KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20101205

Kubur penagih dadah diasingkan di N.Sembilan?

Hari ini 5 Dis 2010 saya terbaca ruangan Interaktif , luahan seorang pembaca yang menyatakan bahawa kubur orang yang mati disebabkan penyalahgunaan dadah diasingkan di kawasan perkuburan Felda Palong 4, Negeri Sembilan. Adakah apa yang didakwa oleh pembaca yang bergelar INSAN PILU ini benar? Jika benar, apakah alasan kubur mereka ini diasingkan? Bolehkan Majlis Fatwa, JAKIM, Mufti, Majlis Agama memberi penerangan samada perkara ini dibolehkan, diharuskan atau apa hukumnya?

Kalau hukumnya diharuskan, dibolehkan, adakah ianya diamalkan di tanah perkuburan lain seluruh Negeri Sembilan, mungkin seluruh Malaysia, seluruh dunia, atau hanya di Felda Palong 4 sahaja?

Berikut luahan pembaca tersebut :

SAYA mewakili waris si mati berasa sungguh kecewa dengan tindakan JKKK Kg mahupun AJK masjid di kawasan Felda Palong 4 yang telah mengasingkan kubur orang yang mati disebabkan penyalahgunaan dadah. Di mana letaknya air muka bagi waris si mati?

Sedangkan orang yang terlibat masih hidup di bumi ini, sering dicaci dan dihina masyarakat tempatan. Apabila nyawa diambil oleh Allah SWT, masyarakat tetap juga memandang hina kepada keluarga yang mengalaminya. Ini satu kelakuan yang sangat mengaibkan keluarga kami.

Kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada mereka yang merancang perkara ini.

- INSAN PILU

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/

Tiada ulasan: