KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120108

Calon Wakil Rakyat perlu tahu Adat Perpatih


Pada pandangan peribadi saya, sesiapa sahaja yang ingin menjadi calon Wakil Rakyat di Negeri Sembilan ini samada Ahli Parlimen atau pun Ahli Dewan Undangan Negeri perlu mengetahui selok belok mengenai Adat Perpatih tidak kiralah mereka calon untuk Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional. Lebih-lebih lagi calon yang berbangsa Melayu yang sepatutnya menjadi juara isu Melayu.

Kalau tak tahu mengenai Adat Perpatih ini, cakap saja tak tahu, dan belajarlah dari mereka yang tahu.

Saya diberitahu semasa Dato Abdullah menjadi Undang Rembau yang ke 18 dulu, beliau akan mempastikan Pegawai Daerah atau DO semasa itu, termasuk pegawai tinggi berbangsa Inggeris pada ketika itu, mestilah memahami selok belok mengenai Adat Perpatih. Jika tidak mereka tidak boleh jadi DO atau Residen Inggeris. Sekarang tak pasti samada ianya masih diamalkan lagi atau tidak.

Tak kenal maka tak cinta. Siapa yang nak jadi wakil calon Ahli Parlimen Rembau, calon ADUN Paroi, Chembong, Kota dan Rantau setidak-tidaknya kenal dahulu siapa Dato'-Dato' Penyandang Pesaka Luak Rembau.

Senarai di bawah ini saya ambil dari blog Nagari Nan Sembilan.


Senarai Dato'-Dato' Penyandang Pesaka Luak Rembau :-

ORANG BESAR UNDANG

1. Gelaran : Dato’ Syahbandar

Penyandang : Haji Abdul Rahim bin Haji Yasin, ANS, PJK

Suku : Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak)


2. Gelaran : Dato’ Menteri Lela Perkasa

Penyandang : Dollah bin Sani, PPN, PMC, BPP

Suku : Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak)


3. Gelaran : Dato’ Raja Diraja

Penyandang : Mejar (B) Haji Bahaman bin Harun, ANS, PPT

Suku : Biduanda Lela Maharaja (Waris Nan Dua Carak)


4. Gelaran : Dato’ Mangkubumi

Penyandang : Haji Mohd Faridun bin Haji Jonid

Suku : Biduanda Sedia Raja (Waris Nan Dua Carak)


LEMBAGA TIANG BALAI UNDANG (LEMBAGA DELAPAN)

Empat Di Baroh (Tiang Balai Baghoh)

1. Gelaran : Dato’ Gempa Maharaja

Penyandang : Haji Ismail bin Jasin, PJK

Suku : Batu Hampar Baruh


2. Gelaran : Dato’ Merbangsa

Penyandang : Azmi bin Ahmad, ANS

Suku : Paya Kumboh Baroh


3. Gelaran : Dato’ Bangsa Balang

Penyandang : Haji Kassim bin Ismail, PJK

Suku : Tiga Nenek Baroh


4. Gelaran : Dato’ Samsura Pahlawan

Penyandang : Rosdan bin Haji Mohd Noh, PJK

Suku : Mungkal Baroh


Empat Di Darat (Tiang Balai Deghek/Daghek)

1. Gelaran : Dato’ Seri Maharaja

Penyandang : Abu Zarin bin Abdul Samad, PJK

Suku : Paya Kumbuh Darat


2. Gelaran : Dato’ Sinda Pahlawan

Penyandang : Haji Othman bin Kandar, DSNS, PPT, JP, PMC, ANS, PJK

Suku : Seri Lemak


3. Gelaran : Dato’ Andika

Penyandang : Ainul Hasni bin Haji Abu Hassan, PJK

Suku : Batu Belang


4. Gelaran : Dato’ Mendelika

Penyandang : Haji Kassim bin Ismail, PJK

Suku : Seri Melenggang Empat Ibu


LEMBAGA NAN DUA BELAS

1. Gelaran : Dato’ Perba

Penyandang : Haji Yahaya bin Abd. Ghani, DNS, PPT, JP

Suku : Biduanda Waris Nan Dua Carak


2. Gelaran : Dato’ Putih

Penyandang : Khairul Nizam bin Haji Yahaya

Suku : Batu Hampar Petani


3. Gelaran : Dato’ Raja Senara

Penyandang : Haji Abu Bakar bin Haji Abd Ghafar

Suku : Tanah Datar


4. Gelaran : Dato’ Lelawangsa

Penyandang : Haji Mohd Yusof bin Haji Mohd Tahar, PJK

Suku : Anak Acheh


5. Gelaran : Dato’ Ganti Maharaja

Penyandang : Haji Mohd @ Tahir bin Manap

Suku : Anak Melaka


6. Gelaran : Dato’ Setia Maharaja

Penyandang : Haji Sahari bin Maulod

Suku


7. Gelaran : Dato’ Maharaja Inda

Penyandang : Haji Samad bin Haji Hasan

Suku : Tanah Datar Darat

8. Gelaran : Dato’ Ngiang

Penyandang : Haji Salim bin Haji Ahmad

Suku : Mungkal Darat


9. Gelaran : Dato’ Panglima Dagang

Penyandang : Ruslan bin Nunet

Suku : Seri Melenggang Minangkabau


10. Gelaran : Dato’ Mengkuto

Penyandang : Tajudin bin Yusof

Suku : Seri Melenggang Kendong


11. Gelaran : Dato’ Sutan Bendahara

Penyandang : Ahmad Puad bin Hassan

Suku : Batu Hampar Darat


12. Gelaran : Dato’ Dagang

Penyandang : -

Suku : Seri Melenggang Miku


Sumber ;

http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/01/penyandang-pesaka-luak-rembau.html

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam Tuan,
Ese melihat kepado senarai lembago Tiang Balai Darek yang bernamo Dato' Mendalika iaitu Lembago Sri Melenggang Ompek Ibu tu terdapat kesalahan. Sobab apo, setau ese tiado lembago yang bernama Hj Kassim Bin Ismail. Lembago Sri Melanggang Ompek Ibu bernama Dato' Mendalika Hj Ab Ahmid Bin Abd Malek. Mohon pembetulan pado post tersebut sobab ianya berkaitan sejarah.Dato' Mendalika pon masih lagi hidup.