KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111117

Siapa Ulama N.Sembilan yang tinggi ilmu sains dan teknologi



Sesiapa yang pernah berjumpa atau berguru dengan seorang ulama dari Negeri Sembilan iaitu Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhammad Dahan (1907-1997) pasti tidak mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Ibrahim ini bukan sahaja seorang ulama yang begitu merendah diri dan tinggi ilmu agamanya.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim adalah merupakan seorang saintis Islam yang begitu hebat yang tiada tandingannya hingga ke saat ini (setakat yang saya ketahui).

Ini adalah kerana beliau seorang yang mempunyai ilmu matematik, trigonometri, sains dan astronomi yang hebat sahaja sehingga dapat menyusun takwim solat dengan tepat.

Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim bertanggungjawab menyusun takwim solat untuk Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Baru-baru ini saya telah menziarahi Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan berjumpa dengan cucu kepada Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim iaitu Al Fadhil Ustaz Mohd Khairuddin bin Yusoff.

Saya pehatikan di satu sudut surau itu dalam almari kaca yang berkunci satu alat yang ringkas, berbentuk suku bulatan, berkaki dan ada kertas geraf.

Dalam fikiran saya , mungkin ini alat yang digunakan untuk mengira takwim solat.

Lalu saya bertanya kepada Ustaz Khairuddin, beliau berkata memang itu alat yang digunakan oleh datuknya untuk mengira takwim solat. Menurut beliau ada buku yang mengandungi formula, dan tali turut digunakan semasa membuat perkiraan.

Malangnya buku tersebut tiada dalam simpanannya, dan tiada siapa yang tahu bagaimana cara perkiraan takwim solat tersebut dibuat.

Saya terasa begitu sedih sekali, satu kerugian yang amat besar kepada umat Islam di Malaysia ini jika ilmu seperti ini tidak ada sesiapa yang mampu mempelajarinya.

Jangan dipandang rendah para ulama ini, mereka ini memang diam-diam ubi berisi. Memang mengkagumkan, tanpa komputer, tanpa kalkulator, Almarhum Tuan Guru Haji Ibrahim dapat membuat perkiraan trigonometri, sain, kosain, tanjen dan sebagainya.

Ulama kita ini hebat bukan sebab belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mereka belajar dan mengajar menggunakan tulisan Jawi, Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

Seorang lagi ulama Negeri Sembilan yang hebat ialah Almarhum Syeikh Haji Ahmad yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Saya diberitahu bahawa beliau dapat melihat anak bulan hanya menggunakan mata kasar, tanpa memerlukan teropong. Dan beliau pasti akan dapat melihat anak bulan apabila tepat waktunya.

Berbanggalah menjadi orang Melayu, umat Islam dengan Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Maklumat mengenai Madrasah Al-Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim di http://madrasahbongek.blogspot.com/






Astrolabic quadrant, made by Muhammad ibn Ahmad al-MizziFrom Damascus, Syria, AD 1333-34

This instrument is signed by Muhammad ibn Ahmad al-Mizzi, the muwaqqit (official time-keeper) of the Great Umayyad Mosque of Damascus. The muwaqqit is responsible for determining the correct times for Muslim prayer, which must be carried out five times a day at specific intervals. There are four other astrolabic quadrants signed by the same craftsman, and they are the earliest known examples of this type of quadrant.
http://www.britishmuseum.org/explore/highlights/highlight_objects/me/a/astrolabic_quadrant.aspx




The Inventor
It has been accepted that the astrolabe quadrant was invented by Jacob ben Machir ibn Tibbon of Montpellier (c.1236-1305) who was a member of a family that originated in Granada, his forebears noted for their translations from Arabic into Hebrew.
http://www.bonhams.com/cgi-bin/public.sh/pubweb/publicSite.r?sContinent=EUR&screen=lotdetailsNoFlash&iSaleItemNo=3186987&iSaleNo=14878




In 1529, Muṣṭafā ibn ʿAlī wrote Kifāyat al‐waqt li‐maʿrifat al‐dāʾir wa‐ faḍlihi wa‐ʾl‐samt (in Turkish). Some 120 copies of the work, also known as Risāla fī al‐muqanṭarāt, are extant; it deals with various aspects of geometry, trigonometry, and astronomy and also mentions an astronomical instrument called rubʿ al‐muqanṭarāt (astrolabic quadrant).
http://islamsci.mcgill.ca/RASI/BEA/Ali_al-Muwaqqit_BEA.htm

PORT DICKSON 24 Sept. - Projek pembinaan balai cerap dan sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini telah siap 35 peratus.

Projek ini yang didirikan di kawasan seluas 1.2 hektar adalah projek usahasama antara Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang merupakan pemilik tanah.

Mengulas mengenai projek pembinaan balai cerap itu, beliau berkata antara kemudahan yang terdapat di balai cerap setinggi dua tingkat itu ialah dewan yang boleh menampung 200 orang, surau, pejabat, bilik kuliah, bilik mesyuarat dan bilik pameran.

"Balai cerap ini memusatkan semua kegiatan daripada melihat anak bulan, kajian bintang, cakerawala dan planet bagi menjana kemajuan ilmu falak. Ia akan menjadi pusat rujukan dan penyelidikan penting."

"Dengan terlaksananya projek ini, ia juga adalah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam bidang astronomi di kalangan pelajar dan orang ramai. Balai cerap ini akan dilengkapkan dengan teleskop 24 inci yang merupakan antara teropong jauh yang terbesar di Malaysia bagi kemudahan mencerap bintang, planet, langit dan sebagainya," katanya.

Kamal Amran berkata pengurusan balai cerap itu akan dibuat secara usahasama dengan Universiti Malaya (UM).

Apabila siap kelak, katanya UM bersetuju untuk menempatkan para pegawai dan penyelidiknya untuk membantu menguruskan balai cerap tersebut.

Katanya salah satu keunikan yang terdapat di balai cerap itu ialah jam matahari yang akan diletakkan di dataran kompleks tersebut. Jam ini menunjukkan masa berdasarkan perjalanan matahari.

"Di samping itu, balai cerap ini juga akan mempunyai galeri yang akan menempatkan bahan-bahan sejarah berkaitan dengan cerapan dan astronomi dalam Islam," katanya.

Sementara itu, katanya, hotel setinggi empat tingkat yang mempunyai 84 bilik serta tiga pangsapuri adalah sebuah hotel bertaraf tiga bintang dan di antara kemudahan yang terdapat di situ ialah restoran, surau, tempat riadah dan parkir.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

Sarjana Falak http://mufti.penang.gov.my/pusat_falak/SARJANA%20FALAK.pdf

Kaedah ringkas utk menghitung waktu solat http://syihanf.blogspot.com/2011/01/kaedah-ringkas-utk-menghitung-waktu.html

Nemu Kuadran Terbesar http://iin-aina.blogspot.com/2011/04/nemu-kuadran-terbesar.html

Tiada ulasan: