"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20110910
Keretapi terbakar, adakah ada pihak ingin sabotaj KTM?
Semakin banyak masalah komuter dan KTM di Malaysia akhir-akhir ini, sedangkan projek landasan keretapi berkembar bernilai berbillion ringgit sedang giat dijalankan. Dari komuter yang sering lewat, sering rosak, silap masuk laluan hingga 6 kilometer, kanak-kanak terkena renjatan elektrik di stesen komuter, kini gerabak keretapi pula terbakar.
Sebelum ini saya ada menulis mengenai projek landasan keretapi berkembar yang apabila siap kelak akan menarik minat syarikat asing untuk menguasai perkhidmatan keretapi di Malaysia ini.
Ketika rakyat leka dengan isu Bukit Kepong, kita lupa tengok nasib jiran tetangga, sanak saudara keliling kita, terutama orang tua di kampung.
Sila baca isu berkaitan sebelum ini :
Tidak mustahil syarikat asing akan kuasai KTM di http://waghih.blogspot.com/2011/09/tidak-mustahil-syarikat-asing-akan.html
Kanak-kanak melecur teruk, terkena renjatan elektrik di stesen komuter di http://waghih.blogspot.com/2011/09/adakah-pengguna-selamat-di-stesen.html
Komuter silap masuk laluan sejauh 6 kilometer di http://waghih.blogspot.com/2011/09/syarikat-asing-ambil-alih-ktm-makin.html
Sabtu September 10, 2011
GERABAK TERBAKAR: PERJALANAN 800 PENUMPANG KERETA API TERLEWAT SEJAM
GUA MUSANG: Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam Jumaat. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.
Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.
Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.
Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.
"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.
Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.-BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/9/10/mstar_jenayah/20110910152508&sec=mstar_jenayah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan