KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110912

Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia?



Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk.

Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan Kem Kalabakan ketika ini? Tiada bajetkah untuk membuat filem Pertempuran Kalabakan agar generasi kini dapat menghargai pejuang negara khususnya Askar Melayu yang berkorban mempertahankan negara ini dari dijajah oleh komunis dan tentera asing?

SEJARAH 3 RAMD

Semasa konfrontasi Malaysia/Indonesia, pasukan telah diaturgerak ke Sabah pada awal bulan Dis 1963. Satu lagi peristiwa penting pasukan berlaku ketika ini iaitu pertempuran di Kalabakan. Pada 29 Dis 1963, jam 2045 Pos Kalabakan telah diserang oleh Tentera Indonesia dan menyebabkan pertempuran di antara kedua-dua belah pihak berlarutan sehingga jam 2300.

Peristiwa ini menyaksikan seorang pegawai dan tujuh anggota terkorban manakala 16 yang lain cedera. Mereka yang terkorban adalah Mej Zainal bin Hj Yaakub (5415), 13960 LKpl Abdullah bin Abdul Rahman, 11471 LKpl Ismail bin Mat, 11509 Pbt Md Zain bin Yaakub, 14469 Pbt Sharudin bin Yasin, 11245 Pbt Abdul Aziz bin Ghani, 13784 Pbt Ismail bin Mansor dan 14447 Pbt Yusuf bin Sulung. http://www.ramd.mil.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65&Itemid=85&lang=ms&showall=1

KONFRANTASI

Konfrantasi merupakan bantahan Indonesia terhadap pembentukan Malaysia pada 16 Sep 1963 yang menggabungkan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Konfrantasi ini berterusan selama 3 tahun dan banyak kejadian-kejadian serta pertempuran berlaku di antara Tentera Darat dengan angkatan rejim Sukarno. Di dalam pertempuran-pertempuran ini anggota-anggota Tentera Darat telah menunjukkan semangat kepahlawanan dan semangat sedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Satu peristiwa pahit yang tidak dapat dilupai dalam Sejarah Tentera Darat ialah Peristiwa Kalabakan yang berlaku pada 29 Dis 1963. Dalam peristiwa ini, satu Pos Sementara Tentera di Kalabakan, Tawau Sabah dengan kekuatan satu platun di bawah perintah Mej Zainal Abidin bin Haji Yaacob dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja telah diserang ketika mereka sedang menunaikan sembahyang Maghrib di bangunan madrasah. Walaupun dalam keadaan tidak tersedia, anggota-anggota platun telah menentang musuh yang berlipat ganda ramainya dan memaksanya berundur. Serangan itu mengorbankan 7 orang anggota platun tersebut, termasuk Mej Zainal Abidin dan mencederkan 16 yang lain.
http://army.mod.gov.my/index.php/mengenai-kami/sejarah/konfrantasi

HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html

16 SEPT DIISYTIHAR CUTI UMUM
Okt 19, 09

Perdana menteri hari ini mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan (2010).
http://www.malaysiakini.com/news/115347

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tak payah la buat filem psl 8 org askar tu..nanti mat sabu ckp askar indon yg serang tu "hero sebenar" pulak... dah nk kena gi minta maaf dgn kaum keluarga askar tu pulak..kih..kih..kih..

Batu Pelangi berkata...

Tanpa Nama 11:26
Ini SEKOR lagi puak yang Bengap.
Masa itu Malaysia sudah merdeka.
Anggotax Tentera yang gugur selepas
merdeka adalah perjuang negara
kerana mempertahankan tanah air dari
komunis dan tentera asing.Jangan jadi
lembu yang beku minda dulu kini dan
selamanya.Fahami catatan asal dulu
baru komen.LEMBU!!

Tanpa Nama berkata...

maka terbuktilah setiap polis & tentera yg gugur menentang komunis & tentera asing mmg berjasa, hero sebenar & tak sia2 perjuangan mrk.. hang yg kena fhm catatan asal tu dulu, BAGHAL!

TanzimHarakiy berkata...

Walau siapa pun anda atau parti mana yg anda sokong, berbahaslah dgn baik.Hormatilah pembaca lain & pemilik blog ini.Jika nak guna bahasa kesat, pergi main jauh-jauh.
Berakhlaklah dengan akhlak Islam, bukan akhlak umpama Kafirun.