KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051230

Hukum Peraduan Teka Kacang Di Rembau

Sambutan Tahun Baru 2006 di Rembau selama 4 hari bermula 28 Dis hingga 31 Dis akan diadakan Peraduan Teka Kacang, dimana untuk setiap tekaan akan dikenakan bayaran RM 5 dan hadiah utamanya ialah sebuah kereta Kancil. Apa yang di teka tidak dapat dipastikan, cuma pada kebiasaannya ialah meneka berapa banyak jumlah kacang dalam satu balang.

Saya bertanyakan kepada beberapa orang ustaz mengenai hukum peraduan teka kacang yang sedemikian. Semua mereka menjawab ianya ada unsur judi melainkan kalau diubah syaratnya iaitu sesiapa sahaja boleh menyertai peraduan tersebut tanpa bayaran, atau mereka yang membeli barangan yang melebihi jumlah tertentu layak menyertai peraduan tersebut.

Terakhir saya bertanya kepada Us Syafie di Jabatan Mufti N.Sembilan, dimana beliau memberi pendapat yang sama. Justeru itu saya berharap agar mereka yang lebih arif dalam bidang hukum hakam ini agar dapat menasihati kepada penganjur sambutan tahun baru 2006 di Rembau agar mengubah sedikit syarat peraduan teka kacang tersebut untuk mengelakkan kita semua bersubahat dalam unsur perjudian ini, melainkan ada pendapat lain yang mengatakan ianya dibenarkan.

BERITA HARIAN 27 Dis 2005

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/EdisiTengah/20051227092924/Article/

Teka kacang ambang 2006 dapat Kancil

REMBAU: Orang ramai yang mengunjungi majlis sambutan Rembau D' Ambang 2006 yang diadakan selama empat hari bermula esok di Dataran Rembau, Padang Majlis Daerah Rembau berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Kancil bernilai RM27,000.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Rembau D' Ambang 2006, Abdul Aziz Lamin, berkata hadiah kereta Kancil itu ditawarkan menerusi peraduan "Teka Kacang" yang turut menawarkan pelbagai hadiah sampingan lain.

Beliau berkata, mereka yang ingin mencuba nasib menyertai peraduan itu akan dikenakan bayaran RM5 bagi setiap percubaan.

Katanya, majlis sambutan itu yang turut menyediakan pelbagai acara menarik seperti pesta sukan rakyat, ekspo usahawan, persembahan kebudayaan, forum perdana, senamrobik, konsert 60-an dan kejohanan futsal dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chembong, buat julung kali.

"Antara matlamat majlis sambutan ini ialah meningkatkan persefahaman, kerjasama dan silaturahim di kalangan rakyat berbilang kaum di daerah ini," katanya.

Abdul Aziz berkata, acara kemuncak majlis itu ialah mengira detik sempena sambutan tahun baru dan pertunjukan bunga api yang dijadual bermula jam 9 malam, Sabtu ini.

Katanya, Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga Adun Chembong akan turut serta bersama orang ramai mengira detik tahun baru itu.

Orang ramai yang berminat menyertai pelbagai program yang diadakan itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Chembong di Rumah Umno Rembau atau Pejabat Pengerusi Jawatankuasa, Tenaga, Air dan Komunikasi di Wisma Negeri, Seremban.

20051229

Tiada siapa yang menang dalam isu wira Everest

Tiada siapa yang menang sebenarnya dalam isu pengkebumian wira Everest negara. Ianya adalah merupakan satu peristiwa yang harus diambil iktibar oleh semua rakyat Malaysia dalam negara yang berbilang agama dan bangsa ini.

Ianya memberi gambaran walaupun Malaysia telah merdeka sejak tahun 1957 lagi, dan berbagai usaha telah dilakukan untuk menanamkan semangat muhibbah diantara rakyat yang berbilang agama dan bangsa, namun apabila sampai isu yang menyentuh sensitiviti agama kita masih tidak dapat duduk semeja untuk menyelesaikannya dengan semangat toleransi dan setiakawan, hanya mengharapkan sistem perundangan untuk menyelesaikannya.

Bagi saya seorang penganut Islam, saya turut merasa sedih perkara sebegini berakhir dalam keadaan ada pihak yang berduka cita iaitu isteri dan ibu wira Everest kita walaupun undang-undang dapat ditegakkan. Kita umat Islam memang sepatutnya mempertahankan undang-undang Islam sedia ada, tetapi adakah kita mempertahankan undang-undang Islam tersebut kerana kita benar-benar kasihkan saudara kita yang memeluk agama Islam, atau sebaliknya ?

Adakalanya kita sendiri bersikap hipokrit, apabila ada orang yang mencabar undang-undang Islam kita bertepuk sorak mempertahankannya, tetapi apabila saudara yang baru memeluk Islam kita tidak pula bertepuk sorak menghulurkan bantuan. Sedangkan dalam Islam , mereka yang baru memeluk agama Islam haruslah diberi perhatian seperti menatang minyak yang penuh, sepertimana kasihnya ibu menjaga anaknya yang baru dilahirkan.

Baru minggu sudah saya berjumpa dengan sahabat saya di Seremban. Beliau mengeluh kerana ada pihak yang sudi memberikan rumah untuk tempat penginapan dan perlindungan saudara-saudara baru, malangnya sukar untuk mendapatkan khidmat untuk meletakkan mereka yang benar-benar berminat untuk mengendalikan rumah penginapan tersebut. Tanggungjawab menjaga saudara baru ini tidak seharusnya diletakkan dibahu pihak berkuasa agama semata-mata. Pihak swasta, ahli korporat Islam, individu, masyarakat harus sama berganding bahu menjayakan usaha membantu saudara-saudara baru.

Betapa begitu sensitifnya isu pengkebumian wira Everest negara dan betapa tidak begitu terbukanya sikap kita dalam membincangkan isu ini sehinggakan tidak ramai pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang berani memberikan pandangan untuk meredakan ketegangan yang timbul. Apakah sambutan Rumah Terbuka Hari Raya, Rumah Terbuka Deepavali, Rumah Terbuka Krismas dan sebagainya tidak dapat membentuk masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati antara satu sama lain ?

Umat Islam di Malaysia ini, terutamanya orang Melayu harus menerima hakikat bahawa kita hidup di negara ini dengan rakyat dari pelbagai lapisan agama dan bangsa, dari agama Buddhanya, Hindunya, Kristiannya dan seterusnya. Memahami amalan dan budaya agama lain bukanlah bermaksud kita bersama berseronok meraikan sambutan perayaan agama mereka. Memahami amalan dan budaya agama lain adalah supaya kita dapat memberi kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agama mereka tanpa perasaan syak wasangka.

Beberapa minggu sudah saya tertanya-tanya kenapa pada satu malam semua rumah penganut Hindu di Senawang ini menyalakan pelita di hadapan rumah dan kedai mereka, walhal ianya bukanlah musim perayaan Deepavali atau Thaipusam. Lalu saya bertanyalah kepada peniaga Hindu kenapa dia memasang pelita tersebut, lalu dia memberitahu ianya adalah sempena sambutan tahun baru mereka. Barulah saya faham mengapa mereka berbuat demikian, dengan kefahaman saya ini tidaklah saya berprasangka mengapa penganut Hindu memasang pelita pada malam tersebut. Memandangkan ini adalah amalan penganut Hindu maka tidak perlulah kita umat Islam pula terikut-ikut hendak memasang pelita, biarlah penganut Hindu diberi kebebasan untuk memasang pelita pada malam tersebut.

Adakalanya saya merasa iri hati pula diatas apa yang diamalkan oleh penganut agama lain di Malaysia ini. Iri hati disini bukannya bermaksud tidak memberi kebebasan kepada agama lain. Iri hati di sini ialah mengapa penganut agama lain boleh melakukannya tetapi kita penganut Islam tidak boleh melakukannya. Contohnya semasa Konsert Sure Heboh diadakan di Seremban pada awal tahun ini. Konsert Sure Heboh diadakan di padang Majlis Perbandaran Seremban yang dikelilingi oleh beberapa gereja, kuil Hindu , kuil Sikh dan masjid negeri. Pada malam tersebut saya melihat Kuil Hindu yang terletak bersebelahan padang MPS dikawal oleh dua orang penganut Hindu untuk mengelakkan orang ramai sewenang-wenangnya menggunakan kemudahan di kuil tersebut. Apabila saya lalu di masjid negeri, semua pintu pagarnya di buka, dan ada segelintir pengunjung Konsert Sure Heboh mengambil kesempatan menggunakan kemudahan masjid serta laluan masjid tersebut. Inilah iri hati yang saya maksudkan, penganut Hindu begitu menjaga rumah ibadah mereka, sedangkan kita umat Islam adakalanya menjadikan masjid sebagai tempat untuk buang air, rehat, tidur dan menukar lampin bayi, dan selepas itu menyalahkan pula pengurusan masjid yang tidak menjaga kebersihan masjid.

Satu lagi contoh iri hati saya ialah dengan penganut agama Kristian. Seremban adalah bandar yang menarik , dimana terdapat banyak rumah ibadah dari pelbagai agama. Hari Ahad pagi biasanya gereja-geraja di Seremban akan dipenuhi oleh penganut agama Kristian. Ketika menghadiri satu program di Wisma Negeri beberapa bulan yang lalu , saya memerhatikan begitu banyak kenderaan diletak dibahu jalan sepanjang gereja tersebut. Walaupun kenderaannya banyak, namun ianya diletak dalam keadaan yang tersusun dan tidak menghalang mana-mana jalan atau laluan. Apabila lalu dihadapan gereja saya perhatikan penganut agama Kristian yang datang ke gereja membawa bersama keluarga mereka, isteri serta anak-anak. Apa yang menariknya anak-anak Kristian yang datang ke gereja ini tidaklah membuat bising dan bermain-main , tidak seperti anak-anak Islam kita yang membuat bising ketika khatib sedang berkhutbah. Saya perhatikan pagi Ahad tersebut penganut Kristian dapat berjumpa seminggu sekali dengan seluruh keluarga mereka, dalam keadaan yang tenang, tanpa perlu mengejar masa. Inilah iri hati saya, mengapa tidak umat Islam dapat melakukan demikian pada hari Jumaat ?

Kita di Malaysia ini harus mula belajar kenal mengenali antara satu sama lain. Berseronok, bergembira meraikan perayaan agama lain tidak menjamin kita dapat hidup aman dan harmoni. Memahami hak agama antara satu sama lain seharusnya menjadi teras kepada kita semua rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa. Sistem perundangan adalah merupakan jalan terakhir untuk menyelesaikan sesuatu konflik. Oleh itu tiada siapa yang menang dalam isu wira Everest ini, kerana kita telah menggunakan sistem perundangan untuk menyelesaikannya bukannya atas dasar faham memahami antara satu sama lain.


Rozmal bin Malakan
Setiausaha Surau Taman Alamanda, Senawang

20051226

Kesedaran masyarakat cegah rogol masih kurang

Masyarakat sekali lagi dikejutkan dengan kejadian rogol dan rompak yang melibatkan wanita. Menurut laporan akhbar tempatan (Harian Metro 22 Dis 05) seorang pekerja kilang wanita di Senawang mendakwa dipukau sebelum dirogol serta dirompak seorang lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas di sebuah hentian bas kira-kira jam 5.15 pagi.

Wanita di Malaysia ini sering menjadi mangsa rogol, ragut dan rompak Serangan rogol, ragut dan rompak (3R) ini bukan hanya berlaku kepada wanita di Senawang atau pekerja kilang sahaja, malah wanita daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama serta daripada pelbagai sektor pekerjaan sering menjadi mangsa.

Walaupun sebelum ini negara pernah dikejutkan dengan pelbagai jenayah rogol, ragut dan rompak yang ada kalanya membawa kepada pembunuhan seperti peristiwa malang yang berlaku kepada Allahyarham Noor Suzaily dan Mendiang Cannie Ong, namun rata-rata didapati masyarakat secara umumnya tidak mengambil iktibar daripada kejadian tersebut.

Masyarakat seolah-olah menyerahkan masalah pencegahan jenayah rogol, ragut dan rompak ini kepada pihak polis untuk mempertingkatkan rondaan, disamping mengharapkan kerajaan melalui Kementerian Kebajikan Masyarakat, Wanita dan Kekeluargaan untuk mengendalikan kursus serta taklimat berkenaan cara mencegah jenayah rogol, ragut dan rompak.

Wanita adalah merupakan golongan yang lemah lembut, sementara penjenayah yang tahu akan kelemahan wanita ini sering menggunakan pelbagai taktik, tipu daya, pujuk rayu serta adakalanya menggunakan pukau untuk memerangkap wanita. Jika cara ini tidak berjaya penjenayah akhirnya akan menggunakan kekerasan.

Kalau di negara barat contohnya, mereka sering mengadakan kursus kesedaran pencegahan jenayah rogol, ragut dan rompak di kalangan kanak-kanak, pemudi serta wanita daripada peringkat tadika lagi hinggalah ke alam pekerjaan.

Khidmat pakar-pakar saikologi serta sukarelawan sering digunakan untuk memberikan perkhidmatan post trauma (selepas kejadian) sebagai memulihkan semangat mangsa agar dapat meneruskan hidup serta pekerjaan seperti sediakala. Sementara jiran-jiran dan rakan sekerja akan sering memberikan kata-kata perangsang kepada mangsa. Dan mereka bekerjasama dengan pihak polis untuk mengedarkan gambar lakaran suspek di pasaraya-pasaraya, gereja, sekolah, tempat kerja dan sebagainya.

Sebaliknya kita di Malaysia ini mangsa rogol kurang mendapat perhatian melainkan jika ianya mendapat liputan meluas di dalam akhbar. Adakalanya pula mangsa rogol di Malaysia ini dipandang serong oleh masyarakat dan menyalahkan pula mangsa rogol kerana tidak tahu hendak melindungi diri mereka sendiri. Sekiranya mangsa kebakaran, mangsa banjir sering mendapat simpati dan bantuan daripada pelbagai lapisan masyarakat, mengapa tidak mangsa rogol tidak diberikan layanan yang serupa , paling tidak daripada golongan wanita sendiri ?

Apabila masyarakat secara aktif terlibat dalam pencegahan jenayah rogol, ragut dan rompak ini dan memberikan pembelaan kepada mangsa rogol maka sudah pasti akan menyulitkan penjenayah untuk mengulangi jenayah mereka ditempat tersebut. Ini adalah kerana para penjenayah akan mengulangi perbuatan mereka dan adakalanya akan menjadi penjenayah bersiri sekiranya mereka dapati masyarakat ditempat tersebut tidak mengambil berat dalam hal-hal pencegahan jenayah.

Malah dengan kemajuan internet sekarang ini masyarakat boleh membantu pihak polis dengan mengedarkan lakaran gambar suspek melalui e-mel di kawasan yang terlibat. Apabila penjenayah ditempat tersebut dapat menghidu masyarakat telah mula mengambil langkah berjaga-jaga sudah pasti ianya menyukarkan penjenayah untuk mengulangi jenayah mereka atau mereka akan pergi ke komuniti yang tidak mengambil berat dalam hal-hal pencegahan jenayah.

