Seremban.


Peta ke Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang di bawah



View Larger Map

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang sedap ikan bakar disana...

Raziq Najab berkata...

Terima kasih atas info...

abutarbus berkata...

Terima kasih atas maklumat yang diberi, semuga kebaikan nya kita nikmati bersama..

Nadiah berkata...

bagi saya, tempat-tempat sebegini perlu dikekalkan, jangan dimajukan. hanya menjadi 'reward' kepada yang pandai mencari.

budakkl143 berkata...

sok gok nih makan ikan bakar kat sini..tunggu nanti nak bawak my family makan kat sini..tunggu

Moos berkata...

Saya agak setuju dgn komen Nadiah Said, bukan tak nak bangsa sendiri maju, cuma takut dah promosi kang harga naik lak.

Unknown berkata...

kalau tengok pada paparan tuan, nampaknya potensi tempat ini maju sebagai tempat pelancongan amat berdaya maju sekali.

Namun yang dirisaukan bila dah maju banyak kawasan akan ditarah menjadikan tempat itu akan tak cantik dan tak natural lagi. Inilah yang berlaku pada pantai sepanjang PD..

Pantai untuk umum semakin mengecil dan tak cantik kerana spot yang baik punya dah privatisekan...

so harap kawasan ini dapat dimajukan lantas keindahannya dipelihara dengan baik.

Tempat menarik di negeri Sembilan banyak...cuma pengurusan pelancongan negeri tak berapa bijak untuk menaikkan nama negeri sembilan pada pandangan umum. Wallahualam...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih for the info...tapi jauh lagi ke kg telok pasir panjang dari pusat peranginan PD, Avillion?

Tanpa Nama berkata...

kalauu nak tau nama tokei asam pedas tu nama dia kak sal yg asal dr sarawak...cukup pandai masak masakan orang melaka...selain itu kak sal juga menerima tempahan ketering utk sebarang majlis...dan membuat ikan bakar dengan ikan yg segar dr laut...maklumat lanjut sila lah berkunjung dan menikmati asampedas special air tangan kak sal....

Tanpa Nama berkata...

tak pe tak lama lagi kerajaan negeri akan cari kawasan karang untuk di wartakan. kat situ memang ada kawasan karang hanya tunggu kelulusan saje lagi. insyaallah pasti kawasan tu akan jadi tumpuan orang ramai. kawasan tu milik kerajaan negeri dan ada hutan simpan pasir panjang. dalam hutan tu ade kubur panjang. orang dulu-dulu punya kot. situ kawasan pot mancing.

anna berkata...

tuan punya kedai tu en ariff ariffin ( my father )memang best asam pedas kt sana....patut cuba tau

Tanpa Nama berkata...

salam semua, saya nak cete satu pengalaman di medan ikan bakar kg telok semalam semasa sy bercuti bersama suami.semalam sy dan suami terkejut dgn harga makanan yg kami makan kami makan ikan stim, kangkung goreng, sotong bakar 1 ekor dan kerang rebus serta 2 teh o harganya rm 81.80.Terkejut kami berdua, ni bukan x pertama bercuti tp baru pertama x harganya mcm ni. Sy slalu makan di Umbai plg mahal dgn udang pun baru rm 60. Layanan yg diberikan tak ikhlas bila yg melayan masam selera nak makan pun hilang, ikut kan hati x nak masuk dah tp kesian kat suami yg dah lapar. Wahai peniaga ingat2 lah x akan pelancong dtg jumaat dan sabtu nak potong leher mcm tu.

Unknown berkata...

Kak sal nie sy pernha makan asam.pedas dia buat memnag teebaik..sekarang ..kak sal dah tak ada...dah balik sarawak...

Unknown berkata...

Kak sal nie sy pernha makan asam.pedas dia buat memnag teebaik..sekarang ..kak sal dah tak ada...dah balik sarawak...

Unknown berkata...

Bnyknya amik upah masak..memang nampak harga ikan murah..tapi upah memasak..dan hati hati..jika timbangan ikan udang kita di naikkan

ada kedai yg tukar ikan yg kita pilih tu dgn ikan lain

carefull..tapi so far gerai number 3.tu ok sedap sgt sgt..

Unknown berkata...

Gerai number 3 tu..paling sedap..yg memasaknya..bakar tu ex sultan johor punya tukang masak ..en zakaria