Ke mana hala tuju masyarakat kita di Malaysia ini, terutama orang Melayu yang beragama Islam? Nak kejar apa, nak kejar Wawasan 2020, nak kejar status negara maju, nak kejar gaji DG400, nak kejar sekolah kluster, nak kejar SPM 11A? Adakah kita masih berbangga dengan orang Melayu yang berbudi bahasa? Jangan tuding jari pada sesiapa, tanya diri kita sendiri adakah kita menjaga ibu bapa kita umpama menatang minyak yang penuh atau umpama kucing kurap?
Artikel saya sebelum ini, Kasihilah ibu bapa, insyaAllah, Malaysia akan aman di http://waghih.blogspot.com/2011/09/kasihilah-ibu-bapa-insyaallah-malaysia.html
BUANG BAPA TEPI MASJID SERTA KEBAS SEMUA WANGNYA
Harian Metro 9 Sep 2011
LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar ‘orang suruhan’ anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.
Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.
Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja ‘dibuang’ berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.
Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.
Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.
http://www.hmetro.com.my/articles/Buangbapa_kebaswang/Article

1 ulasan:
saya tak mahu komen tentang buang anak ni,tapi logik akal, mesti ada sebab kenapa kesemua tujuh anak tu marahkan ayahnya. saya sendiri kena buang dengan ayah saya, hidup dia senang lenang dengan bini dia, kami anak beranak (mak kami sudah meninggal) di biar sendiri. dia boleh berbangga, anak dia ada lawyer, ada doktor, tapi dia sendiri tak terlibat dlm proses anak2 nak jadi sedemikian. peritnya tuhan saja, macam mana saya pinjam duit dengan berbekalkan abang saya jadi penjamin, dan sudah berapa kali saya pitam di kampus sebab tak ada duit langsung nak makan. raya ni pun kami adik beradik dibiarkan begitu sahaja. perit sangat2, dendam kami pun tak surut2 lagi. bila saya dengar kes2 macam ni, memang saya tumpang sedih tapi saya boleh agak kenapa jadi begitu. ayah2 sekalian, jangan mudah lupa dek kesenangan. anak yang ada dibuang sebabkan leka menumpang kasih isteri baru, bila kelak diri sendiri pula dibuang,pandai pula meraih simpati ibarat diri sendiri tiada dosa.
maaf tuan punya blog, harap mengerti kenapa saya tak mampu sign in dengan akaun sendiri.
Catat Ulasan