KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091026

Projek sakit susahkan orang Senawang







Pada 23 Oktober 2009 sebuah lagi rangkaian Pasaraya Family Store telah dibuka di Taman Anggerik , Senawang. Pembukaan pasaraya ini memang dinanti-nantikan penduduk setempat memandangkan pasaraya ini menawarkan barangan pada harga yang berpatutan.

Malangnya akibat projek sakit sistem kumbahan berpusat menyebabkan jalan utama telah penuh sesak , hinggakan ada pemandu yang tidak bertanggungjawab, tidak berakal, tidak berdisiplin meletak kereta di tengah-tengah jalan utama. Lihat sini http://alqhisti.blogspot.com/2009/10/akal.html

Bukan itu sahaja bahkan penduduk Taman Anggerik mengalami kesulitan apabila pengunjung pasaraya meletak kenderaan di hadapan jalan rumah mereka.

Semuanya akibat projek sakit kerajaan Malaysia. Ulasan lanjut projek sakit ini di sini http://waghih.blogspot.com/2007/01/projek-menyusahkan-rakyat-negeri.html

Justeru itu untuk mengelakkan keadaan tidak diingini berlaku seperti kemalangan jalanraya, penduduk taman mengamuk dan sebagainya adalah disarankan beberapa agensi kerajaan mengambil serius cadangan berikut :

1. Menyiapkan segera projek sakit kerajaan Barisan Nasional ini terutamanya di Taman Anggerik.

2. Pihak polis melakukan rondaan dan menyaman kenderaan yang meletak kenderaan di tengah-tengah jalan utama.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kontraktor telah di pilih oleh jawatankuasa teknikal jkr, pbt atau lain-lain agensi. kenapa nak di tuduh barisan nasional. nak tau tak dalam jawatankuasa tu tak de pun orang BN yang ada pegawai kerajaan sahaja. barang diingat orang politik lain, kakitangan kerajaan lain. cakap tu janganlah main hentam keromo je. munafik namanye.