KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101202

Nyaris kena waran tangkap, berbudi bahasa dengan polis

Terperanjat dapat surat hadir penyiasatan polis trafik di Kuala Lumpur, kalau tak hadir, kena waran tangkap. Kereta anak guna di IPTA. Kes langgar semasa reverse. Siasat punya siasat kawan dia yang bawa.

Saya pun telefonlah SM yang bertugas. Minta gambaran sebenar, lepas tu minta SM buatlah apa yang patut. Beritahu SM, budak-budak ni kalau kita cakap tak beri perhatian, biar SM yang nasihat. Tak kenal pun SM tu.

Alhamdulillah semua selesai dalam tempoh sehari dan case close dengan semua pihak berlapang dada, hanya melalui panggilan telefon.

Moral of the story. Saya pun mulanya geram dan marah. Tapi fikir balik, cool down dulu, mohon petunjuk dari Allah, and be nice to everybody. Alhamdulillah selesai masalah dengan izin Allah.

Kalau kita ada masalah jangan tension. Mohon petunjuk Allah. Berbicara dengan sopan santun dengan semua pihak, terutama para remaja.

Terima kasih kepada SM bertugas.

SM tu Sarjan Mejar lah, bukan Sarjan Misai.

Setiap apa yang berlaku itu, ada hikmahnya.

Kita semua kena banyak hadir kursus Menangani Stress dan Sakit Mental.

Kata-kata yang baik dan berhemah insyaAllah dapat menyelesaikan banyak masalah tanpa perlu belanja ratusan, ribuan mungkin jutaan ringgit dan dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.

Cuba tengok cerita Mentalist di TV2. Bagaimana kaedah perundingan dan kawalan mental dapat menyelesaikan banyak kes tanpa perlu tumbuk meja, baling kerusi, pelempang dan sebagainya.

Tiada ulasan: