KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120116

Jangan tertipu ribuan hadir ke ceramah

Malam tadi telah diadakan ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Senawang. Alhamdulillah, dikhabarkan ribuan yang hadir, banyak kereta di sepanjang jalan macam waktu solat Jumaat. Bagaimana pun saya tak dapat hadir kerana menjaga emak yang tidak berapa sihat. Alhamdulillah saya berkesempatan solat Subuh di Masjid Bandar Baru Senawang pagi tadi.

Agak menyedihkan, solat Subuh jemaah pagi tadi macam biasa, tidak sampai 2 saf pun. Seolah-olah ribuan yang hadir ke ceramah malam tadi tidak terkesan dengan ceramah yang disampaikan.

Adakah yang hadir malam tadi semuanya pendengar atau jemaah yang diimport, bukan penduduk setempat ?

Di mana silapnya masih ramai penduduk setempat yang tidak hadir ke ceramah malam tadi ?

Ceramah hanyalah sebahagian dari pendekatan dakwah. Pelbagai pendekatan perlu dilakukan, seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw.

Ada orang yang dapat hidayah setelah meneliti Al Quran. Ada yang dapat hidayah hanya dengan satu potong ayat Al Quran. Ada pula yang dapat hidayah hanya dengan menziarahi dan merawat wanita tua yang sering mencemuh Nabi saw.

Hanya sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua, khususnya untuk diri saya sendiri sekeluarga.

14 ulasan:

ajibangsat berkata...

dengar ceramah lg syok dr smayang jemaah. tak caya pi tanya geng tranung kite

mohd berkata...

sokong. tak usah banding solat subuh. solat zuhur berapa orang saja datang. bila jumaat penuh pula masjid. ini masjid kampung bukan tepi jalan atau kaw bandar.

sebabnya mereka semua tak diajar solat berjamaah di masjid adalah wajib.

Tanpa Nama berkata...

import..? macam program umno ke

Tanpa Nama berkata...

kita nak dakwah org kena slow2...x bleh nk drastik.tambah2 remaja zaman sekarang.Dari x smbhyg kena smbahyang,dri smbhyg sndirian jdi smbhyg brjemaah pula.baru dgr ceramah sehari bukan terus berkesan.

Tanpa Nama berkata...

Syukurla bro..ramai org dtg jd tetamu rumah Allah swt berkat kehadiran Ustaz AI (UAI)waktu solat Magrib & Isyak.
Ingatla UAI hanya penceramah undangan di masjid kariah anda...bukanla salah UAI waktu solat subuh tiada org ramai berjemaah di masjid. Itu adalah t/jwp saudara sebagai kariah masjid di tempat tersebut menjalankn dakwah secara istikamah agar org2 kampung saudara suka ke masjid kerana Allah swt..bukan sebab UAI..
Moga sy dpt amal & sampaikn.. Jalil,Kota Kinabalu.

Tanpa Nama berkata...

En rozamal, mana lebih baik ke masjid dengar ceramah atau ke padang dengar artis menyanyi? Kita patut bersyukur rumah Allah penuh hanya kerana kuliah maghrib seorang ustaz. .. Bukan penuhnya padang dgn tarian dangdut dan nyanyian 60an... Soal waktu subuh tak penuh fikir positif mungkin mereka berjemaah di rumah atau di surau masing2... Kesimpulan tuduhan tertpu ' jgn ramainya orang' bg saya satu pandangan jumud dan jahil dalam menilai keikhlasan hadirin yg berpusu pusu berkunjung ke rumah Allah...

Tanpa Nama berkata...

sekurang-kurangnya ada usaha dakwah nak dekatkan masyarakat/muda-mudi pada masjid...ko ada buat rozamal???

Tanpa Nama berkata...

pernah ke Masjid Senawang penuh mcm ni semasa ustaz lain beri tazkirah ?....rasanya penduduk setempat tak lah seramai ini. semuanya datang sendiri dgn susah payah, bukan di impot semacam puak2 Umno tu.

Tanpa Nama berkata...

Bagus la ramai ke masjid dengar kuliah. Subuh kurang bilangan jamaah adalah masalah disemua tempat. Bukan salah UAI. Kalau anda selalu dgr ceramah UAI, pasti anda akan selalu dgr UAI menekankan solat dan datang kekuliah. Bagi yg dapat ke masjid utk solat subuh jamaah..Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Semoga ianya ikhlas lillahita'ala. Yg penting amal kita utk Allah saja tau...bukan utk merasa bangga dan membandingkan bentuk / cara orang lain beramal.

Tanpa Nama berkata...

rsenye xde sebut pn salah ustad ke ape...yg disebut kt bawah tu...sekadar renungan dan peringatan untuk kita semua, khususnya untuk diri saya sendiri sekeluarga..

so, renungkanlah...xpayah nak bg ape2 alasan..nk sembang pasal politik kt tempat lain...

atas pagar berkata...

betul tu...buatlah apa jua cara utk imarahkan rumah Allah... sesiapapun boleh hadir tak kira pas atau umno, dap pun blh hadir kalu dah masuk islam.. kalu nk berpolitik & pecahbelahkn umat, pegi masuk blog lain...

atas pagar berkata...

betul tu...buatlah apa jua cara utk imarahkan rumah Allah... sesiapapun boleh hadir tak kira pas atau umno, dap pun blh hadir kalu dah masuk islam.. kalu nk berpolitik & pecahbelahkn umat, pegi masuk blog lain...

Ahmad Fares berkata...

Lepas ni apakat share pulak gambo2 kuliah di mesjid yg takdok orang. Kemudian pakat share gambo2 pub & nite club yg penuh dgn orang Melayu clubbing. Jangan di share mende2 hok molek. Ke guane ?...

Ahmad Fares berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.