KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101213

Keindahan Air Panas dekat Kendong


Sabtu lepas saya sekeluarga ke bandar Melaka menghadiri kenduri kahwin. Dalam perjalanan pulang singgah di Kolam Air Panas Cherana Putih dekat lintasan keretapi Taboh Naning, kira-kira 3 minit perjalanan dari rumah Hj Roni di Kendong.

Tempat ini dijaga bersih oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah. Ada 2 wakaf dan 7 perigi air panas. Tapi tiada tandas.

Sesuai untuk aktiviti riadah dan keluarga. Tak ramai pengunjung di sini, menurut pekerja yang sedang memotong rumput katanya memang tak ramai orang datang, biasanya penduduk kampung saja yang datang.

Kami sampai sekitar jam 5 petang. Tiada pengunjung lain ketika itu, nak balik ada seorang pakcik yang berumur bertongkat jalan kaki dari rumah berhampiran datang dengan gayung, mandi di salah satu perigi.

Perigi di sini tak boleh berendam kaki. Jadi pengunjung kalau nak datang kena bawa gayung untuk mandi dan besen kalau nak rendam kaki. Sebab tak bawa, kami pun ubahsuai guna gelas dan plastik.

Tempat ni memang amat sesuai orang macam saya, yang tak suka tempat sesak.

Kalau di Air Panas Chengkau dan terlalu ramai orang , dan sekitarnya kotor.

Di Air Panas Pedas pula pun ramai orang, dan kena bayar pula.

Apalah Majlis Daerah tak boleh contoh macam PBT di Melaka yang sediakan kemudahan untuk orang ramai dalam keadaan selesa dan bersih ?

Ayah saya yang cukup marah dengan ehem,ehem , terlepas juga kata, Melaka ni walaupun …, tapi dalam hal kebersihan, kemudahan awam, pelancongan mereka memang bagus, jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Negeri Sembilan.

Apa ke tidaknya, apabila saya masuk Melaka dari Lubuk China, ada satu simpang empat ke Ramuan Cina Besar, ada lampu isyarat di tengah kampung macam ni, walaupun trafik kenderaan tidak sibuk langsung.

Tapi di Negeri Sembilan, tak payah kampung, di Senawang ni berapa banyak simpang yang sibuk , tapi tiada lampu isyarat. Kalau ada lampu isyarat pula selalu rosak, kalau elok pun , lampunya malap, sepet dan sebagainya.

Tiada ulasan: