KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111118

Alangkah bagus kalau ada Kaunter Bergerak Baitul Mal



Alangkah bagus perkhidmatan Kaunter Bergerak (Bas Bergerak) untuk kutipan zakat seperti di bawah ini diperluaskan untuk perkhidmatan lain terutamanya untuk agihan wang zakat atau wang bantuan kepada yang memerlukan seperti Kaunter Bergerak Baitul Mal, Kaunter Bergerak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kaunter Bergerak Aduan Rakyat dan seterusnya.

Urusan bayar zakat dimudahkan
Kosmo 18 Nov 2011

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini berpeluang untuk membuat pembayaran zakat menggunakan sebarang kad kredit berlandaskan konsep syariah di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui penyediaan perkhidmatan bayaran zakat tanpa wayar atau Zakat@AmIslamic Bank oleh AmIslamic Bank Bhd. (AmIslamic Bank).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AmIslamic Bank, Datuk Mahdi Murad berkata, terminal pembayaran tanpa wayar itu memberikan kemudahan kepada pihak LZS membuat pungutan pembayaran zakat di mana-mana lokasi khususnya di kawasan tumpuan ramai seperti di pusat beli-belah.

“AmIslamic Bank telah bekerjasama dengan pihak LZS sejak bulan Disember 2002 dalam usaha untuk memudahkan pembayaran zakat melalui kemudahan perbankan yang kami sediakan termasuk juga oleh Kumpulan AmBank.

“Para pelanggan boleh membuat pembayaran zakat melalui perkhidmatan perbankan dalam talian AmOnline atau mudah alih AmGenie atau di kaunter cawangan daripada akaun simpanan, semasa ataupun kad kredit AmIslamic Bank mengikut kesesuaian diri mereka,” katanya pada majlis pelancaran Zakat@AmIslamic Bank di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Tiada ulasan: