KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120123

Saya bangga sebagai seorang Waris Jakun


Selama ini saya beranggapan bahawa Orang Asal atau Orang Asli adalah merupakan bangsa yang jauh dari saya. Tetapi sejak minat mengenali dan menjejak balik sejarah bangsa bukan setakat sejarah kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 tetapi menjejaki balik asal usul Negeri Sembilan ini. Rupa-rupanya saya ini adalah keturunan Orang Asli juga dari Waris Jakun.

Saya bangga kerana nenek moyang saya yang waris Jakun inilah antara yang paling awal menerima Islam sejak kurun ke 15 lagi berkat dari usaha dakwah dari orang seberang iaitu dari Minangkabau.

Lebih 500 tahun dulu usaha dakwah terhadap Orang Asli ini telah berjaya menyatukan antara ketua Orang Asli iaitu Tok Batin Sekudai dan wakil dari Pagar Ruyung iaitu Dato Lela Balang yang akhirnya terbentuklah Rembau, kemudian barulah terbentuknya Negeri Sembilan.

Begitu besar peranan yang dimainkan oleh Orang Asli waris Jakun dalam sejarah pembukaan Negeri Sembilan serta sejarah kemasukan Islam di kalangab orang Asli.

Saya amat berharapkan sejarah kegemilangan dakwah dan penyatuan antara kaum di Malaysia ini seharusnya lebih hebat lagi dari kurun ke 15 dengan kecanggihan sains dan teknologi serta pelbagai kemudahan infrstruktur.

Rozmal bin Malakan, Waris Jakun


1540 - 1555 Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang (Waris Jakun)

http://www.royalark.net/Malaysia/rembau.htm

1723 - 1747 Y.A.M. Dato' Putri Kunung Siti Awan [Setiawan I], 1st Datuk Undang Luak of Johol

http://www.royalark.net/Malaysia/johol.htm

1757 Dato’ Moyang Salleh, 3rd Dato’ Penghulu, and 1st Undang of Jelebu

http://www.royalark.net/Malaysia/jelebu3.htm

1760 - 1780 Y.A.M. Dato' Bador bin Dato' Penghulu Chantak [Waris Hulu], Dato' Klana Petra Sri Jaya

http://www.royalark.net/Malaysia/sungai.htm

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikom,

Tuan, nenda kita ialah Dato' Bungkal bt Batin Sekudai. Dari keturunan anak-anak perempuan beliaulah lahirnya keturunan Biduanda Lela Maharaja - suku kita.

Saya tidak mahu mengambil kesempatan ini untuk mempromosi catatan dalam blog saya yang seadanya mengenai kisah benar ini.

Jika tuan ada masa sila lawat blog saya bertarikh 25/8/01 di bawah tajuk "Keturunannya dimuliakan, selagi ada bulan, selagi ada bintang."

Apa yg ingin saya sampaikan ialah betapa keturunan beliau malu mengaku dari keturunan Dato Bungkal bt. Batin Sekudai, Orang Asal keturunan Jakun.

Sekian, terima kasih.