KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20130110

Hari Ahad, Sunday ialah sempena hari sembah matahari




Ahad atau Sunday bermaksud hari matahari. Zaman dahulu kala, hari Ahad ialah hari kebesaran untuk mereka yang menyembah matahari (sun). Kajian Dr Samuele Bacchiocchi dari Andrews University menunjukkan bahawa tidak terdapat bukti sejarah awal Kristian yang menunjukkan bahawa hari Ahad ialah hari kebesaran agama Kristian (However, no adequate consideration has yet been given to the theological motivations for Sunday observance presented in the early Christian literature).

Hari Jumaat adalah merupakan penghulu segala hari untuk orang Islam. Merupakan hari perayaan pada setiap minggu untuk orang Islam. Pada hari Jumaat, Allah ciptakan Adam, Allah turunkan Nabi Adam  ke bumi, Allah mematikan Nabi Adam dan banyak lagi kelebihan yang tertulis sejak awal Islam.

Sekadar renungan, sejauh mana kita memuliakan, menceriakan, meraikan hari Jumaat menurut syariat Islam.

***************
Our investigation into the origin of Sunday observance has so far focused on two major contributory factors. The first, anti-Judaism, which appears to have caused a widespread devaluation and repudiation of the Sabbath, thereby creating the exigency of a new day of worship. The second, the development of Sun-cults with the consequent enhancement of the day of the Sun over that of Saturn, a contingency which apparently oriented Christians toward such a day, since it provided an adequate symbolism to commemorate significant divine acts. However, no adequate consideration has yet been given to the theological motivations for Sunday observance presented in the early Christian literature.

FROM SABBATH TO SUNDAY:  
A HISTORICAL INVESTIGATION OF THE RISE OF SUNDAY OBSERVANCE IN EARLY CHRISTIANITY 
Chapter 8
SUN-WORSHIP AND THE ORIGIN OF SUNDAY
Samuele Bacchiocchi, Ph. D., Andrews University


Serangan internet terhadap remaja Islam, Nabi dah tunjuk jalan



Remaja Islam kini menghadapi serangan akidah yang begitu hebat ketika ini. Serangan risalah melalui internet adalah lebih hebat ketika ini dari serangan melalui media cetak. Nabi saw telah menunjukkan kepada kita bagaimana untuk menghadapi serangan ini yang semakin hebat melalui cerita sejarah dalam Al Quran dan Hadith.

Dulu ada teknologi yang lebih hebat dari internet, iaitu teknologi sihir. Remaja pada ketika itu begitu asyik dengan sihir. Raja pada ketika itu mengarahkan ketua tukang sihir agar mencari pelapis. Lalu dipilihlah seorang budak untuk dilatih. Budak ini pun berlatih dan pelajari ilmu sihir setiap hari.

Namun setiap hari dalam perjalanan, budak ini akan lalu rumah seorang pendeta agama. Dengan kelunakan, kelembutan pendeta, lama kelamaan budak tadi terpikat dengan ajaran pendeta tadi yang mengEsakan Allah. Dalam pada masa yang sama budak tadi tetap belajar ilmu sihir.

Panjang betul cerita pasal budak ni, carilah sendiri ceritanya di internet.

Akhir sekali budak yang dilatih menjadi tukang sihir sudah terbalik , menjadi seorang pendakwah yang berani tanpa banyak berkata-kata, hanya pandai berdoa kepada Allah. Dan boleh dikatakan seluruh negeri beriman kepada Allah , kecuali Raja yang zalim serta pengikutnya.

Jadi kepada para pendakwah Islam, sebelum nak salahkan pendakwah bukan Islam, tanya diri kita sendiri adakah kita dapat mencontohi pendeta tersebut untuk mempengaruhi remaja kita yang asyik berinternet agar mereka dapat menikmati keseronokan Islam melalui pelbagai cara, perkahwinan, permainan, teknologi, pemakanan dan sebagainya?

Adakah kita hendak memikat remaja kita dengan apa yang halal dan seronok untuk dilakukan, atau hendak memarahi remaja kita dengan tidak melakukan perkara yang haram tapi seronok juga untuk dilakukan?

Bukan untuk remaja saja, tapi untuk bapa dan atok remaja yang leka dengan judi internet dan sebagainya.

Rujukan : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka jilid ke 10
Surah Pilihan : Surah Al-Buruj ( Juzu’ 30, Surah 85, bermula ayat 4 )

KISAH ASHABUL UHDUD Part 1
Maksud ayat (1-9) Surah Buruj (Gugusan bintang):

1. Demi langit Yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
2. Dan hari (pembalasan) Yang dijanjikan;
3. Dan makhluk-makhluk Yang hadir menyaksikan hari itu, serta Segala keadaan Yang disaksikan; -
4. Celakalah kaum Yang menggali parit,
5. (Parit) api Yang penuh Dengan bahan bakaran,
6. (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
7. Sambil mereka melihat apa Yang mereka lakukan kepada orang-orang Yang beriman.
8. Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang Yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
9. Tuhan Yang Menguasai Segala alam langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.


20130109

Kalimah Allah ada di Tanah Melayu sebelum kelahiran Nabi saw


Sering saya perkatakan pada teman-teman bahawa N.Sembilan mempunyai banyak kesan sejarah yang lebih hebat dari Melaka. Entah dimana silapnya pelancongan sejarah di Negeri Sembilan ini tidak sehebat Melaka. Lebih malang lagi orang N.Sembilan pun tidak tahu apa kesan sejarah yang hebat di sini. Antaranya ialah di N.Sembilan wujud sejak tahun 137 Masihi iaitu 434 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad saw batu hidup yang ada tulisan kalimah Allah dalam bahasa Arab.

Di tempat batu ini juga terdapat makam ulama zaman Kesultanan Islam Melaka.

Di manakah batu hidup tersebut, siapa ulama tersebut, kisahnya di http://waghih.blogspot.com/2012/11/sejarah-awal-islam-di-malaysia-yang.html

Terlalu banyak kesan sejarah, misteri, karamah dan macam-macam lagi yang boleh memberi manafaat kepada banyak pihak.

Janganlah kita lihat balak, tanah, pasir sahaja sebagai sumber hasil negeri atau individu tertentu.

Bak kata seorang Sheikh Ulama Tarikat yang masih hidup di N.Sembilan, kalau keadilan ditegakkan mengikut landasan Islam di Negeri Sembilan ini akan keluar minyak di perairan Negeri Sembilan.

20130108

Jasa besar keturunan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk Malaysia


Pada 14 Januari 2013 ini rakyat Negeri Sembilan akan menyambut Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan iaitu KDYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Seharusnya semua pihak terutamanya orang Negeri Sembilan tahu akan asal usul mereka dan kenapa pemerintahan beraja di Negeri Sembilan ini amat unik, lain dari negeri lain.

Minangkabau serta Pagaruyung telah menjalinkan hubungan yang erat dengan kerajaan Melaka sebelum serangan tentera penjajah Portugis. Orang Minangkabau jugalah yang mengangkat martabat orang Asli dari suku Jakun dengan pembukaan kerajaan Rembau sebelum adanya Negeri Sembilan.

Kesultanan dari Pagaruyung telah mengirim pembesar mereka ke Rembau pada awal tahun 1500. Orang Minangkabau ini datang ke Tanah Melayu bukannya untuk bekerja sebagai pembancuh simen, pekerja ladang, tetapi datang untuk berdakwah dan mempertahankan kerajaan Islam. Mereka juga datang untuk memberi perlindungan kepada pembesar Melaka selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis.

Orang Minangkabau adalah pembuat senapang dan meriam yang hebat pada kurun ke 15 , yang teknologinya tidak dapat ditandingi Eropah pada ketika itu. Tentera Portugis tidak pernah dapat menewaskan orang Minangkabau apabila bertempur dengan tentera Rembau.

Bukan setakat itu, orang Minangkabau adalah pembuat keris yang hebat pada ketika itu, dan ada satu senjata diberi nama Guloh Rembau yang amat hebat yang tidak dapat dikesan hingga ini.

Maka tidak hairanlah yang menjadi pengasas Askar Melayu ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang Rembau pada tahun 1933.

Begitu banyak sejarah-sejarah yang belum terbongkar di Negeri Sembilan ini termasuklah golongan ulama yang begitu tinggi martabat mereka yang banyak karamah, ada yang boleh pergi ke Mekah dalam sekelip mata untuk membantu memadamkan kebakaran di Mekah. Dan golongan ulama ini amat akrab dengan pemerintah.

Semoga Kerajaan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk menarik minat generasi kini untuk mengenang kembali sejarah, agar mereka punya harga diri, dan dapat menyaingi generasi dulu yang begitu hebat akhlak, siasah, peribadi dan teknologi.

The arms manufactured by the Bugis are in great repute among the Malays ; also those made at Menangkabowe,* particularly the matchlocks and swords ; and those of Rum- bowe in the Peninsula. Rumbowe is celebrated for a particular sort of kris, called " Guloh Rumbowe." The Malays of Malacca ascribe the introduc- tion of the kris to the celebrated Hong Tuah, who flourished in the reign of Mansur Shah, Sultan of * " At Menancabo excellent poniards made, called creeses ; best weapons of all the Orient." (Argensola, 1609.)


At Menancabo excellent poniards made, called creeses; best weapons of all the orient. Islands along the coast of Sumatra, called islands of Menancabo." ARGENSOLA, 1609. "A vessel loaded with creeses manufactured at Menancabo and a great quantity of artillery; a species of warlike machine known and fabricated in Sumatra many years before they were introduced by Europeans

JAKIM, Majlis Agama mandulkan pemikiran khatib kita.



Menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju, pengurusan masjid juga sepatutnya semakin canggih. Untuk mendapatkan pengurusan yang canggih , pemikiran imam, khatib, nazir dan ajk pun perlu canggih. Pemikiran khatib yang canggih sepatutnya dapat menyelesaikan banyak permasalahan setempat dan mencelikkan jemaah yang tidur, berborak, bermain telefon bimbit, minum cendol, hisap rokok ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan atau dikhutbahkan.

Arahan JAKIM dan Majlis Agama supaya para khatib membaca teks khutbah yang disediakan mereka yang sama seluruh Malaysia seolah-olah memandulkan pemikiran khatib dan seterusnya memandulkan pemikiran ahli kariah setempat.

Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah pecah rumah, takkan teks khutbah bertajuk kurangkan gula. Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah tandas masjid kotor, takkan teks khutbah bertajuk jimatkan penggunaan elektrik. Kalau kariah tersebut masalah setempat ialah buang ibu bapa, takkan teks khutbah bertajuk buang bayi, dan begitulah seterusnya.

Kalau pemimpin negeri atau pemimpin negara atau JKKK takut sangat teks khutbah tersebut mengandungi isi yang menyokong mana-mana parti, ajarlah para khatib menggunakan komputer, dan hantar teks khutbah 3 hari sebelum dibaca untuk disemak oleh Jawatankuasa Fatwa.

Kalau budak-budak sekolah rendah boleh diberi komputer percuma, takkan khatib tidak boleh diberi komputer dan akses internet percuma.

Kalau ahli Jawatankuasa Fatwa atau pegawai JAKIM atau Majlis Agama tak cukup, tambahlah kakitangan, dengan ini dapat mengurangkan kadar pengangguran yang tinggi dari kalangan lulusan agama untuk menapis teks khutbah yang dihantar oleh para khatib.

Kemudian tu, buatlah pertandingan teks khutbah terbaik, teks khutbah jiwang, teks khutbah kreatif dan sebagainya.

Berilah kepada JKKK perakam video, dan ajar JKKK ni untuk muat turun video ke Youtube untuk dibuat pertandingan.

Jadi apa masalahnya untuk tidak memandulkan pemikiran khatib kita?

Orang dah guna roket naik ke bulan, naik ke angkasa, tapi para khatib kita dilatih macam burung kakak tua.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.

20130107

Pentingnya dianjurkan kursus menjaga ibu bapa yang lanjut usia





Menjaga ibu bapa yang lanjut usia bukanlah satu perkara yang mudah walaupun mereka masih sihat, apatah lagi mereka yang sakit. Fenomena ibu bapa di tinggal bersendirian di kampung, tolak menolak antara adik beradik untuk menjaga ibu bapa semakin menjadi-jadi ketika ini.

Sering kita dipromosikan dengan kursus pra perkahwinan, kursus mendidik anak-anak, kursus pelajar cemerlang, kursus usahawan dan sebagainya, tapi tak pernah rasanya saya dengar kursus menjaga ibu bapa.

Cuba perhatikan sekeliling kita, di kalangan keluarga kita sendiri, sanak saudara, jiran tetangga siapa yang berkebolehan menjaga ibu bapa mereka dengan hati yang reda, tenang, pasrah?

Disarankan agar semua pihak terutama Majlis Agama, Khutbah Jumaat, JAKIM, pihak swasta yang menganjurkan kursus motivasi yang hebat-hebat yang yurannya beratus-ratus ringgit, TV1, TV3 dan sebagainya agar memberi penekanan terhadap isu penjagaan ibu bapa yang semakin kritikal dewasa ini.

Adakah penyelesaiannya dengan menubuhkan lebih banyak lagi rumah penjagaan warga emas?

Kursus menjaga ibu bapa ini bukan hanya setakat menjaga ibu bapa yang masih hidup, sepatutnya dimasukkan sekali kursus menjaga ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Semoga Allah menempatkan roh ayah saya, serta roh datuk-datuk dan nenek-nenek saya di kalangan roh orang beriman dan beramal soleh.

Siapa nak bantu baiki penghuni rumah reput di Rembau?



Salam, boleh dapatkan maklumat lanjut bagaimana kita Anak Rembau boleh bantu keluarga ini? Saya pasti, insyaAllah ramai Anak Rembau di perantauan khususnya orang Chengkau Ulu boleh bantu tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka. Chengkau Ulu adalah merupakan kampung asal arwah Atok saya ( Hj Kamaruddin bekas Tok Menteri)

Huni rumah reput
28 Dis 2012

REMBAU: Nasib seorang warga emas di Kampung Chengkau Hulu, dekat sini, ibarat menunggu buah yang tidak gugur apabila permohonannya sejak tiga tahun lalu bagi membaiki rumah rosak teruk dimakan anak-anai, belum mendapat perhatian pihak berkaitan.

Aini Nikmat, 80, yang tinggal bersama anak lelakinya, Afendi Parjo, 44, juga orang kelainan upaya (OKU), kini terpaksa mempertaruhkan nyawa mereka mendiami rumah yang semakin uzur dan boleh roboh pada bila-bila masa.

“Semakin hari rumah semakin reput dimakan anai-anai dan banyak atap yang bocor sehingga saya terpaksa menadah besen dan baldi setiap kali hujan.

“Keadaan bertambah teruk terutama sekarang musim hujan, habis rumah basah dan tidur malam saya tidak lena kerana bilik dimasuki air namun terpaksa juga tidur dalam kebasahan kerana tiada pilihan disebabkan rumah di tingkat atas langsung tidak dapat digunakan lagi kerana reput,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Aini berkata, setiap kali hujan dia menangis memikirkan nasib dan keadaan rumahnya itu serta sentiasa berdoa supaya ada pihak prihatin dan sudi membantunya.

“Nak harapkan anak, mereka semua hanya kerja kampung dan mempunyai tanggungan masing-masing, jadi saya terpaksa mengambil upah mengurut menambah pendapatan.

“Walaupun anak lelaki tinggal bersama, dia tidak dapat bekerja kerana cacat pendengaran dan bisu serta terpaksa bergantung hidup dengan saya.

“Saya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 setiap bulan, namun jumlah itu tidak cukup untuk membaiki rumah yang rosak ini,” katanya.

Cucunya, Yazaini Noryazid, 32, berkata, sebelum ini dia pernah membuat permohonan melalui ketua kampung bagi pihak neneknya dan mendapat kelulusan bantuan membaiki rumah, tetapi hairan sehingga hari ini tiada tindakan dilakukan.

“Saya kasihan melihat keadaan nenek yang tua dan tinggal di rumah yang uzur seperti ini tambahan pula jauh dari penduduk kampung.

“Dinding dan lantai rumah semua reput dimakan anai-anai, saya bimbang rumah ini boleh roboh pada bila-bila masa dan boleh membahayakan keselamatan.

“Saya berharap ada pihak dapat membantu dan mengambil tindakan segera untuk membaiki rumah nenek,” katanya.

Bersyukur kereta dicuri serta musibah yang menimpa



Amat benar sekali kata Nabi saw yang amat kita cintai, iaitu orang beriman itu bila beroleh kesenangan di bersyukur, bila ditimpa musibah di bersabar dan sabar itu lebih baik baginya. Beberapa tahun sudah kereta kawan saya yang baru dibeli beberapa bulan dicuri di hadapan rumahnya.

Baru-baru ini saya tanya dia, macamana cerita kereta kena curi hari tu? Dia kata ada juga hikmah kereta dia kena curi dulu, memandangkan ekonomi semasa tidak menentu agak sukar untuk dia membayar ansuran bulanan untuk kereta tersebut. Sekarang dia bersyukur kereta dia dicuri dahulu.

Anak saya dapat UPSR 2A, 2B dan 1C tahun lepas, dia tidak layak untuk memohon masuk ke Sekolah Menengah Agama di Seremban. Tak apalah saya kata, kita cuba sekolah lain, ambil borang SMA Rembau, SMA Gadong, Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, SMK Seri Ampangan (KAA) pergi hantar borang ke Jabatan Pelajaran dan macam-macam lagi.

Anak saya pun pergilah temuduga semua tempat , kecuali SMA Gadong.

Akhirnya ditakdirkan dapat SMA Rembau tanpa asrama. Bukan serampang dua mata lagi, bukan menyelam sambil minum air lagi bahkan anak saya dapat lebih dari itu. Anak saya dapat kelas yang tidak ramai murid dalam kelas, yang guru boleh beri tumpuan. Anak saya dapat tinggal bersama neneknya di Rembau, temankan nenek yang keseorangan (bukan main suka lagi nenek dia). Saya pula dapat balik kampung selalu, solat di masjid dan surau yang arwah ayah saya pernah solat dulu, dapat selalu berjumpa dengan kawan-kawan arwah ayah saya dulu.

Memang benarlah apa yang Nabi saw kita kata supaya orang mukmin ini sentiasa ”happy” saja, susah pun ”happy”, senang pun ”happy”, tak ada masalah. ”Happy” dalam bentuk bersyukur dan bersabar.

Selamat Menyambut Maulid Nabi

Daripada  Abu Yahya Suhaib bin Sinan RA katanya sabda Rasulullah SAW, “Sungguh menakjubkan urusan (pekerjaan) seorang Mukmin (yang sempurna imannya) semua yang berlaku ke atas dirinya adalah baik belaka. Ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang Mukmin iaitu jika beroleh kesenangan, dia bersyukur dan syukur itu lebih baik baginya dan jika dia ditimpakan kesusahan dia bersabar dan sabar itu lebih baik baginya.” – Riwayat Muslim

Laung perpaduan Melayu, Islam tapi rumah tangga punah ranah



Sebelum kita begitu bersemangat melaungkan perpaduan Melayu, perpaduan Islam, tolong laungkan dulu perpaduan rumahtangga. Masalah keruntuhan perpaduan rumahtangga Melayu Islam semakin kritikal sekarang ini yang mengakibatkan keruntuhan akidah dan akhlak anak-anak.

Pakai songkok tinggi tak salah, pakai serban merupakan sunnah, tapi jangan ianya menjadi fitnah , tengok orang tu pakai songkok tinggi tapi anak bini entah ke mana. Tengok orang tu pakai serban , pakai kopiah tapi bergaduh sesama yang pakai serban dan kopiah, anak-anak berpeleseran.

Boleh tak khutbah Jumaat mengupas secara mendalam masalah ini, kerana masalah ini berlaku dimana-mana pada ketika ini.

PADAH HALANG SUAMI BERCUTI DENGAN MADU
7 Jan 2013 - Kuala Lumpur: Tindakan seorang wanita berusia 29 tahun menghalang suaminya pergi bercuti dengan isteri barunya mengundang padah apabila tangan kirinya patah akibat dihentak dengan kerusi oleh lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Tasik Selatan, di sini, kelmarin.

DIBELASAH KERANA LAMBAT BEBERAPA MINIT
7 Jan 2013 - Kajang: Angkara lambat beberapa minit mengambil suaminya yang mabuk pulang ke rumah, seorang isteri terpaksa menanggung derita selepas ditumbuk dan dipukul dalam kejadian di Kajang Utama, di sini, kelmarin.

ISTERI CURANG KETIKA BERPANTANG PARAH DIBELASAH SUAMI
Kangar 6 Jan. 2013  - Seorang suri rumah yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, cedera parah dibelasah suaminya yang terserempak wanita itu berpelukan dengan lelaki lain di rumah mereka.


20130106

Tandas masjid kotor, ibu bapa pengotor, anak pun mungkin pengotor


Sebelum Asar saya sempat membasuh tandas surau. Biasalah tandas surau di tempat saya ini, laluan orang, berhampiran dengan padang permainan. Ramai yang menggunakannya, termasuk pelajar sekolah yang ponteng sekolah atau singgah sebentar.

Tandas surau ni biasanya dijadikan tempat hisap rokok. Puntung rokok, kotak rokok, mancis bertaburan atas lantai tu biasalah. Surau pula tiada siak, sukarela siapa ada kelapangan tolong bersihkan kerana rata-rata jemaah kerja dari subuh sampai ke malam, ada yang berulang alik dari Senawang ke Kuala Lumpur.

Kita pun bersihkanlah tandas dengan hati yang tenang, tak perlu marah-marah. Anak-anak biasalah, mereka tidak dididik menjaga kebersihan surau dan tandas.

Dalam pada tengah bersih surau , ada seorang lelaki yang singgah berehat di surau. Lelaki tadi kata, budak-budak ni yang kotorkan tandas. Saya kata pada lelaki tadi, budak-budak ni bermula dari rumah, ibu bapa merekalah yang sepatutnya mendidik anak-anak mereka menjaga kebersihan, terutama apabila menggunakan tandas surau. Kalau anak-anak ini tidak dibiasakan menjaga kebersihan di rumah macamana mereka hendak menjaga kebersihan tandas surau, tandas masjid, tandas sekolah.

Semoga teks khutbah di Malaysia ini memberi penekanan kepada ibu bapa supaya melatih anak-anak mereka menjaga kebersihan di rumah, di sekolah, di surau , di masjid terutama di tandas.

Mana Imam Masjid yang dilantik kerajaan waktu solat fardu?


Baru-baru ini pada hujung tahun 2012 saya singgah di sebuah masjid di tepi jalan utama di Negeri Sembilan untuk solat Maghrib. Waktu saya sampai waktu Maghrib lagi 5 minit nak masuk. Hanya kelihatan seorang jemaah yang bukan ahli kariah masjid tersebut. Apabila masuk waktu selepas beberapa minit menunggu, disebabkan bilal belum sampai maka jemaah yang seorang tadi yang bukan bilal rasmi masjid tersebut pun azan.

Selepas solat sunat, selepas beberapa minit menunggu, jemaah tadi pun iqamah. Ada seorang jemaah lain lagi baru datang, saya pun mintalah jemaah tadi jadi imam, dia kata dia bukan orang situ, yang azan pun bukan orang situ, lalu mereka minta saya jadi imam. Saya pun bukan ahli kariah masjid tersebut, dalam perjalanan pula, pakai seluar lagi. Dah tak ada orang tempatan dalam jemaah lalu saya mengimamkan solat Maghrib.

Saya mohonlah agar mereka yang bertanggungjawab menjaga masjid terutama yang ada kuasa memerintah supaya tolong perhatikan apa yang berlaku di masjid-masjid di Negeri Sembilan ini. Adakah imam yang dilantik menjalankan tugas, adakah elaun yang diberi cukup untuk imam datang mengimamkan solat, adakah elaun yang diberikan kepada bilal cukup untuk bilal datang melaungkan azan.

Atau kita hanya sekadar jadi juara di Perhimpunan Agung atau Muktamar sahaja?

Atau kita hanya bermegah-megah dengan masjid yang harganya berjuta-juta ringgit tetapi bukan sahaja tiada makmum, bahkan tiada imam rasmi yang dilantik oleh kerajaan untuk mengimamkan solat pada setiap waktu?

Pengalaman saya sebelum ini beberapa masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html

Antara Kanang dan nasib serta filem Askar Melayu yang terpinggir


Negara kehilangan seorang dari ribuan mungkin ratusan ribu pahlawan iaitu Kanang anak Langkau dari 8 Renjer. Arwah ayah saya walaupun Askar Melayu tapi pernah berkhidmat dalam 1 Renjer. Arwah ayah saya kata memang Renjer ini berani macam Askar Melayu. Eloklah kerajaan hendak menerbitkan filem Kanang. Tapi janganlah hangat-hangat tahi ayam mungkin sebab pilihanraya tak lama lagi seperti apa yang berlaku pada filem Kalabakan.

Kita harap Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan jangan pinggirkan pengorbanan Askar Melayu terutama 8 orang Askar Melayu yang terkorban di Kalabakan, Sabah dari 3 RAMD, dan yang terkorban di Somalia dari 19 RAMD di mana apa yang berlaku di Somalia yang terpapar dalam filem Blackhawk Down ialah “lembu punya susu, sapi punya nama”.

Kisah pengorbanan Askar Melayu di Kalabakan, Sabah dan filem Kalabakan yang tak siap-siap di

Kisah filem Holywood Blackhawk Down yang melenyapkan perjuangan Askar Melayu di

Filem Kanang dipercepatkan
5 Jan 2013

KUCHING - Sesi penggambaran filem Kanang anak Langkau akan dipercepatkan untuk tayangan sempena Hari Malaysia pada 16 September.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan pahlawan negara, mendiang Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau (gambar kecil) itu dijangka bermula bulan depan dan selesai dalam masa tiga hingga empat bulan.

"Sebelum meninggal dunia, mendiang Datuk Temenggong Kanang telah mengadakan perbincangan dengan saya untuk beliau terlibat secara langsung dalam penerbitan filem tersebut.

"Saya juga telah melihat sendiri skrip berkenaan, namun apabila mendiang meninggalkan kita terlebih dulu, saya akan lihat semula skrip itu untuk diolah semula," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan kepada mendiang di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.

Kanang meninggal dunia di HUS akibat serangan jantung pada pukul 1.45 pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Kampung Sungai Apong di sini.

Ahmad Zahid yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya menyerahkan kepada syarikat penerbit dan pengarah filem itu untuk memilih barisan pelakon yang sesuai.

Mendiang Kanang sepatutnya turut berlakon dalam filem itu yang diterbitkan oleh Tangan Seni Sdn. Bhd. Najib pada Julai lalu dipetik berkata, kerajaan akan menyumbang RM4 juta bagi menjayakan pembikinan filem berkenaan.

Jabatan Penerangan Negeri Sarawak dalam kenyataannya semalam menjelaskan, mayat Kanang dibawa ke Dewan Bukavu, Kem Penrissen sebelum ditempatkan di Dewan Suarah Kuching pada pukul 8 pagi ini untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Menurutnya, mayat Kanang akan disemadikan dalam istiadat penghormatan negara di Makam Pahlawan, Jalan Taman Budaya, Kuching.

Mendiang meninggalkan balu, Datin Brawang Chunggat dan lima anak.

Kanang merupakan wira negara tunggal yang menerima dua pingat keberanian tertinggi iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB), ketika masih hidup.

Mendiang yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia terkenal dengan keberanian menentang komunis di Perak pada tahun 1980.

20130105

Kuliah Syeikh Nuruddin


Sheikh Nuruddin malam ni lepas maghrib di Masjid Jamek Ampangan, Seremban

Ulama lebih tinggi darjat dari Perdana Menteri


Semalam Jumaat 4 Jan 2013 saya sempat menonton Rancangan Cinta Ilmu siaran TV Al Hijrah di Saluran Astro 114. Penceramahnya ialah Sheikh Nuruddin Al Banjari, tajuknya ialah Ilmu, Ulama dan Politik. Amat cantik sekali kupasan Sheikh Nuruddin dalam isu tersebut, sayang ianya tidak disiarkan di TV1 atau TV3 atau dijadikan teks khutbah Jumaat. Isinya amat sesuai untuk semua umat Islam dan pemimpin Islam baik dari Umno, PAS atau PKR.

Dalam perbicaraannya Sheikh Nuruddin menyebut dia tahu ada dalam studio yang tidak berapa suka apa yang dia sedang perkatakan. Tapi dia hanya menyampaikan apa yang perlu disampaikan.

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah :

1. Darjat ulama itu adalah lebih tinggi dari pemimpin politik, pemimpin negara (Perdana Menteri , walaupun Sheikh tak sebut Perdana Menteri).

2. Kalau seorang ulama meninggal dunia, begitu sukar untuk mencari penggantinya. Kalau ahli politik atau pemimpin negara yang meninggal dunia, ramai yang berebut-rebut akan jawatan tersebut.

3. Ulama serta golongan agama harus mengetahui perkembangan politik semasa, tetapi tidak semestinya terlibat secara langsung.

4. Ulama perlu mendampingi pemerintah (Perdana Menteri) untuk menasihati pemerintah apa yang benar , apa yang salah. Sepertimana ulama dahulu kala yang dipenjara, diseksa kerana memperkatakan yang benar kepada pemerintah seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Nawawi dan ramai lagi ulama-ulama yang berani berkata benar kepada pemerintah.

5. Ulama apabila dicalonkan untuk sesuatu jawatan tinggi akan menceritakan kebaikan calon lain supaya dia tidak terpilih, sedangkan ahli politik apabila dicalonkan ke sesuatu jawatan (ADUN, Ahli Parlimen dan sebagainya) akan menceritakan keburukan calon yang lain supaya dia terpilih.

InsyaAllah, saya rasa akan ada pihak yang akan muat turun di Youtube program tersebut. Rugi kalau tak tonton.

Alangkah baiknya apa yang diperkatakan oleh Sheikh Nuruddin ini dijadikan topik utama Khutbah Jumaat.

20130104

Kemuliaan Solat dan Hari Jumaat yang tercemar teruk di Malaysia



Satu pengamatan yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutama pemimpin negara serta negeri yang beragama Islam di mana kemuliaan, keceriaan, keindahan solat Jumaat telah merosot teruk jika dibandingkan dikala Malaysia baru merdeka dan sebelum merdeka. Antara isu yang disentuh oleh penulis ialah khatib yang mesti membaca khutbah mengikut teks, jika tidak akan menerima hukuman berat.

Punyalah terlalu mengejar dunia sekarang ini , hinggakan ada Sekolah Menengah Agama di Negeri Sembilan yang kelas sabjek bukan agamanya tamat pada jam 12.40 tengahari pada hari Jumaat (pengamatan saya, bukan penulis di bawah)

Yaum al Jumaat ~ Are Malaysian Muslims observing it correctly?

Back then, the Khatib was still free to preach to us on any relevant subject or topic that he chose. Nowadays, the Khatib is forced to read whatever prepared texts that the State Religious Department has prepared for him.

Failure to observe and read in total whatever khutbah texts has been prepared by the state's Islamic Department will see the poor man receive a 'show cause' letter and probably be punished by removing him from his salaried post or demoted.

Today, the Friday prayers have sort of been left astray by a rising number of ignorant's who do not bother to observe all the decorum of attending it.

Many simply hang out of the masjid and have their lunch nonchalantly even as the khutbah is being read out by the khatib. They do not bother to pay attention to what is being preached. They chat amongst themselves, joke and laugh out loud regardless of the ongoing khutbah.

Many of these jahils smoke away as they ignore the khutbah and are simply there just to show that they have attended the Jumaat prayers.

The large number of traders who do not fail to set up their stalls all along the borders of the masjid are equally not bothered at all to pay attention to the khutbah. They carry on their trade disregarding the very reason as to why as Muslims, they need to attend the Friday prayers.

The significance of the Yaum al Jumaat is lost to them. To them its a day not to be missed. Not for religious reasons but a day when they can make a killing doing business.

Even government bodies or corporations have joined in the act. Telecommunication companies set up booths and have their marketing teams distribute pamphlets and brochures advertising their services. Car salesmen drive up their latest automobiles and try to clinch their deals as the khutbah is being preached. All kinds of tradesmen and women are all out to make a fast buck disregarding the very reasons why Muslims are obliged to attend the Jumaat prayers.

Who bothers to correct this wrong?

No one. Not an authorative soul gives a damn as to how the Friday prayers are being left to go astray nowadays in Mamluk al Malaisie.

The VVIP's will arrive fashionably late at the masjids which they have chosen to attend that week. Prior notices in advance would have been given out to the mosque committees to make special arrangements for the high and mighty.

Special yellow or red carpets would have been laid out to receive their royal pompous feet and squads of uniformed personnel would be there to ensure a smooth ride and trip of the decorated and titled ones amongst us.

All would rise and kiss the hands of the ones coming to soil their royal selfs amongst the simpletons and many would simply kiss ass to have a word with the effluent ones.

Same goes to the executive ones running or ruining this nation and the equally pompous religious titled ones heading this and that political party. People are forced to make way for the holier than thou's as they shamelessly stride towards occupying the very front saff's @ rows.

Cinta Rasulullah Syarat Kejayaan


20130103

Kem untuk lepasan SPM, STPM Januari 2013


KEM GEN-Q
Tarikh : 18-20 Jan 2013 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Kem Eco D'Kok, Kg Talang, Kuala Pilah, N.Sembilan

Pelbagai aktiviti menarik; Jungle trekking, Rakit survival, Tunjuk ajarku Sifu, Formula Kebangkitan Umat dan banyak lagi

Yuran penyertaan cuma RM90, Percuma t-shirt
Khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM

Anjuran : IKRAMTEENS NEGERI SEMBILAN

Butakah pemimpin Melayu, tidak mengiktiraf pejuang Melayu?



3 Jan 2013 - Negeri Sembilan telah melahirkan ramai tokoh yang berjuang ketika negara berada di dalam zaman penjajah terutamanya Inggeris dan Jepun. Malangnya nama mereka hilang daripada sejarah N.Sembilan di mana tidak ada satu usaha pun yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri melalui agensinya untuk mengumpulkan sejarah mahupun maklumat mengenai pejuang-pejuang anak N.Sembilan yang telah berjuang menentang penjajah sehingga sanggup mengorbankan dirinya.

Bagi menampung kekosongan koleksi tokoh pejuang Negeri Sembilan, kami mengambil inisiatif mengumpulkan beberapa tokoh yang tidak pernah diberi perhatian terutamanya mereka yang mempertahankan tanah air.

Baru-baru ini, kami menerima panggilan telefon di mana kami telah dikejutkan satu maklumat mengenai Kapten Yazid Ahmad. Sahabat kami di Singapura telah menemui dimanakah tugu peringatan yang terpahat nama Kapten Yazid Ahmad.

Siapa dia Kapten Yazid Ahmad?

Kapten Yazid dilahirkan di Kampung Linggi, Negeri Sembilan. Beliau bertugas sebagai guru. Di SITC, beliau telah menganggotai Federated Malay States Volunteers Force.

Ketika Tanah Melayu diserang oleh tentera Jepun, beliau telah ditugaskan untuk mempertahankan Singapura. Kapten Yazid Ahmad telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun.

Beliau bersama-sama 6 orang pegawai Melayu telah diberikan 2 pilihan bagi mengelakkan mereka dibunuh.

Pilihan pertama ialah menyertai tentera Jepun sebagai Pegawai Tentera Jepun manakala pilihan kedua pula ialah tanggal pakaian tentera dan pangkat mereka di mana mereka perlu meninggalkan Singapura yakni pulang ke kampung.

Mereka telah menolak kedua-dua pilihan tersebut bagi mempertahankan maruah mereka sebagai pejuang Tanah Melayu. Oleh kerana kedegilan mereka, tentera Jepun telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas semuanya pada awal pagi 28hb Februari 1942.

Diantara yang dibunuh ialah Kapten Raja Aman Shah, Kapten Yazid bin Ahmad, Leftenan Dato’ Othman Kering (YTM Undang Naning), Leftenan Ariffin, Leftenan Wahid dan lain-lain bersama tawanan lain.

Demi maruah dan semangat perjuangan, mereka sanggup dibunuh daripada membiarkan diri mereka diinjak-injak oleh tentera Jepun. Menurut maklumat awal, kami dimaklumkan bahawa mereka telah dibunuh di Beduk Hill, Singapura dengan menggunakan Anti-Air Craft Gun.

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perjuangan mereka untuk tatapan generasi yang akan datang.

Kami tidak pasti apa yang berlaku di Negeri Sembilan. Kadangkala kita hanya syok sendiri dengan apa yang kita lakukan. Apa yang diucapkan tidak sama yang dilakukan. Adakah individu yang bertanggungjawab tidak memahami apa yang perlu dilakukan atau memang tidak tahu apakah tanggungjawab mereka. Selama ini kita hanya memperjuangkan adat tanpa menyedari bahawa banyak lagi aspek sejarah Negeri Sembilan yang boleh ditonjolkan.

Sebagai contoh, setiap tahun ketika menyambut Bulan Kemerdekaan, kita hanya disogokkan dengan pameran komunis. Adakah hanya komunis yang mengancam keselamatan negara kita? Bagaimana dengan pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu?

Negeri Sembilan tidak kurang dari segi tokoh pejuang negara. Tidak ada usaha mencari tokoh yang berjaya di dalam bidang masing-masing dijalankan secara terancang dan teratur.

Apa yang berlaku, kita hanya memperlihatkan tokoh yang sama seperti Pendita Za’ba.

Kita tidak pernah mengkaji secara terperinci mengenai Aminudin Baki. Apakah kaitan beliau dengan Negeri Sembilan? Malah, Kapten Yazid Ahmad, Pendita Za’ba dan Aminudin Baki mempunyai hubungan kekeluargaan yang amat rapat. Tiada siapapun yang menyedarinya.

Jika dilihat dari sudut ketenteraan pula, terdapat 2 orang anak Negeri Sembilan yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan Rejimen Askar Melayu iaitu Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad dan Undang Luak Rembau, YTM Dato’ Abdullah Dahan.

Kami percaya tidak ramai yang mengetahui sejarah dan peristiwa bagaimana YTM Dato’ Abdullah Dahan bersama-sama pembesar Rembau telah melawat negara Jepun bagi mempelajari bagaimana menubuhkan pasukan tentera.

Kami tidak faham bagaimana agensi yang bertanggungjawab menjalankan tugas. Ia seumpama tukul dan pahat. Apabila ditegur, barulah tugas dilaksanakan. Kami tersenyum apabila dimaklumkan pihak berkenaan akan membuat kajian mengenai Sarjan Hassan setelah sekian lama kami mencadangkannya.

Kini semuanya terserah kepada kerajaan negeri bagaimana untuk menengahkan dan mengumpul sejarah tokoh Negeri Sembilan yang pernah berjasa demi anak bangsa mereka dan tanah air.

Kami hanya mampu mengumpulkan maklumat yang ada berdasarkan kemampuan kami. Kami pernah menulis isu ini beberapa kali. Agak malang tidak ada tindakan yang diambil. Mungkin kita terlupa atau terlepas pandang. Oleh yang demikian, kami mengambil keputusan untuk meletakkannya untuk bacaan bersama.

Butakah kita
oleh Waris Linggi dari laman web Nagari Nan Tuo

Yang Dipertuan Besar N.Sembilan ditabalkan di Penajis


Raja Melewar adalah merupakan anak raja Minangkabau dari Pagar Ruyung. Nama asalnya ialah Raja Mahmud putera kepada Sultan Abdul Jalil, telah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama di tempat bernama Penajis dalam daerah Rembau pada tahun 1773.

Entah kenapa zaman Malaysia sudah merdeka tempat ini dipanggil Penajis sedangkan sebelum merdeka tempat ini dieja sebagai Penajuh atau Penajeh, dan penjajah menyebutnya sebagai Panagim.

Menurut sejarah tempat ini dibuka oleh Datu Najuh, oleh itu dipanggil Penajuh. Ada pendapat pula mengatakan tempat ini tempat pertabalan, sebab itu dipanggil Penajeh, dari suku kata Tajeh yang bermaksud dimakhkotakan.

Adakah ianya sengaja dieja Penajis untuk melenyapkan sejarah dan merendahkan martabat tempat ini?

Khutbah Jumaat, boring, salah siapa?


Mereka yang bermain, berborak, apatah lagi membuat bising semasa khutbah Jumaat adalah mereka yang rugi dan melakukan pekerjaan yang sia-sia. Jemaah tetap bersalah dalam hal ini. Bagaimana pula peranan khatib dan pemerintah yang tidak mengambil pelbagai pendekatan untuk menarik jemaah agar khusyuk ketika mendengar khutbah?

Sekiranya orang seperti Ustaz Azhar Idrus menyampaikan khutbah Jumaat, kita yakin ramai remaja kita tidak akan asyik bermain telefon bimbit seperti di bawah ini.

Khatib berkhutbah, remaja asyik bermain telefon bimbit
Utusan Malaysia 3 Jan 2013

SOLAT Jumaat yang diwajibkan kepada setiap lelaki Islam yang telah baligh adalah suatu anugerah kepada kaum lelaki yang tersangat tinggi nilainya. Ia melambangkan kekuatan ummah dan ketinggian agma itu sendiri.

Beberapa garis panduan dan ketetapan hendaklah dipatuhi ketika solat Jumaat demi memperoleh fadilatnya. Perkara yang sunat hendaklah sentiasa dijaga. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang banyak keberkatannya jika kita mengetahuinya.

Antaranya, jemaah hendaklah memakai pakaian yang sopan dan bersih. Jika boleh memakai minyak wangi-wangian saperti minyak atar dan sebagainya serta digalakkan datang awal ke masjid, sekurang-kurangnya sebelum masuknya waktu atau apabila azan pertama dilaungkan.

Apabila khatib sedang berkhutbah tumpuan hendaklah kepada ibadah itu semata-mata. Hendaklah diam mendengar pengisian dan nasihat berguna yang disampaikan oleh khatib kerana ia merupakan salah satu dalam rukun solat Jumaat.

20130102

Ingin perbaharui cukai jalan, takaful hayat?



Sila hubungi Perunding Takaful (Kenderaan/Hayat) Sdr Adnan 011-1511 0092 (Seremban).

Turut disediakan Khidmat Pinjaman Kewangan Islam pada kadar yang berpatutan.

Sebahagian keuntungan akan disalurkan ke Tabung Baik Pulih Kelas KAFA Taman Alamanda, Senawang

Perkhidmatan Pinjaman Kewangan Islam


Sila hubungi agen dari Institusi Kewangan Islam yang berdaftar Sdr Wan 012-977 0092.
Juga disediakan khidmat memperbaharui cukai jalan, takaful kenderaan serta takaful hayat.
Untuk projek ekonomi dan kebajikan PAS DUN Kota, N.Sembilan

Tanah di Rembau kini RM 1 juta seekar



Jika dulu pertanian adalah perniagaan. Tanah adat di Rembau dulunya adalah tanah sawah dan tanah kampung. Kini pertanian bukan lagi perniagaan. Kini tanah adalah pertanian. Bayangkan di Rembau sekarang ini harga rumah teres yang sekangkang kera pun mencecah RM250,000. Berapa ramai anak Rembau yang bekerja kampung, bekerja sebagai penoreh getah, bekerja sebagai pemanjat petai boleh memiliki rumah di Rembau pada ketika ini.

Tidak hairanlah pada ketika ini tanah di Rembau telah mencecah RM1 juta seekar sekiranya ditukar status dari tanah adat ke tanah perumahan. Tukar status saja, tanah adat yang bernilai RM40,000 seekar boleh naik sehingga RM1,000,000 seekar.

Jadi ungkapan pertanian adalah perniagaan adalah tidak sesuai lagi di Rembau. Tanah adalah perniagaan dengan syarat tanah adat di tukar status ke tanah komersial dan sebagainya.

Di sinilah peranan Dato Lembaga Adat perlu memikirkan bagaimana untuk membangunkan tanah adat ini yang boleh mendatangkan hasil kepada anak-anak Rembau sendiri di kalangan 12 suku yang ada di Rembau.

Apakah kita sebagai anak Rembau rela orang luar mengambil tanah adat kita pada harga yang begitu murah dan kemudian dijual semula kepada orang luar dengan harga yang begitu mahal sehinggakan anak Rembau sendiri terpinggir?

Kita ada banyak tanah adat bukan di tengah hutan belantara, tapi di tepi jalan utama. Takkan kita tak boleh berbincang sesama kita satu suku, satu buapak, satu perut untuk menyelesaikan tanah adat kita?

Kerajaan negeri pula perlu menyokong sebarang usaha untuk membangunkan tanah adat untuk dijadikan tanah perumahan untuk anak Rembau. Jika kerajaan sekarang tidak dapat melakukannya, kita desak kerajaan lain yang melakukannya.

PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN

REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam.

Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar.

Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta.

Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000.

20130101

Para pemimpin tertinggi PAS yang belajar dengan Ulama dari Rembau di Rembau


Maghrib tadi saya solat di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim , Kg Bongek Acheh, Rembau. Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) bukan sahaja seorang ulama yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya. Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini.

Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat dengan tepat.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Di Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek terdapat satu alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf.

Alat ini digunakan oleh Tuan Guru Haji Ibrahim untuk mengira takwim solat. Buku yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.

Alat ini diberi nama Kuadran Astrolabic (Astrolabic quadrant) yang dicipta oleh seorang saintis Islam dari Syria bernama Muhammad ibn Ahmad al-Mizzi sekitar tahun 1333 Masihi. Beliau merupakan penjaga masa rasmi Masjid Umayyat di Damaskus.

Tuan Guru Haji Ibrahim juga adalah murid dari beberapa orang murid Syeikh Ahmad al-Fathani, yang gurunya yang terakhir ialah Tok Kenali.

Beliau menubuhkan Madrasah Islamiah Bongek dalam tahun 1946. Difahamkan setiap tahun hingga tahun 1959, madrasah tetap mengadakan majlis ikhtifal. Ramai tokoh terkenal agama dan politik khususnya pimpinan PAS yang hadir ke majlis itu termasuklah Tuan Haji Ahmad Fuad, Profesor Zulkiefli Mohamad, Doktor Burhanudin Helmi dan Ustaz Mohd Fadhihalluah Suhaimi.

Buat sendiri tiang gol murah untuk remaja kita


Baru-baru ini kami sekeluarga ke KL. Anak lelaki saya terlihat satu tiang gol plastik di sebuah pasaraya terkemuka di Jalan TAR. Harganya RM199, tinggi dalam 3 kaki, lebar 8 kaki. Saya kata pada anak saya, nanti abah cuba buatkan tiang gol nanti.

Sebelum buka sekolah, saya cuba siapkan tiang gol tersebut. Bahan-bahan boleh didapati dengan mudah di kedai perkakasan (hardware di mana-mana). Saya pun mintalah paip PVC putih bersaiz 2 inci garislintang dengan ukuran yang siap di potong, dan juga 6 sesiku PVC (elbow).

Modalnya cuma RM40 sahaja, dah siap tiang gol dengan ketinggian 6 kaki dan lebar 8 kaki. Dan ianya lebih kukuh dari yang berharga RM199 tadi.

Dulu masa Malaysia hantar angkasawan, ada seorang tu heboh nak wujudkan Kelab Roket di setiap sekolah. Sekarang ni entah apa jadi dengan program penggalakan para pelajar terhadap aero angkasa, astronomi, teknologi roket dan seumpama dengannya, sedangkan negara jiran kita saban hari teknologi roket mereka adalah merupakan asam garam para pelajar mereka.

Kuliah Ustaz Dato Arshad 4 Jan 2012


KULIAH HADITH 40
Bersama Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad (mantan Ketua Hakim Syarie N.Sembilan)
Tarikh : 4 Jan 2013, Jumaat
Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib
Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Sekolah Agama, walaupun kekurangan, tetap cemerlang








Alhamdulillah, pagi tahun baru 1 Jan 2013 selesai sesi pendaftaran anak kami yang bongsu ke Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Agama Rembau di pekan Rembau. Bak sirih pulang ke gagang, bak pinang pulang ke tampuk, bak belut pulang ke lumpur, begitulah adatnya. Walaupun saya adalah anak jati Rembau tapi tidak berkesempatan bersekolah di Rembau, paling hampir ialah bersekolah di Seremban, akhirnya anak saya yang bongsu pula yang bersekolah di Rembau.

Walaupun Sekolah Menengah Agama Rembau ini tidak mempunyai dewan perhimpunan, tidak mempunyai sebarang gelanggang permainan, tidak mempunyai gelanggang futsal apatah lagi padang bolasepak , namum pencapaian akademiknya adalah amat memberangsangkan.

Menurut GPK HEM yang memberi taklimat (kerana Guru Besar bercuti 1 bulan atas urusan yang amat penting, GPK 1 telah bertukar belum ada pengganti) , Sekolah Menengah Agama Rembau adalah satu-satunya Sekolah Agama di Negeri Sembilan antara 15 sekolah terbaik di N.Sembilan dalam PMR 2012 baru-baru ini, iaitu menduduki tempat ke 13.

Walaupun terlalu ramai yang memohon untuk masuk ke Tingkatan 1 tahun ini di Sekolah Menengah Agama Rembau, hanya 70 pelajar yang terbaik sahaja yang terpilih, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja rayuan dari ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke sekolah ini.

Ini memandangkan sekolah ini hanya ada 8 kelas sahaja dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, dan ada pelajar terpaksa di tempatkan di makmal sebagai kelas. Manakala asrama untuk pelajar perempuan hanya boleh menempatkan 72 orang sementara asrama untuk pelajar lelaki hanya boleh menempatkan 32 orang sahaja.

Sebelum sesi penerangan bermula saya telah sempat meninjau keadaan sekeliling sekolah. Ternyata suasana yang tenang sekitar sekolah, dengan kakitangannya yang ramah dari pengawal hinggalah ke guru-guru.

Keceriaan sekolah pun adalah amat memuaskan dengan seni taman yang ringkas tetapi indah. Tandas adalah tempat yang pertama saya lawati, ianya amat bersih, tiada bau yang kurang menyenangkan, walaupun terdapat beberapa tandas yang tiada pintu, barangkali menunggu peruntukan untuk dibaiki.

Semoga sekolah ini akan lebih cemerlang lagi pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang, insyaAllah.

SEJARAH SEKOLAH

Penubuhan Sekolah Menengah Agama Pekan Rembau pada awalnya berasal daripada sebuah rumah masak yang terletak di Masjid Jamek Rembau.

Bangunan SMA Pekan Rembau telah dipindahkan daripada Masjid Jamek Rembau ke sebuah tapak baru yang kemudiannya dikenali sebagai SMRA Rembau dan telah dirasmikan pada 1 Mei 1959 bersamaan 23 Syawal 1378.

Di lokasi baru ini , bangunan satu tingkatan telah dibina serta menempatkan beberapa buah bilik seperti bilik pentadbiran, perpustakaan dan bilik darjah dari sekitar tahun 60an sehingga tahun 1996.

Sebagai permulaan, sekolah ini hanya menawarkan satu aliran mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Arab dan tidak menawarkan mata pelajaran akademik. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini adalah secara formal dan diajar dalam bahasa Arab.

Pada peringkat penubuhannya, kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada pelajar yang gagal dalam Lower Certificate Examination ( LCE) dan mereka yang berminat untuk mendalami pengajian agama.

Di samping itu, pihak sekolah turut menawarkan Sijil Menengah Rendah Agama yang mana ianya akan melayakkan para pelajar melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Tinggi.

Sekitar penghujung tahun 1990an, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam telah menyalurkan bantuan kewangan kepada pihak sekolah untuk membina sebuah bangunan dua tingkat sebagai penempatan baru bangunan sekolah. Penghujung tahun 1997, bangunan dua tingkatan ini mula digunakan dengan menempatkan bahagian pentadbiran sekolah di aras satu dan Pusat Sumber Sekolah di aras dua bangunan ini.