Satu lagi sikap masyarakat kita ialah tidak gemar untuk membuat laporan polis apabila berlaku sesuatu kejadian jenayah seperti kejadian rogol dan ragut. Pada mereka apa gunanya buat laporan polis, bukannya dapat ditangkap penjenayah tersebut atau bukannya dapat balik barangan yang diragut atau mungkin pada mereka kejadian itu hanya berlaku pada mereka sekali sahaja. Sekiranya jenayah ini tidak dilaporkan kepada pihak polis, bagaimana pihak polis hendak mengetahui kadar jenayah ditempat tersebut. Sekiranya banyak laporan jenayah dilaporkan ditempat tersebut sudah pasti polis akan mendapat banyak maklumat untuk membantu mereka mencegah jenayah tersebut. Malah laporan polis untuk cubaan rogol, ragut dan rompak juga perlu dibuat walaupun mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan atau kerugian.

Maka tidak hairanlah mengapa sekarang ini kita sering mendengar laporan akhbar mengenai kejadian rogol, ragut dan rompak dikalangan wanita namun langkah pencegahannya amat kurang kedengaran.

Wanita yang bersendirian dalam pelbagai keadaan sering menjadi mangsa. Wanita yang memandu boleh terjebak dalam jenayah ini apabila penjenayah dengan sengaja melanggar kereta mangsa. Wanita yang menaiki bas sendirian tanpa penumpang wanita lain. Wanita yang meletak kereta ditempat yang sunyi. Wanita yang menunggu bas sendirian tidak kira siang atau malam. Wanita yang berada dalam lif atau tangga sendirian. Malah ianya berlaku dalam tandas wanita apabila wanita itu bersendirian.

Jenayah rogol, ragut dan rompak di Malaysia ini hanya akan dapat dikurangkan jika semua pihak mengambil sikap pro aktif untuk melakukan tindakan pencegahan jenayah, bekerjasama dengan pihak polis dengan memberikan maklumat, bekerjasama dengan Kementerian Wanita untuk membantu mangsa. Masjid-masjid, gereja-gereja, kuil-kuil, balairaya-balairaya, sekolah-sekolah dan lain-lain tempat pertemuan awam adalah merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan taklimat serta penerangan berkenaan cara pencegahan jenayah disamping masyarakat setempat berkongsi-kongsi maklumat untuk mencegah jenayah ditempat mereka.

“Bersama Mencegah Jenayah”

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda , Senawang, NS
rozmal@yahoo.com
Laman web : http://waghih.blogspot.com

20051221

Ahli Majlis AIDS M’sia Sombong – Dr Chua Soi Lek

Liputan berita dalam akhbar The Star 21 Dis 2005 agak memeranjatkan. Dr Chua Soi Lek , Menteri Kesihatan Malaysia secara terbuka membidas segelintir ahli Majlis AIDS Malaysia sebagai sombong, berlagak pandai, dan memperlekehkan kepakaran pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan.

Apa yang menariknya Dr Chua Soi Lek menyatakan, Datin Paduka Marina Mahathir menggesa supaya program pemberian kondom dan jarum suntikan percuma patut dibuat secara senyap dahulu, kalau berjaya barulah diumumkan. Sedangkan Dr Chua pula berpendapat ianya harus dimaklumkan kepada orang ramai untuk mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk daripada kumpulan agama.

Sedih mendengarkan kenyataan Dr Chua, seorang bukan Islam lebih prihatin untuk mendengar maklumbalas daripada golongan agama, sedangkan Marina sendiri orang Islam hendak membuatnya secara senyap-senyap.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

Marina’s criticism shocking, says Chua

BY ELIZABETH LOOI

KUALA LUMPUR: Health Minister Datuk Dr Chua Soi Lek has hit out at outgoing Malaysian AIDS Council president Datin Paduka Marina Mahathir for criticising his public announcement on the harm reduction programme to fight HIV/AIDS.

Chua said he was appalled to learn that Marina had slammed the ministry for announcing the programme, which would see a free distribution of condoms and needles to drug addicts.

“I am shocked with her behaviour because she was one of the first few people who called to thank me and to support the programme.

“She said 'thank God, we have been waiting for so long for a harm reduction programme',” he said yesterday when commenting on Sunday's Mingguan Malaysia interview with Marina.

Marina said in the interview that the programme should be announced only after it was proven to be successful and that it should be quietly implemented while educating society.

Chua, however, said it would be impossible to carry out the pilot project discreetly, as it involved over 100,000 people and it needed support from all quarters, including religious groups.

“We also have to ensure that those involved in the pilot project received training and exposure before we run the programme nationwide.”

Incoming MAC president Prof Dr Adeeba Kamarulzaman also sat on his committee, he said.

He also said the public announcement was in response to the Prime Minister's call for transparency in government policies.

Chua hit out at the council for behaving like a “know-it- all” NGO.

“They know all. They are the best,” he said. “They use words that are insulting and derogatory to my officers. I've been tolerating this for quite some time.”

He said the reason the ministry and the council failed to foster a close relationship was probably due to the arrogance of some officers from the council.

“What they know is the best. What my people know is second best,” Chua said.

In a two-page press statement yesterday, the council, without referring directly to Marina's remarks, said that since the council started 13 years ago, it had worked closely with the Health Ministry in various programmes and it looked forward to forging an even closer relationship with the Government.

The council said a strong foundation was being laid between the two parties to ensure the success of the needle and syringe exchange programme.

“We would like to stress that as a non-profit, umbrella organisation which facilitates activities of its 40 affiliates working in HIV/AIDS education, prevention, care and support for people living with the disease, the success of our programmes rely on the strong partnerships forged with government agencies.”

20051220

Khairy, selami sejarah pejuang bangsa daripada Rembau

Kepada Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Kawasan Rembau merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Apa khabar saudara ku? Mari kita selami sejarah pejuang bangsa Melayu di Rembau ini yang memperjuangkan hak orang Melayu secara keseluruhannya sebelum wujudnya UMNO, sebelum adanya PAS. Agar dapat kita sama-sama kembali memartabatkan bangsa Melayu mengikut acuan Islam tanpa mengenepikan hak serta kepentingan bangsa Cina, bangsa India dan lain-lain bangsa di Malaysia ini.

Artikel ini dipetik daripada buku yang bertajuk “The Malay Nationalism Before UMNO” – Nasionalis Melayu Sebelum UMNO terbitan Utusan Publications yang terdapat dilaman web Malaysia Today http://www.malaysia-today.net/books/2005/12/16-early-politics-nationalists-of-my.htm

Beliau ialah Datuk Abdullah Bin Haji Dahan, Undang Rembau.

Anak kepada seorang Datuk di Negeri Sembilan, Abdullah mulanya belajar di sekolah Melayu kemudian lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang di Kolej Melayu Kuala Kangsar.

Antara ahli Majlis Persekutuan yang dilantik, beliau adalah yang paling lantang, terutamanya memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Dia pernah secara terbuka mempersoalkan Inggeris yang melantik bukan Melayu di Jabatan Kerajaan. Pihak Inggeris menjawab, "Kerana tiada orang Melayu yang berpelajaran Inggeris”. Sebenarnya adalah polisi Kerajaan British untuk tidak menggalakkan orang Melayu masuk ke sekolah aliran Inggeris sejak dari mula lagi.

Datuk Abdullah berjuang untuk kepentingan Melayu. Beliau menggesa agar Inggeris memberikan lebih peruntukan untuk Tanah Rezab Melayu dan memberikan lebih banyak peluang pekerjaan kepada Melayu di jabatan kerajaan yang dimonopoli oleh bangsa asing, seperti Keretapi Tanah Melayu, Telekom dan Jabatan Kerja Raya. Beliau mengakui ramai orang Melayu yang bekerja di peringkat bawahan, tapi bagaimana dengan jawatan kanan seperti Ketua Stesen ? Kenapa orang Melayu tidak diberi kepercayaan untuk memikul lebih tanggungjawab ?

Apabila Zaman Kemelesetan berlaku pada tahun 1929, pihak British memberhentikan ramai pekerja, Datuk Abdullah memberi amaran kepada British “jangan sentuh” pekerja Melayu. Dari cadangan tersebut pendatang asing harus dibuang kerja terlebih dahulu, dia pada ketika itu, tidak begitu disukai oleh pendatang Cina dan pendatang India.

Datuk Undang Rembau adalah orang yang berani, lantang dalam tahun 1920an dan 1930an, ketika tiada siapa yang berani bersuara terhadap orang Inggeris.

Datuk Undang Rembau akhirnya dikeluarkan daripada Majlis oleh pihak British atas alasan beliau menderita penyakit saraf. British akhirnya berjaya membuang duri dalam daging mereka.

Datuk Abdullah juga adalah merupakan salah seorang daripada empat orang Raja-Raja Melayu yang menubuhkan Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pejuang-pejuang bangsa seperti Datuk Abdullah.
Al Fatihah.

Rozmal bin Malakan
Cicit Datuk Abdullah bin Hj Dahan
Suku Lela Maharaja (Suku Dato’ Sedia Raja)
Kg Tanjung, Rembau, N.Sembilan
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

Hanya RM190 satu bhg korban utk bantu umat Islam Sri Lanka

Program Ibadah Korban Anjuran PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN INSTITUSI- INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)

HALUAN ialah sebuah pertubuhan kebajikan yang didaftarkan pada tahun 1988 di Selangor. Ia bermula dengan keahlian di negeri Selangor kemudian secara beransur berkembang ke cawangan-cawangan di serata semenanjung pada awal 1990

HALUAN akan menganjurkan “Projek Ibadah Qurban Aidil Adha 1426H” sebagai inisiatif untuk menggalakkan umat Islam menunaikan ibadah Qurban di tempat mereka yang lebih memerlukan bantuan, samada kerana masalah ekonomi, bencana alam, peperangan, penindasan dan seumpamanya.

Untuk tujuan ini, HALUAN mengenal-pasti golongan berikut sebagai sasaran projek untuk tahun 1426H.
 Perkampungan Orang Asli di Malaysia, untuk meraikan saudara-saudara baru.
 Pekampungan anak-anak yatim dan mangsa tsunami di Meulaboh, Aceh.
 Perkampungan Islam Battambung dan Chroy Metrey di Kemboja.
 Perkampungan Islam Hambantota dan Kirinda di Sri Lanka.

Harga untuk satu bahagian Qurban adalah di klasifikasi mengikut daerah seperti berikut:
1. Perkampungan Orang Asli atau Aceh — RM300
2. Kemboja atau Sri Lanka — RM190

InsyaAllah HALUAN akan menghantar relawan-relawan ke tempat-tempat yang terpilih di atas untuk menunaikan amanah ibadah Qurban dengan bantuan NGO atau agensi tempatan. Sijil penyertaan Qurban akan dikeluarkan kepada setiap peserta.

Disamping sumbangan Qurban Aidil Adha, HALUAN akan menyalurkan RM5 dari setiap bahagian Qurban sebagai sumbangan waqaf untuk membeli tanah di Kemboja. Tanah yang berharga RM1/kaki persegi tersebut akan digunakan untuk projek pertanian dalam rangka membantu pembangunan ekonomi dan kehidupan masyarakat Islam di sana. Sijil-sijil waqaf akan dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Kemboja.

Bagi muslimin/muslimat yang ingin turut menyertai projek ini, sila hantarkan borang beserta bayaran kepada wakil-wakil HALUAN, samada melalui tangan, fax atau emel sebelum 31hb Disember 2005.

Maklumat lanjut layari laman web HALUAN http://www.haluan.org.my

Atau Hubungi :
Muhd Ridha Abd Ghani
Ketua Biro Saraan
Pejabat HALUAN
Tingkat 1, C-02-17, Jalan Kenari 12
Taman Seri Kenari
43000 Kajang , Selangor D.E.
03 - 8739 4151 , 03 - 8739 4151

Razali Maarop
Ketua Biro Ekonomi
Lot 640 Jalan Mat Raji
Shah Alam
019 217 6106

20051219

Mangsa Kebakaran di Tampin Rayu Bantuan Orang Ramai

Saya telah menerima satu e-mel daripada rakan saya Sdr Mohd Yusof yang bekerja di 3M Malaysia Sdn. Bhd. K.L.. Beliau meminta orang ramai yang sudi membantu En Atan sekeluarga (orang kampung mertuanya) yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka terbakar pada 15 Disember 2005 yang lalu. Kepada rakyat Malaysia yang prihatin bolehlah menghulurkan bantuan apa yang termampu dengan memasukkan terus ke akaun En Atan yang tertera dibawah atau boleh menghubungi terus Sdr Mohd Yusof 012-2050792. No talipon En Atan mungkin sukar untuk mendapat talian memandangkan liputan talipon yang kurang baik di Kg. Jeram.

MOHD ATAN BIN JAMIAN
AKAUN MAYBANK
NO AKAUN: 111113180641
TALIPON : 019-6974263

********************************************************
Assalamualaikum Akhi Rozmal, tolong sebarkan.

Ketika pulang ke rumah mertua di Kg Jeram, Sri Repah, Tampin, Negeri Sembilan pada hari Sabtu 17.12.05 yang lepas saya menemui satu keluarga yang baru ditimpa musibah. Rumahnya
terbakar. Kejadian belaku pada hari Khamis 15.12.05 pukul 5.30 ptg. Tiada sebarang benda dapat diselamatkan kecuali kereta yang ketika itu dipandu di luar. Syukur pada Allah tiada jiwa yang terkorban. Namun keperitan dan tekanan jelas terbayang di wajah kedua-dua suami isteri yang saya temui itu.

Kini Saudara Atan bersama isteri dan 5 orang anaknya hanya tinggal sehelai sepinggang. Segala kelengkapan rumah, sijil kelahiran anak-anak, dokumen-dokumen penting musnah. Kelengkapan
persiapan untuk anak-anak naik ke sekolah di musim baru tahun 2006 juga turut musnah. Untuk Sementara, Sdr Atan dan keluarganya menumpang di rumah saudara berdekatan.

Saudara Mohd Atan Bin Jamian merupakan pesara tentera dan sekarang berkerja sebagai pemandu lori. Beliau baru sahaja perpindah ke Kg Jeram ke rumah sendiri yang baru siap dibina. Amat memilukan, belum pun sampai seminggu di rumah baru,Allah telah menguji saudara kita ini. Mari lah kita sama-sama berdoa semoga keluarga ini diberi kekuatan dan ketabahan oleh
Allah s.w.t menghadapi dugaan ini. Di samping itu kepada sesiapa yang ingin meringankan beban saudara kita ini bolehlah menderma dengan memasukkan duit terus ke akaun beliau seperti di bawah:-

MOHD ATAN BIN JAMIAN
AKAUN MAYBANK
NO AKAUN: 111113180641
TALIPON : 019-6974263

Nama mangsa: Mohd Atan bin Jamian
No Kad Pengenalan: 620618-xx-xxxx
Pekerjaan: Pemandu Lori (Pesara Tentera)
Nama Isteri: Norsiah bt, Saad
No Kad Pengenalan: 580228-xx-xxx
Pekerjaan: Suri rumah.
Nama anak-anak:
1. Mohd Khairol Amri, tarikh lahir 07 Feb 87 (sudah berkerja)
2. Norazmira, tarikh lahir 24 Jan 88 (tunggu keputusan peperiksaan SPM)
3. Mohd Azuan tarikh lahir 18 Sep 89 (tingkatan 5-2006)
4. Mohd Amzal Akmal tarikh lahir 08 Dec 93 (tingkatan 1 - 2006)
5. Norasyikin tarikh lahir 01 Okt 95 (darjah 5 2006)

Semoga sumbangan ikhlas saudara/ri dapat meringankan beban Sdr. Atan
sekeluarga.

Thank you and best regards

Mohd Yusof Abdullah HP # : 012-2050792
Sourcing & Package Engineering
3M Malaysia Sdn. Bhd.

Perlu ada prosedur bertulis untuk melindungi anggota polis

Polis menjadi mangsa luahan perasaan sekali lagi. Disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Seekor kerbau yang membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

Yang menjadi mangsa ialah kebanyakan anggota polis yang masih ikhlas menjalankan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam dengan motonya Mesra, Cepat dan Betul.

Justeru itu kepentingan anggota-anggota polis yang menjalankan tugas haruslah dilindungi agar mereka tidak terperangkap dengan sistem perundangan yang mencabar dewasa ini. Arahan lisan sering boleh dipertikaikan dan membawa seribu satu macam pengertian sekiranya ianya tidak diiringi dengan arahan secara bertulis. Justeru itu untuk mengelakkan ramai pihak yang malu akibat isu ketuk ketampi oleh tahanan reman polis tempoh hari satu peraturan yang khusus haruslah dirangka untuk melakukan pemeriksaan terhadap tahanan.

Sekiranya ketuk ketampi adalah satu cara yang lazim dilakukan, ianya hendaklah diwartakan dengan jelas. Berapa kali ketuk ketampi harus dilakukan, bagaimana caranya, memegang atau tidak memegang telinga, kalau yang mengandung bagaimana ? Kemudian bilik dimana tahanan diarahkan untuk membuka pakaian hendaklah dijelaskan keadaannya samada bilik konkrit, bilik yang tidak mempunyai tingkap berkaca, bilik yang tidak mempunyai cermin ? Kemudian pula haruslah diadakan peraturan agar peguam, pelawat bahkan anggota polis sendiri tidak dibenarkan membawa kamera serta talipon berkamera dalam kawasan lokap dan sebagainya.

Segala peraturan ini haruslah dibuat untuk tatapan umum agar membuktikan ketelusan pihak polis menjalankan tugas mereka disamping menanamkan budaya agar masyarakat Malaysia ini memahami sistem perundangan negara sebelum membuat sebarang tuduhan kepada pihak polis.

Berikut ialah prosedur terperinci bagaimana untuk melakukan pemeriksaan terhadap tahanan yang boleh didapati dengan mudah oleh orang awam melalui laman web Jabatan Pemulihan New Zealand ( New Zealand Department Of Corrections)
http://www.corrections.govt.nz/public/policyandlegislation/ppm/sectionb/b15/b1501r5.html

Antara prosedur yang menarik perhatian yang terdapat dalam peraturan melakukan pemeriksaan terhapap tahanan ialah :

1. Apabila pakaian ditanggalkan oleh tahanan, samada menaikkan, menurunkan atau membuka pakaian, untuk memeriksa tahanan tidak menyembunyikan senjata. TAHANAN YANG DIPERIKSA MESTILAH DIPASTIKAN MEMPUNYAI PAKAIAN YANG MENUTUP LEBIH DARIPADA SEPARUH BADANNYA PADA BILA-BILA MASA MELAINKAN DALAMKEADAAN YANG BENAR-BENAR MUNASABAH. (Lihat bagaimana prihatinnya undang-undang ini menjaga kehormatan manusia walaupun mereka adalah merupakan tahanan)

2. Ketika melakukan pemeriksaan, tahanan yang diperiksa boleh diarahkan untuk, membuka mulut, menunjukkan tapak tangan, menunjukkan tapak kaki, mengurai rambut, mengangkat tangan untuk menunjukkan ketiak.

Selamat Membaca

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS
rozmal@yahoo.com
Laman web : waghih.blogspot.com

20051218

Yayasan Amal M’sia Anjur Ibadah Korban Bantu Penduduk

Selaras dengan penghayatan ibadah korban, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan ibadah korban 1426 H ini dilokaliti yang penduduknya adalah daripada golongan yang memerlukan. Yayasan Amal Malaysia menganjurkan ibadah korban pada tahun ini dengan kerjasama Surau Al Hikmah , Flat Seroja, Seremban.

Kepada mereka yang ingin menyertai ibadah korban ini bayaran penyertaannya hanyalah RM290 untuk satu bahagian. Daging korban ini akan diedarkan disekitar lokaliti penduduk flat berkenaan serta kawasan berhampiran.

Untuk menyertai program ini sila hubungi/SMS/e-mel kepada :

Tn Hj Ariffin (Pengerusi Surau Al Hikmah) 013-6689512
Sdr Rozmal (Naib Pengerusi Yayasan Amal M’sia NS) 012-2267406 , rozmal@yahoo.com

Pembayaran boleh dibuat melalui akaun berikut
Nama Akaun : SURAU AL-HIQMAH
No Akaun 0501201-004198-9
Bank Islam Cawangan Seremban

Kembalikan Martabat Bangsa Melayu Yang Tercalar

Berikut ialah resolusi Kongres Kepentingan Bangsa yang diadakan 16-17 Dis 2005 di Universiti Teknologi Malaysia KL yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Barisan Nasional Gua Musang dan dihadiri dihadiri lebih 1200 orang mewakili lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Sila baca berita penuh dalam Mingguan Malaysia 18 Dis 2005 mukasurat 2. Bersamalah kita mempastikan agar resolusi ini dilaksanakan bukan sekadar retorik semata-mata.

Antara 29 perkara resolusi dalam kongres secara sebulat suara menggesa kerajaan:

* Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu mengembalikan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Pada masa sama mempertingkatkan pengajaran Bahasa Inggeris.

* Mengembalikan semula peruntukan geran perkapita Sekolah Agama Rakyat supaya ia dapat berfungsi seperti asal bagi mengembangkan pendidikan aliran agama.

* Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) secara tuntas kerana ia mewujudkan suasana yang tidak sihat bagi pertumbuhan dan kecerdasan minda serta kebebasan berfikir di kalangan ahli akademik dan mahasiswa.

* Mengambil usaha mempertahankan tanah orang Melayu/ Rizab Melayu di seluruh negara.

* Menjadikan Petronas berperanan sebagai agensi penjana yang bertanggungjawab melahirkan usahawan Melayu dalam bidang gas dan minyak.

* Memperkenalkan Akta Makanan Halal supaya industri makanan halal berkembang di kalangan orang Melayu Islam.

* Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperundangkan dalam bentuk Akta seperti Dasar Bahasa dan Dasar Pendidikan.

* Menyubur dan menerapkan kebudayaan Melayu yang berteraskan Islam dalam pentadbiran, pendidikan dan lain-lain bidang.

* Penginstitusian zakat dilakukan mengikut proses undang-undang.

Resolusi tersebut dibaca oleh Dr Muhammad Nor Manuti dan diserahkan kepada Pengerusi Kongres, Tengku Razaleigh Hamzah.

20051216

Kaunseling Percuma MAINS untuk selesaikan masalah sosial

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam N.Sembilan (MAINS)

Jenis Perkhidmatan:
Kaunseling Individu, kaunseling kelompok, skim panel kaunselor, perundingan/konsultasi, khidmat nasihat perundangan enakmen kekeluargaan Islam, pembentangan kertas kerja/seminar/kursus dan penceramah program berkaitan.

Kaunselor: Nor Azman Amat (Ketua), Mahadi Ali, Fadilah Mohamad (Seremban), Wan Aminuddin Wan Abdullah, Zana Ruslinda Ujang, Che Rozita Che Rahman (Tampin) dan Abdul Ghani Sulaiman dan Norlim Mohd Yusof, Che Som Omar (Bahau).

Waktu Operasi: Isnin - Jumaat: 10 pagi-5 petang.

Kaedah perkhidmatan: temujanji, walk-in, tele-kaunseling, surat, sistem rekod data peribadi, surat rasmi.

Telefon: Seremban (06-7679905), Tampin (06-4433050), Bahau (06-4553067).

Pusat Kaunseling Mains
Pusat Utama: Tingkat 3 Terminal One Seremban. Mula beroperasi 1998. Jumlah sesi kaunseling sehingga November 7,000.
Cawangan Kedua: Pekan Tampin - mula beroperasi Februari 2002. Jumlah sesi kaunseling sehingga November 1,619.
Cawangan Ketiga: Pekan Bahau - mula beroperasi Ogos 2005. Jumlah sesi kaunseling sehingga awal Disember 35.

Berita Harian 15 Disember 2005

Kaunseling Mains berkesan - Oleh Mohd Amin Jalil

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/EdisiTengah/20051216104039/Article/

SEREMBAN: Ramai remaja di Negeri Sembilan yang terjebak dalam gejala sosial, berubah kepada personaliti lebih positif selepas mendapatkan khidmat kaunseling Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).

Selain itu, mereka yang menghadapi masalah rumah tangga juga berjaya dipulihkan selepas mendapat kaunseling daripada pakar, sekali gus membahagiakan kembali kehidupan bersuami isteri. Pusat yang beroperasi di tiga tempat iaitu di Terminal One di sini, Tampin dan Bahau itu menyediakan khidmat pakar kaunseling percuma untuk semua peringkat masyarakat tanpa mengira agama.

Ini diakui Ketua Kaunselor Mains, Nor Azman Amat. Hasil maklum balas yang diperoleh, perkhidmatan yang diberikan pusat itu amat berkesan dan banyak masalah yang dikemukakan berjaya diatasi. Pelbagai masalah dikemukakan seperti remaja terlanjur, sengketa antara suami dan isteri, keretakan rumah tangga dan perceraian.

"Ada individu yang mendapatkan perkhidmatan itu melebihi sekali bergantung kepada hasil penyelesaian dan kesediaan mereka untuk berubah," katanya di sini. Sambutan orang ramai amat menggalakkan kerana perkhidmatan yang diberikan menyeluruh dengan kaunselor turut bertindak sebagai motivator.

Ramai juga kalangan pelajar, pekerja industri dan remaja mendapatkan khidmat nasihat terutama dalam memilih kerjaya bersesuaian. "Perkhidmatan yang kami berikan ini adalah untuk membantu masyarakat dari aspek kebajikan, selain kebuntuan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi," katanya.

Orang ramai tidak harus bimbang kerana setiap masalah yang diajukan kepada pusat ini dirahsiakan. “Perkhidmatan yang diberikan untuk kepentingan masyarakat terutama membantu kerajaan mengurangkan kadar gejala sosial. Sehingga kini lebih 9,000 sesi kaunseling dikendalikan sejak pusat itu beroperasi pada 1998," katanya.

Selain membantu masyarakat, objektif utama pusat itu ialah menyampaikan dakwah secara menyeluruh dan berkesan melalui kaedah kaunseling, membentuk dan membimbing ummah yang dinamik dan progresif serta sentiasa mencari keredaan Allah serta memperbanyakkan usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran melalui kaunseling.

Pusat itu turut mengadakan beberapa kursus berkaitan ketrampilan diri, kecemerlangan peribadi, kemahiran keibubapaan, komunikasi berkesan dan pembimbing rakan sebaya. Kegiatan itu hasil kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pihak swasta yang ingin terbabit sama selain beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

"Matlamat kami adalah menjadikan pusat kaunseling unggul dalam perkhidmatan kaunseling di negara ini," katanya.

Bendera Israel di Malaysia. Perlukah kita marah ?


Berikut ialah gambar yang diambil oleh jurugambar Wan Zahari pada jam 3:30 ptg 15 Disember 2005 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Gambarnya ialah bendera Israel berkibar diatas bangunan PWTC bersama beberapa bendera negara asing. Ramai yang marah apabila gambar ini tersiar, ramai yang marah kenapa bendera Israel dikibarkan di bangunan tersebut.

Apakah sekadar marah hangat-hangat tahi ayam ? Atau pun marah sekadar terasa sebak di dada dan geram perasaan? Adakah marah tersebut dapat ditransformasikan atau dihalakan untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat untuk membela nasib rakyat Palestin ?

Ya memang kita marah, tapi apakah pernah kita bangun tengah malam bermunajjat pada Allah swt agar rakyat serta umat Islam di Palestin dilindungi dan diberi keselamatan daripada kekejaman pihak tentera ? Apakah pernah kita berdoa setiap kali selepas solat supaya umat Islam di seluruh dunia diberi perlindungan daripada keganasan ? Apakah pernah kita memberikan sumbangan kepada pasukan bantuan kemanusiaan untuk memberi bantuan perubatan, pendidikan dan makanan kepada negara umat Islam yang mundur ? Apakah pernah kita menghantar bantahan bertulis kepada kedutaan-kedutaan asing yang terlibat agar umat Islam diberi layanan berperikemanusiaan di negara tersebut ?

Atau kita hanya sekadar marah dan geram untuk menunjukkan kita prihatin akan nasib umat Islam seluruh dunia ?

Sertai Program Qurban Pusat Dakwah N.Sembilan

PROGRAM IBADAH QURBAN 1426H/2006M
TARIKH : 12 JANUARI 2006 ( KHAMIS )
TEMPAT : PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN.PAROI

HANYA RM290.00 SATU BAHAGIAN
PENYERTAAN TERHAD

ANJURAN :
PUSAT DAKWAH ISLAMIAH N.SEMBILAN (PAROI, SEREMBAN)
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM N.SEMBILAN

HUBUNGI :
1. Ust Mahmud Fauzi
2. Ust Hj.Ahmad Husaini
3. Ust Adli Shahir

TEL : 06-6751609/605/604 FAX : 06-6789763

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : SEBELUM ATAU PADA 05 JANUARI 2006.

20051215

Cukai Pintu N.Sembilan naik 85.19%, bantulah jiran yang susah

Tahun 2006 menjelang tiba, Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak 85.19%. Tahun 2006 harga minyak akan naik lagi, tarif elektrik akan naik lagi, tarif air akan naik lagi. Dengarlah keluhan kakitangan awam rendah di bawah ini dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia 15 Dis 2005. Perhatikanlah jiran-jiran sekeliling kita, kalau kita duduk di taman perumahan yang elit dimana masing-masing sibuk dengan kerusi kayu jatinya, sibuk “renovate rumah”, sibuk buat “gazebo” dalam rumah, sibuk mencari kereta model baru sekali sekala pandanglah jiran-jiran di taman-taman perumahan yang tidak elit.

Jika tidak anak-anak jiran kita di taman-taman yang tidak elit ini, akan keciciran dalam pelajaran, akan melepak, akan terjebak dalam gejala dadah, akan terjebak dalam gejala ragut, yang akhirnya yang menjadi mangsa ialah siapa sahaja yang ada wang, yang ada barang kemas dan sebagainya.

Tapi bak kata penulis di bawah, kalau kerajaan negeri boleh fikir cara lain nak kutip hasil. Bukan semata-mata menaikkan cukai pintu, sedangkan bangunan, kedai dan rumah terbengkalai di Nilai dan di seluruh Negeri Sembilan ini banyak yang tidak berpenghungi. Malah kedai-kedai sewaan kepunyaan Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran banyak yang telah menjadi kandang kambing, kandang lembu dan reban ayam.

****************************************************************
Penduduk tidak puas hati cukai pintu naik 85.19 peratus

Saudara Pengarang,

PENDUDUK di Bandar Baru Nilai dan kawasan sekitarnya tidak puas hati kadar taksiran cukai tahunan (cukai pintu) akan dinaikkan mulai 1 Januari 2006.

Kadar lama RM113.40 setahun akan dinaikkan kepada RM210 setahun, iaitu kenaikan sebanyak RM96.60 atau 85.19 peratus.

Surat pemakluman diterima pada 7 Disember 2005, tapi tarikhnya 14 November 2005. Dicatatkan bahawa bantahan boleh dibuat sebelum 16 Disember 2005. Apakah kelewatan penghantaran surat itu disengajakan?

Kenaikan ini menekan golongan kakitangan awam rendah seperti saya.

Kadar kenaikan gaji saya ialah RM45 setahun. Ini bermakna saya perlu mengambil masa dua tahun sebelum kenaikan gaji saya dapat menampung sepenuhnya kenaikan cukai taksiran dan sebagainya.

Bajet 2006 bersetuju menurunkan sebanyak 50 peratus cukai kereta yang berkapasiti 1600cc ke bawah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Nampaknya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula mengambil kesempatan menambah beban kami.

PBT sepatutnya mencari idea lain untuk menambah pendapatan bukan naikkan cukai pintu.

Misalnya, Majlis Perbandaran Nilai (MPN) boleh menambah hasil dengan menyediakan tapak pasar tani yang besar dan mengutip sewa tapak. Sekarang penduduk di kawasan Nilai berbelanja di pasar tani Salak yang terletak di Selangor. - PENDUDUK TERCUNGAP, Nilai.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tahniah TV 3 bangkit isu setinggan Selangor dirobohkan

Pagi tadi Khamis 15 Dis 2005 Buletin 7 pagi TV3 menyiarkan berita beberapa rumah setinggan yang kebanyakkannya dilihat orang Melayu telah dirobohkan semalam oleh pihak Majlis Perbandaran. Setinggan berikut ialah di negeri Selangor Maju iaitu di Puchong. Penduduk Melayu setinggan berkenaan malam tadi berteduh bawah plastik, ada warga tua sebatang kara, ada warga tua yang tergantung tiub air kencing saya rasa, ada yang bayi dua bulan sedang didukung dalam hujan. Apa yang menarik komen pemberita “KELIBAT WAKIL RAKYAT TIDAK KELIHATAN”

Tahniah kepada TV3 yang mengutarakan masalah penderitaan rakyat tanpa mengenal batasan sempadan politik wakil rakyat dan pengundi tempat berkenaan. Inilah pertama kali saya lihat TV3 menyiarkan penderitaan rumah setinggan dirobohkan. Apakah wujud perobohan rumah setinggan di tempat lain bagi mewujudkan setinggan sifar di Malaysia ini ?

Berita tadi diulang sekali lagi dalam Warta TV3 jam 1:30 tengahari

Apa sudah jadi dengan semangat patriotik rakyat Malaysia ?

Baru-baru ini Malaysia menewaskan Myanmar 4-2 pada perlawanan pertama bola sepak kelayakan Piala AFC Bawah 20 Tahun di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur. Menurut laporan akhbar kira-kira 2,000 penonton menyaksikan perlawanan itu di mana 80 peratus daripadanya adalah adalah penyokong Myanmar.

Perlawanan tersebut bukannya diadakan di hutan pedalaman di Malaysia ini, atau di kawasan industri di mana ramai warga Myanmar bekerja di kawasan industri tersebut, tetapi ianya diadakan ditengah-tengah kota kosmopolitan, di ibu negara Malaysia , iaitu Kuala Lumpur.

Mana perginya lautan manusia warga Malaysia yang biasanya membanjiri Dataran Merdeka ketika Sambutan Malam Merdeka atau Malam Sambutan Tahun Baru ? Mana perginya lautan manusia warga Malaysia yang membanjiri konsert-konsert percuma yang sering dipromosikan dalam media cetak dan elektronik ? Mana perginya warga Malaysia yang membanjiri jamuan bersama pemimpin ketika Sambutan Idil Fitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina ?

Apakah rakyat Malaysia ini telah dididik untuk berkumpul dalam apa-apa program baik konsertnya, baik ceramah pemimpin negaranya hanya apabila ada artis-artis bersama mereka, adanya makanan percuma, adanya bas-bas untuk membawa mereka ke tempat program ?

Apakah Program Latihan Khidmat Negara yang menelan belanja berjuta-juta ringgit tidak dapat menanam semangat patriotik jutaan remaja warga kota untuk menyokong pasukan kebangsaan negara ? Hanya 400 penyokong tempatan menyaksikan perlawanan tersebut sedangkan 1600 warga Myanmar sanggup mengeluarkan wang simpanan mereka menyaksikan perlawanan tersebut ? Apakah media-media tidak bersemangat patriotik untuk mempromosikan perlawanan ini kerana kejohanan seperti ini tidak memberikan keuntungan komersial ? Atau apakah rakyat Malaysia lebih rela membelanja wang dalam pertandingan SMS daripada melihat perlawanan bolasepak yang tidak menjanjikan apa-apa ganjaran ?

Miskin sangatkah warga Malaysia hingga tidak mampu membeli tiket stadium dan tiket bas ? Atau rakyat Malaysia sudah ditanam dengan jiwa subsidi, kalau nak hadir program mesti ada artis, kalau nak hadir program mesti ada bas, kalau nak hadir program mesti ada makan, kalau nak ramaikan orang dalam sesuatu program “paksa” pelajar sekolah dan pelajar IPT hadir ?

Apakah selepas ini untuk memenuhkan stadium dalam apa-apa acara sukan maka perlu ada semua ini ?

Mana hilangnya semangat patriotik kita semua ?

Berita Penuh Utusan Malaysia 13 Dis 2005

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm

Piala AFC B-20: Malaysia benam Myanmar 4-2

KUALA LUMPUR - Dua jaringan menerusi ketua pasukan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak membantu Malaysia menewaskan Myanmar 4-2 pada perlawanan pertama bola sepak kelayakan Piala AFC Bawah 20 Tahun di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Kemenangan tersebut sekali gus mencerahkan laluan Malaysia untuk beraksi di pusingan akhir pertandingan itu di India, tahun depan.

Bagaimanapun pasukan bimbingan K. Rajagopal perlu terlebih dulu mempertahankan kelebihan jaringan tersebut apabila bertandang ke Yangoon untuk perlawanan di tempat lawan pula, Jumaat ini.

Gol-gol Malaysia dijaringkan Zaquan (m-35, 51), Faderin Kadir (m-14) dan Mohd. Khyrill Muhaimin Zamri (m-16).

Gol Myanmar pula dijaringkan Tun Min Min (m-65) dan Than Si Thu (m-79).

Perlawanan semalam berlangsung dalam suasana agak tegang sehingga menyaksikan seorang pemain Myanmar dilayangkan kad merah.

Kira-kira 2,000 penonton menyaksikan perlawanan itu di mana 80 peratus daripadanya adalah adalah penyokong Myanmar.

