"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20110902
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM
Sekarang ini projek landasan keretapi berkembar sedang giat dijalankan dari Johor Bahru ke Perlis. Banyaklah tanah-tanah rakyat yang diambil untuk projek ini, antaranya tanah-tanah adat Perpatih di Rembau yang diambil dengan pampasan yang jauh lebih murah dari tanah yang bukan tanah adat. Yang pasti syarikat asing mula menaruh minat untuk menguasai landasan keretapi berkembar ini, kerana infrastuktur dan prasarana yang hebat serta keluasan tanah yang besar dari selatan ke utara tanahair.
Jika syarikat penerbangan Malaysia MAS pun sudah terjual sahamnya apatah lagi KTM. Logiknya mudah sahaja untuk syarikat asing mengambil alih atau memiliki saham KTM sekiranya KTM disenaraikan di bursa saham.
Sekiranya sekarang ini perkhidmatan komuter antara Seremban dan Kuala Lumpur pun KTM mempunyai banyak masalah, rungutan pengguna, kelewatan koc, keretapi yang sering rosak. Maka bagaimana KTM hendak menguruskan perkhidmatan keretapi yang hebat dari selatan ke utara tanahair?
Tidak mustahil KTM bukan lagi singkatan Keretapi Tanah Melayu tetapi adalah singkatan untuk KTM Limited, KTM dan beberapa syarikat lain yang beroperasi di luar negara.
Jadi kepada pemimpin dan orang Melayu, kepada pemimpin dan orang Adat Perpatih, sedang kita merayakan Idil Fitri, sedang kita merayakan Merdeka, sedang kita sibuk dengan isu Bukit Kepong, satu persatu kepentingan orang Melayu akan tergadai.
Orang Negeri Sembilan, terutama pemimpin yang mengamalkan Adat Perpatih tak minat nak perjuang tanah adat, tetapi jangan hairan orang asing akan kuasai tanah-tanah adat di sepanjang landasan keretapi berkembar ini.
SIAPA YANG MENGUASAI LANDASAN KERETAPI BERKEMBAR, AKAN MENGUASAI MALAYSIA !
KTM , YOU BETTER BUCK UP !
Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com
Sila baca Aduan Pengguna Sistem Komuter Senawang KL di http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/08/aduan-pengguna-sistem-komuter-senawang.html
Beberapa syarikat asing yang mempunyai singkatan KTM :
KTM http://www.aktm.kz
The KTM Ltd http://www.ktmltd.com
KTM http://www.ktm.com
KTM http://www.sm-ktm.co.kr
***************
Apabila projek landasan berkembar berkenaan siap sepenuhnya pada 7 Januari 2013, Malaysia akan mempunyai landasan berkembar kereta api dari Johor Bahru ke Padang Besar sejauh 635 kilometer.
Pada Disember 2003, kerajaan membuat keputusan menangguhkan projek itu kerana mahu mengutamakan projek pembangunan lain.
Projek landasan berkembar elektrik itu dilaksanakan sebagai antara komponen penting untuk membentuk Rangkaian Kereta Api Rentas Asia dari Singapura ke Kunming di China.
http://www.dor.gov.my/23080723.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan