Setelah puas berkempen untuk sumbangan ke sekolah tahfiz di Seremban, baru pagi tadi berkesempatan untuk beri sumbangan bulanan tersebut sebanyak RM20. Selepas masukkan ke akaun SRIIDU , saya pun SMSlah ke Ustaz Nazri Zainuddin, Bendahari SRIIDU menyatakan baru masuk dalam akaun SRIIDU sumbangan bulanan RM20 atas nama arwah ayah, almarhum Hj Malakan bin Hj Kamaruddin.
Tiba-tiba tersebak, bila teringatkan sumbangan RM20 ini.
Apabila arwah ayah saya sedang nazak di atas katil di hospital Seremban, ayah saudara (saya panggil Acek) sebelah emak datang menziarahi ayah saya. Acek saya ini merupakan seorang bekas tentera , orang yang hidup di bawah paras kemiskinan, tiada berpencen.
Apabila Acek nak pulang, ayah saya dalam keadaan lemah panggil saya mengatakan sesuatu. Saya tak berapa dengar. Lalu ayah buka topeng oksigen, katanya “Beri Acek kau RM20, nanti abah bayar balik” . Lalu saya pun berilah Acek RM20.
Rupa-rupanya RM20 tersebut memberi makna yang mendalam sekarang ini kepada saya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan