KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091024

Promosi Kartun Zunar dan Konco konco

Konco Zunar http://koncozunar.blogspot.com/ adalah sekumpulan kartunis kecil yang berpadu tenaga untuk melahirkan produksi- produksi berasaskan lukisan kartun sekaligus memperbanyakkan khazanah seni lukisan kartun di Malaysia.

Berbeza sedikit dengan yang lain, disamping mengeluarkan hasil untuk diperdagangkan, Konco Zunar juga mengutamakan kualiti, yakni setiap kartunis dalam kumpulan ini mestilah membawa mesej kepada masyarakat sebagai keutamaan disamping teknik melukis.

Dipelopori oleh kartunis berpengalaman, Zunar diikuti kartunis muda Jonos dan Ronasina serta teman-teman seperti Azzam Supardi, Nazar, Israq, Maisuri dan lain-lain sebagai permulaan.

Zunar Dan Konco-Konco menyediakan khidmat membekal apa juga jenis produk yang boleh dibeli atau ditempah orang ramai. Juga menyediakan khidmat kepakaran untuk menjalankan aktiviti melukis kartun serta mengadakan kursus untuk melatih kartunis muda.

Buat permulaan Konco Zunar menyediakan:

1. Kelas Melukis Kartun
2. Tempahan untuk menjalankan / menguruskan aktiviti / menguruskan aktiviti melukis / peraduan melukis untuk hari keluarga / sambutan DLL
3. Melukis karikatur (akan datang)
4. Lain-lain produk

Maklumat lanjut / pertanyaan, hubungi kami di talian 03-22744931 atau emel di editorkartun@gmail.com . Laman Blog di http://koncozunar.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tau tak zunar ni kawin ngan sepupu aku yang baik hati tapi zunar ni memang nampak berlagak tak hormat pakcik-pakcik dier. dulu aku ni minat kartun dier tapi bile tau perangai dier sebenar. naik menyampahlak aku. cuba lah jadi cam sepupu aku(isteri dier) tu. hormat orang tua tak kira lah apa parti politik pun.