KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110927

Kajuan Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Segala keputusan akan dikaji dan disampaikan kepada pimpinan kerajaan dan juga pimpinan PR untuk dimasukkan dalam manifesto PR jika perlu.

Sila nyatakan sokongan anda pada mana-mana pilihan berikut:

Pendidikan sehingga ke peringkat universiti menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Pendidikan tinggi di Malaysia memerlukan kos yang tinggi dan ini menjadi beban kepada golongan mahasiswa dan keluarga mereka.

Sebahagian besar dari rakyat Malaysia menghadapi kesukaran dalam mencari badan samada pihak kerajaan mahupun swasta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menyambung pelajaran.

Kebanyakan mereka bergantung kepada pinjaman pendidikan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 haribulan Julai 1997.

Ini bermakna sudah lebih 14 tahun Akta 566 ini terpakai dan dalam tempoh itu jugalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi pinjaman kepada rakyat Malaysia bagi menyambung pengajian di peringkat tinggi Universiti dan Kolej.

1: Pinda Akta PTPTN dan semua pinjaman dari keluarga yang miskin ditukar
2: Mansuhkan Akta PTPTN dan ditukar dengan akta baru yang lebih mesra pem
3: Mansuhkan Akta PTPTN dan semua pinjaman ditukar kepada biasiswa

Nyatakan sokongan anda dengan klik LIKE di http://www.facebook.com/Jawatankuasa.Isu.PTPTN.JIP

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak mansuh jugak?kira semua yyg ada nk ditukar la yek?kiranya pinjaman yang senang dapat dan menjadi sandaran hampir 90% pelajar kita nak dimansuhkan jugak?ada cadangan lagi bagus tuan?jangan cakap sedap je semua nk mansuh tapi xdde jln penyelesaian