Tak pasti Malaysia ada pasukan professional untuk membantu umat Islam di Felda Palong, Jempol, N.Sembilan. Ini adalah masalah serius yang perlu perhatian semua pihak. Samada masjid ini perlu dirobohkan dan dibina masjid baru, atau ianya harus dibersihkan setiap inci ruang masjid, dipasang jaring kelawar, dipasang lampu khas, sistem siaraya khas dan sebagainya.
Atau mungkin ada orang soleh yang boleh bercakap dengan kelawar ini supaya berpindah ke tempat lain, dan biar masjid ini dipenuhi dengan manusia pula.
Najis kelawar cemar imej masjid
Utusan Malaysia 2 Dis 2010
Atau mungkin ada orang soleh yang boleh bercakap dengan kelawar ini supaya berpindah ke tempat lain, dan biar masjid ini dipenuhi dengan manusia pula.
Najis kelawar cemar imej masjid
Utusan Malaysia 2 Dis 2010
SEBAHAGIAN ahli jemaah melihat kawasan yang telah ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan najis kelawar bertaburan di ruang solat di Masjid Khariah Felda Palong 12 dan 13, Jempol, baru-baru ini.
---------------------------
JEMPOL 1 Dis. - Masalah ini bukan baru tetapi sudah lama dialami oleh ahli jemaah Masjid Khariah Felda Palong 12 dan 13.
Sepanjang 10 tahun, mereka terpaksa menggunakan masjid berkenaan dalam keadaan yang kurang menyenangkan ekoran bau busuk dan najis kelawar ketika menunaikan solat.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pihak pengurusan masjid terpaksa memasang kanvas di tengah-tengah kubah masjid berkenaan selain mengikat pita amaran untuk menjauhi kawasan berkenaan.
Imam masjid, Abd. Hamid Talib memberitahu, masalah itu berpunca setelah haiwan berkenaan menjadikan masjid tersebut sebagai kawasan habitatnya di atas siling papan rumah ibadat itu.
Jelasnya, keadaan bertambah buruk apabila siling papan mula reput akibat najis kelawar yang semakin banyak.
''Selain mengeluarkan bunyi bising, haiwan ini juga turut membuang najis di kawasan tersebut dan mengakibatkan ia dicemari bau busuk. Keadaan bertambah teruk apabila pepijat turut berada di dalam masjid," katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.
Katanya, masalah masjid itu telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab namun jalan penyelesaiannya masih tidak kelihatan.
Seorang lagi ahli jemaah, Aris Ya'akob, 53, berkata, bau itu akan menjadi lebih busuk pada waktu hujan dan pihak pengurusan masjid juga terpaksa memisahkan ruang saf ketika solat untuk mengelakkan jemaah daripada terkena najis kelawar.
''Kadangkala solat tidak khusyuk apabila kami digigit haiwan tersebut. Kaki pasti gatal dan kemerahan," katanya
Sementara itu, Abdullah Lubak, 55, mahu masalah yang menghantui jemaah diselesaikan segera memandangkan ia adalah rumah ibadat yang perlu dijaga kesuciannya.
''Jika keadaan begini berterusan, anak-anak kecil sudah tentu tidak mahu ke masjid, jadi macam mana mereka hendak belajar cintakan masjid," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm
In this same vein, make sure to turn off all lights in the room the bat is in. This may sound like a bad course of action to take because you won't be able to see when it leaves, but it is also the way to get the animal out quickest. Bats are attracted to light and sound, so if neither of those are present in the room, it will make it easier and more appealing for them to leave.
If it happens to be dark outside, a good option is to turn a light, perhaps your porch light, on outside. As mentioned earlier, bats are attracted to light, so having more light elsewhere will make the bat want to go after it.
http://www.associatedcontent.com/article/1793358/how_to_get_rid_of_bats_in_your_house.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan