KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130812

Serangan asid terhadap wanita kini kembali


Sejak tahun 2011 terdapat sekitar 20 kes serangan asid terhadap mangsa yang terutamanya wanita di jalanan yang berlaku yang belum dapat lagi diselesaikan dan penjenayah yang melakukannya masih lagi berleluasa. Kini , serangan asid ini kembali. Ya Allah, selamatkanlah bumi Malaysia ini dari kes jenayah yang pelik-pelik yang semakin menjadi-jadi. Adakah ini balasan kerana kami sering melupakan Mu?

Wanita cedera disimbah asid di lampu isyarat
5 Syawal 1434H / 12 Ogos 2013
KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.

Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa.
Beliau berkata mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Amiruddin berkata polis juga akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: