KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120107

Berapa ramai askar kita dari Prebet ke Jeneral rosak aqidah?






Pada 6 Januari 2012 saya bercuti atas urusan keluarga di Rembau. Saya solat Jumaat di Masjid Kariah Kg. Bongek, Rembau. Khatib pada hari berkenaan ialah sahabat arwah ayah saya, yang kini menjadi sahabat saya iaitu Tuan Hj Hamdan, atau lebih selesa dipanggil Cikgu Hamdan, anak kepada seorang ulama terkenal iaitu Tuan Hj Mohd Yatim dimana terdapat sekolah menengah agama di Gadong atas nama Hj Mohd Yatim ini.

Teks khutbah disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Tajuk khutbah ialah “PERTAHAN AQIDAH UMMAH”

Apa yang menarik perhatian saya ialah petikan berikut dalam khutbah tersebut : “Kalimah suci ALLAH bukan sekadar 'nama am' yang bermaksud 'tuhan' walau apapun bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bungkusan, TIDAK BOLEH DIBAWA KE TANDAS (sengaja saya huruf besarkan). Allah adalah nama khas, Tuhan Yang Maha Suci - Tuhan Yang Maha Agung.”

Teks khutbah ini dibaca diseluruh Negeri Sembilan semalam. Saya yakin askar-askar kita di Kem Rasah, di PUSASDA dari Prebet hingga ke Jeneral dengar khutbah tersebut. Melainkan jika mereka tidur. Saya juga yakin Ketua Polis Negeri hinggalah ke Konstabel dengar khutbah tersebut di Masjid Negeri , Seremban (jika mereka solat di sana).

Teks khutbah ini bukan Ustaz Norazman Mohamad yang tulis, tapi dari Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Berapa ramai, berapa ribu, mungkin ratusan ribu askar, polis, bomba dan sebagainya di seluruh Malaysia yang ada lambang ALLAH dan MUHAMMAD dalam tulisan jawi pada pakaian seragam mereka.

Adakah askar kita, polis kita tidak “PERTAHAN AQIDAH UMMAH” selaras dengan tajuk Teks Khutbah tersebut?

Sila baca artikel saya sebelum ini bertajuk : “Jeneral kita masuk tandas pakai kalimah Allah” di http://waghih.blogspot.com/2011/10/jeneral-kita-masuk-tandas-pakai-kalimah.html

1 ulasan:

ajibangsat berkata...

den dah masuk baco komen dlm artikel asal kau tu. bab makruh tu kito dah sedio paham. cumonya, kalau kau rajin tgk komen mano2 blog, fb, org dah tak berapo kesah bab barakah dlm amalan lagi. kalau tak pecayo cuba tulih artikel bekaitan bondo2 shubahat, mesti ramai yg akan komen, bondo tu bkn sampai tahap haram. tu yg dunio ni hancur lobur, semuo tak berapo kesah buek bondo shubahat dan makruh. yg komen tu ontah tau ko tidak apo bondo sebonarnyo makruh tu