KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130801

Bilalah orang kita nak pandai amal kitar semula?


Dah berbuih kerajaan cakap pasal kitar semula, tapi masih ramai rakyat tidak amalkannya. Semoga sempena Ramadan kali ini dapat mendidik kita semua mengamalkan kitar semula hanya semata-mata kerana Allah. Semoga pemimpin dan rakyat dapat mengamalkan kitar semula. Kepimpinan melalui tauladan. Artikel saya sebelum ini “Buang sampah dengan betul boleh dapat pahala sedekah” di http://rozmal.blogspot.com/2013/06/buang-sampah-dengan-betul-boleh-dapat.html


Parlimen: Lebih Dua Juta Kilogram Bahan Kitar Semula Disimpan Isi Rumah - Halimah

KUALA LUMPUR, 31 Julai 2013 (Bernama) -- Jumlah bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah di seluruh negara berjumlah 2.1 juta kilogram. Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata secara purata, setiap rakyat Malaysia menyimpan bahan kitar semula sebanyak 0.07 kilogram, sehari.

"(Contoh) Bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah ialah mesin basuh yang dibeli oleh suami pada waktu perkahwinan pertama. Walaupun mesin basuh baharu dibeli, mesin basuh lama walaupun rosak, disimpan di belakang rumah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rohani Abdullah pada sesi persidangan Dewan Negara pada Rabu.

Halimah berkata kajian Komposisi Sisa Pepejal oleh kementerian pada 2012, menunjukkan bahawa kadar kitar semula dalam kalangan isi rumah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2005, kepada 9.7 peratus pada tahun 2011.

1 ulasan:

Azahari Rahman berkata...

den da lamo buek.rugi tak untung yor dapek.bersamo kito menjago kebersihan untuk kito bersamo