KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101206

River Cruise paling murah di dunia di Kuala Terengganu



Hari ni buat pertama kali saya bersama keluarga dan anak-anak buah naik bot penambang dari jeti di Seberang Takir ke jeti bandar Kuala Terengganu. Murah gila tambang bot tambang ni. Terperanjat betul punyalah ramai naik kena bayar RM4.50 semua, bukan seorang. Kalau naik bot pusing tasik Putrajaya pun dekat RM30 seorang. Yang lebih menarik naik bot ni ialah keunikan bot ini, walaupun ianya bot lama, bot papan, inilah yang dicari-cari oleh pelancong, bot-bot lama, dengan bunyi enjin yang kuat.

Seronok gila anak-anak semua naik bot penambang di Kuala Terengganu ni. Perjalanan lebih kurang 6 minit setengah, dapat menikmati keindahan sungai Terengganu, nampak tapak Monsoon Cup, bandar Terengganu.

Bila sampai seberang kami pergi Bazaar Warisan. Padahal semalam pun pergi bandar Terengganu, di Pasar Payang naik kereta. Harga kain batik, kain sutera di Bazaar Warisan ni lebih kurang sama saja dengan di Pasar Payang. Tapi di Bazaar Warisan ni lebih selesa, lebih sejuk.

Walau pun telah banyak usaha dilakukan oleh kerajaan negeri untuk menarik pelancong ke Terengganu, tapi masih banyak lagi yang boleh dilakukan.

Antaranya ialah dengan lebih banyak mempromosikan lagi peniaga batik dan sutera di Bazaar Warisan.

Mempromosi pelancongan menaiki bot penambang dengan keunikan yang sedia ada, bot lama, senyuman pakcik tua pemandu bot. Mungkin kerajaan perlu beri subsidi kepada pemandu bot ini dengan memberi mereka pakaian seragam yang lebih menarik.

Papan tanda jeti pun perlu diletak lebih banyak, biar pelancong dalam negeri mencuba naik bot penambang.

Papan tanda jeti di Seberang Takir pun perlu lebih banyak lagi. Kalau orang luar memang tak jumpanya jeti Seberang Takir ni.

Seberang Takir berpotensi sebagai kampung pelancongan dan inap desa. Dimana pelancong boleh menyewa bilik atau ruma di Seberang Takir, dan menaiki bot penambang ke Kuala Terengganu.

Sementara pelancong dari bandar boleh saja-saja naik bot penambang dari Kuala Terengganu dan melawat industri keropok di Seberang Takir.

Saya sarankan kepada semua yang melawat Kuala Terengganu, cubalah naik bot penambang di jeti berhampiran Bazaar Warisan, murah gila, dan insyaAllah selamat, kerana bot penambang ini ada jaket keselamatan.

Dan jangan lupa pergi Bazaar Warisan dan Pasar Payang.


Semalam juga kami sekeluarga pergi RFC (Radix Fried Chicken) di bandar Kuala Terengganu, betul-betul belakang Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah yang baru dibuka 2 Dis 2010. Walaupun puas mencari, kerana tersorok belakang stadium, tapi bukan main ramai orang yang berkunjung, sampai pakej Combo habis stok. Bilalah RFC nak buka cawangan di Seremban?

Tiada ulasan: