KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111116

Buat pahala dengan besi buruk



Minggu lepas emak bersih halaman rumah di kampung. Ada kereta sorong buruk yang tak guna lagi. Emak suruh buang. Saya pun letaklah dalam kereta besi buruk kereta sorong tadi, berat juga angkat dengan anak. Puas fikir mana pula nak buang. Susah-susah pergi saja pekan Chengkau beri pada kedai jual besi buruk di sana.

Saya isi minyak dulu di pekan Rembau. Malas pula rasanya nak pergi pekan Chengkau. Fikir punya fikir, hati tergerak nak buang di tong sampah dekat pasar Rembau, harap-harap adalah orang akan ambil untuk jual sebagai besi buruk.

Lalu pasar Rembau dah tengahari, tak ada orang di pasar. Di kawasan tong sampah tersebut ada seorang lelaki sedang mencari-cari kotak dan besi buruk dalam tong sampah. Saya pun tanya lelaki tersebut, nak kereta sorong buruk tak. Lelaki tadi macam orang mengantuk disorongkan bantal.

Dia bukan main suka dapat besi buruk, saya pula bukan main suka dapat buang kereta sorong tadi pada orang yang memang memerlukan.

Beberapa minggu lepas surau saya ada kerja mengecat atap, dinding dan pagar surau oleh kontraktor. Tin-tin cat kosong pekerja kontraktor tadi buang dalam lubang sampah belakang surau, bukan main banyak. Saya pun kutiplah semula, nanti jadi tempat biak nyamuk pula.

Saya kemekkan tin tadi dengan tukul gergasi dan masukkan dalam plastik sampah. Dapat dua plastik besar. Letak saja luar pagar surau. Esoknya tengok, dua plastik sampah berisi tin-tin cat kosong tadi telah tiada.

Senang bukan buat pahala. Ini serampang lebih dari dua mata. Orang yang memerlukan dapat duit jual besi buruk. Kita dapat amalkan konsep kitar semula. Alam sekitar lebih baik untuk jangka masa panjang.

Jadi kalau ada besi-besi buruk dalam rumah, luar rumah, dalam kereta, luar kereta. Kumpulkan elok-elok, kalau nak jual sendiri besi buruk pun boleh. Kalau tak nak jual, berilah pada kepada sesiapa yang mencari besi buruk. Kalau susah sangat nak cari orang yang perlukan besi buruk, letak elok-elok tepi tong sampah, pasti ada yang mengambilnya.

Bukan setakat besi buruk, kotak, plastik pun elok dibuat begitu.

Kempen Kitar Semula yang dibuat oleh kerajaan boleh dikatakan GAGAL. Tak percaya pergi stesen-stesen minyak yang ada 3 tong berlainan warna untuk diisi bahan buangan kitar semula, dah jadi tong sampah.

Jadi jayakan kempen kitar semula untuk diri kita sendiri. Kalau kita tak dapat duit, kita dapat pahala insyaAllah.

Tiada ulasan: