KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130811

Bergolok bergadai untuk majlis kahwin, ajaran mana?


Ni ajaran mana, mazhab mana, fahaman mana yang sampai bergolok bergadai nak buat majlis persandingan ini? Ini ikut sunnah Nabi Muhammad saw atau ikut adat Melayu? Kalau sayang Nabi, sayang Islam, kenapa tak ikut sunnah Nabi saw? Tapi untuk golongan kaya raya, jutawan apa salahnya kalau mampu asalkan media jangan terlalu ghairah untuk menghebohkannya sehingga rakyat jadi papa kedana terikut-ikut.

Pinjam RM85,000 untuk kahwin
4 Syawal 1434H / 11 Ogos 2013

KUALA LUMPUR – Banyak pasangan pengantin baharu pada masa kini terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membiayai kos perkahwinan yang terlalu tinggi.

Pinjaman peribadi itu dibuat bagi membolehkan mereka menanggung beban perbelanjaan kahwin meliputi bayaran mas kahwin, wang hantaran dan kos perbelanjaan kenduri seperti katering, pelamin, dewan, pakaian pengantin serta khidmat jurufoto.

Bagi pasangan Harun dan Hamidah, masing-masing berusia 25 tahun dari Shah Alam, Selangor, mereka mengakui turut terjebak dalam belenggu pinjaman peribadi demi menempuh gerbang perkahwinan.

Menurut Harun, dia terpaksa membuat pinjaman peribadi sebanyak RM85,000 daripada bank untuk berkahwin pada awal tahun lalu.

“Saya nekad buat pinjaman sebesar itu selepas membuat kiraan mas kahwin, wang hantaran, kos majlis perkahwinan dan banyak lagi yang mencecah lebih RM60,000,” ujarnya ketika ditemui di rumah mereka.

Jelas Harun, dia terpaksa membuat pinjaman sebanyak itu kerana tidak mempunyai tabungan lantaran berkahwin pada usia yang muda dan baru tamat pengajian di universiti.

Tiada ulasan: