KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091007

Kuantan sebagai Bandar Tentera Udara


Sudah ada atau belum Bandar Tentera Udara di Malaysia ? Kalau belum elok isytiharkan Kuantan sebagai Bandar Tentera Udara , tak perlu tunggu pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.

Kita telah menghantar angkasawan. Tetapi tindakan susulan agar bidang aero angkasa menjadi salah satu industri utama di negara ini tidak begitu rancak.

Kuantan amat sesuai untuk Bandar Tentera Udara kerana bandar tersebut menghadap Laut China Selatan, iaitu laut yang luas di sebelah timur iaitu satu keperluan untuk pelancaran sebarang roket ujian. Apa sahaja yang dilancarkan menegak ke atas, akhirnya akan condong ke sebelah timur, dan jatuh kembali ke bumi disebabkan arah dan momentum putaran bumi.

Antara aktiviti berkaitan tentera udara dan aero angkasa di Bandar Tentera Udara ialah aktiviti pendidikan, industri pembuatan, ekonomi dan pelancongan seperti:

- Muzium tentera udara dan pameran aeroangkasa
- Aktiviti Kem Aero angkasa atau "Aerospace Camp"
- Institusi pengajian tinggi dan kolej teknikal yang menawarkan kursus aeroangkasa
- Industri perkhidmatan aero angkasa
- Industri pembuatan aero angkasa
- Planetarium dan aktiviti astronomi seperti cerapan bintang

Bandar Tentera Udara Kuantan atau "Fightertown Kuantan" boleh menjadi satu kenyataan.

1 ulasan:

mangchikla berkata...

juga TUDM Butterworth