Ramai orang , termasuk orang Negeri Sembilan sendiri yang keliru dengan Adat Perpatih ini. Jangan lupa Negeri Sembilan ini diteroka oleh Orang Asal (Orang Asli) dengan dibantu oleh orang Indonesia dari Minangkabau. Antara isu paling besar yang menjadi permasalahan utama sekarang ini ialah isu tanah adat yang terbiar.
Banyak seminar, banyak kertas kerja yang dibentangkan yang menelan belanja jutaan ringgit tapi hasilnya pada saya boleh dikatakan kosong.
Yang peliknya kenapa di zaman penjajahan British , institusi istana dan Undang, tidak timbul masalah tanah adat yang terbiar? Institusi Adat pada zaman British telah berjaya memberi geran-geran kepada orang Melayu.
Dalam tangan saya ada 3 salinan geran milik arwah nenek saya. Walhal nenek saya bukannya sekolah tinggi, tapi dia ada geran atas namanya. Kini saya menghadapi masalah untuk menukar nama geran tersebut ke nama ibu saya, atau nama kakak saya, kerana memerlukan banyak dokumen serta karenah birokrasi untuk menyelesaikan proses penukaran nama tersebut.
Cuba fikirkan, zaman British, zaman Undang mempunyai banyak kuasa, mereka boleh berfikir untuk rakyat, memastikan setiap rakyat yang ada hak geran tanah, ada geran tanah, kenapa sekarang zaman ramai yang hendak membela orang Melayu, dengan kemudahan sistem komputer yang canggih , susah untuk membuat proses tersebut?
Oleh itu perlu dimartabatkan insitusi Undang dan Datuk Lembaga Adat ini. Perlu dibukukan bahan rujukan untuk memudahkan anak-anak buah membuat rujukan dalam permasalahan adat terutama yang melibatkan tanah adat.
Maka usaha Pakatan Rakyat untuk menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak yang diisytiharkan dalam Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan yang dilancarkan pada 15 Januari 2012 di Gemas adalah merupakan satu langkah awal untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan adat dan tanah adat di Negeri Sembilan ini.
Amat sukar untuk saya mencari bahan rujukan mengenai permasalahan Adat Perpatih di internet. Sumber yang boleh diharapkan hanyalah dari seorang Blogger yang secara sukarela membicarakan isu Adat Perpatih di http://nagarinansembilan.blogspot.com/
**************
Tanah lot selepas raya – MB
August 19, 2010
SEREMBAN 18 Ogos – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini berkata, lot tanah untuk rumah bagi generasi kedua peneroka di negeri ini akan diberikan seawal-awalnya selepas Aidilfitri ini.
Beliau berkata, buat permulaan, pemberian lot tanah itu hanya melibatkan satu rancangan tanah Felda sahaja dan nama Felda itu dirahsiakan buat masa sekarang.
Tanah rancangan Felda yang dipilih itu mempunyai keluasan tanah dan jumlah generasi kedua Felda yang bersesuaian dan akan dijadikan sebagai projek perintis sebelum diperluaskan di Felda lain di negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
“Bukan semua anak peneroka akan dapat. Mereka yang membantu ibu bapa, sudah berkahwin dan tinggal dalam kawasan Felda sahaja akan diberi lot-lot tanah untuk membina kediaman mereka,” katanya.
Katanya, tanah yang akan diberikan itu merupakan tanah lebihan milik Felda dan untuk projek perintis ini, membabitkan kira-kira 2,000 hektar.
Menteri Besar turut mengumumkan kenaikan elaun sebanyak RM200 sebulan berkuatkuasa Januari lepas untuk datuk-datuk Lembaga Adat di negeri yang mengamalkan adat perpatih ini.
Negeri Sembilan mempunyai seramai 177 orang datuk Lembaga Adat dan ada di kalangan mereka yang menerima elaun sebanyak RM4 atau RM80 dan pada zaman British, mereka menerima elaun sebanyak 50 sen.
“Kita naikkan setiap orang mendapat RM200 sebulan mulai (dibayar) Ogos ini tetapi sebenarnya ia telah diluluskan sejak Januari, jadi mereka semua akan menerima tunggakan tujuh bulan,” katanya.
Ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada golongan yang memelihara dan mengamalkan adat perpatih,” katanya. – BERNAMA
http://n9kini.com/tanah-lot-selepas-raya-%E2%80%93-mb/

1 ulasan:
buku banyak bang, blog ni susah sikit sobab org2 lamo tak berapo nak main blog. org2 mudo kurang paham pasal adat ni, yg ado pun maleh nak beblog jenih2 ilmiah ni, hits tak tinggi
Catat Ulasan