Ini menyebabkan timbul sedikit kekecohan apabila sebahagian penyokong Myanmar bergaduh dengan penyokong Malaysia.

Mereka mencabut kerusi tempat duduk penonton dan membaling ke arah penyokong Malaysia.

Tindakan lewat pihak polis meleraikan pergaduhan menyebabkan keadaan kecoh itu berlangsung selama 10 minit sebelum keadaan kembali terkawal.

20051214

Isu tahanan ketuk ketampi, siapa yang tertipu ?

Isu ini nampaknya mudah akan tetapi ianya mendedahkan segala kelemahan yang ada di Malaysia ini. Masing-masing ada perjuangan, agenda dan perancangan yang tersendiri namun yang pasti nyata seolah-olah ada kuasa lain yang mempunyai agenda yang lebih besar. Teresa Kok dengan perjuangannya untuk membela mereka yang tiada tempat lagi hendak mengadu, Dato Noh Omar dengan perjuangannya untuk membela anggota polis yang menurut arahan pegawai atasan, Dato Azmo Khalid dengan perjuangannya untuk memperbetulkan persepsi negara Cina mengenai layanannya terhadap pelancong mereka, Dato Musa Hassan dengan perjuangannya untuk mempastikan tahanan tidak mendatangkan bahaya kepada anggota polis dan tahanan lain semasa dalam lokap, dan Pak Lah sendiri dengan perjuangannya untuk menjaga nama baik negara.

Semua mereka ada perancangan, namun yang sudah pasti perancangan Allah yang Maha Berkuasa yang sebaik-baik Perancang. Apa hikmah disebalik peristiwa ini ? Sama-samalah semua pihak yang terlibat tidak lagi menuding jari, masing-masing harus melihat kelemahan diri masing-masing.

Apakah mungkin seorang wanita yang disyakki memilikki dadah mempunyai perasaan malu, lalu dia berdoa kepada Allah agar mereka yang membuatnya malu diberi balasan yang setimpal ? Apatah lagi tahanan-tahanan lain yang mungkin dimalukan dengan sedemikian rupa akan dimakbulkan Allah doa mereka ? Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Orang yang seumur hidupnya jahat tidak akan selamanya jahat. Jika dia bertaubat dan Allah terima taubatnya maka itu adalah merupakan kejayaan hakiki.

*******************************************************
Petikan pengakuan wanita berkenaan dalam Harian Metro

SUHAIMI: Ketika kamu melakukan ketuk ketampi ada kamu dengar suara lain dari anggota polis itu?

WANITA: Ya ada suara orang mengaji.
……….

AHLI PANEL: Ketika itu apa perasaan kamu?

WANITA: Malu, marah pun ada, sedih...tapi ketika itu saya hanya patuhi arahan. Ketika saya cuba menutup bahagian atas tubuh saya dengan tangan, dia beritahu ia adalah perkara biasa yang perlu dilalui oleh tahanan wanita dalam pemeriksaan.
………….

SUHAIMI: Ketika pemeriksaan kamu mendengar suara orang mengaji, ketika di lokap kamu ada dengar suara lain?

WANITA: Ada, saya dengar azan Subuh.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20051214082226/Article/indexm_html

20051209

Suruhanjaya Pilihan Raya wajar contohi Tabung Haji

Setiap kali menjelang pilihanraya di Malaysia ini baik pilihanraya umum mahu pun pilihanraya kecil, yang sering menjadi tumpuan parti-parti yang bertanding dan para pengundi ialah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Sering menjadi mangsa ketidakpuasan parti-parti yang bertanding ialah SPR. Pegawai-pegawai SPR baik yang tetap mahupun yang kontrak yang bertugas semasa pilihanraya akan menjadi tumpuan para pengundi dan wakil parti-parti politik apabila berlaku kekecohan.

Sebagai sebuah badan yang bermotokan Cekap dan Telus untuk mengekalkan kredibiliti mereka dalam menjalankan pilihanraya bebas dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi SPR sewajarnya sentiasa dari masa ke semasa mengadakan satu sistem pilihanraya yang terbaik (Fool Proof) untuk mengelakkan sebarang bentuk kesilapan yang tidak disengajakan mahupun kesilapan yang disengajakan oleh petugas mahupun penyokong parti-parti yang bertanding.

Isu pengundi hantu telah lama diperkatakan namun tiada sebarang bukti kukuh yang pernah dibawa ke muka pengadilan, walaupun sebelum ini terdapat bukti adanya sindiket yang memalsukan Kad Pengenalan mahupun Mykad untuk tujuan tertentu yang bukannya bertujuan untuk mewujudkan pengundi hantu.

Apakah terdapat kelemahan (Loop Holes) dalam sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sekarang ini ? Sekiranya ada pihak tertentu yang ingin memenangkan kawan mereka yang bertanding sebagai calon baik daripada parti pemerintah mahupun daripada parti pembangkang bolehkah mereka melakukannya ?

Jawapannya , ya memang terdapat kelemahannya. Berdasarkan kepada pengalaman saya semasa mengundi dalam pilihanraya umum tahun 2004 yang lalu saya telah mendapati terdapat beberapa kelemahan. Apabila saya menyerahkan Mykad saya kepada petugas SPR untuk mengambil kertas undi , petugas tersebut hanya memandang ke senarai daftar pemilih dan terus memberikan saya kertas undi. Petugas SPR tadi tidak memandang saya, dan wakil-wakil parti yang menjadi pemerhati dalam tempat mengundi pun tidak mengenali saya. Dalam hati saya sekiranya saya menyuruh sahabat saya mengundi bagi pihak saya, tiada siapa yang akan mengetahuinya, Tiada sistem diwujudkan dalam pilihanraya untuk mempastikan mereka yang mengundi adalah sama dengan mereka yang membawa Mykad.

Kelemahan ini berlaku dalam sistem Lembaga Urusan Tabung Haji sebelum ini. Masih ingatkah kita beberapa kes pengeluaran Tabung Haji oleh individu tertentu daripada akaun orang lain sebelum ini ? Malah ianya membabitkan jutaan ringgit. Jika kita pergi ke Tabung Haji sekarang ini, setiap kaunter ada disediakan mesin membaca data Mykad dan mesin imbasan cap jari. Kedua-dua ini akan digunakan sebagai pengesahan kepada mana-mana individu yang ingin mengeluarkan tabungan mereka.

Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin imbasan cap jari semasa proses pengundian dalam pilihanraya adalah merupakan tindakan yang wajar untuk mengelakkan sebarang penipuan di samping memudahkan urusan petugas-petugas SPR untuk menyemak daftar pemilih.

Menggunakan mesin membaca data Mykad dan mesin imbasan cap jari adalah merupakan kaedah terkini untuk mengesahkan daftar pengundi. Malah ianya boleh diperkukuhkan lagi dengan kaedah konvensional yang diamalkan dibeberapa negara luar iaitu dengan mengecop pada belakang tapak tangan mereka yang telah mengundi dengan dakwat yang sukar untuk dihilangkan dalam tempoh sehari.

Tahap teknologi yang digunakan oleh SPR sekarang ini ada kalanya tidak menggambarkan mereka seiring dengan kehendak kerajaan menuju wawasan 2020 dengan menggunakan segala kemudahan teknologi maklumat.

Baru-baru ini saya menghadiri satu taklimat yang dikendalikan oleh SPR. SPR sebagai sebuah badan yang dianggap begitu penting tidak menggunakan kemudahan teknologi maklumat dalam operasi mereka. Sesi taklimat SPR dikendalikan dengan menggunakan projektor yang “out dated’ iaitu menggunakan “transparency” , sedangkan di sekolah rendah pun sekarang ini mereka telah menggunakan “Lap Top” dan “Digital Projector”. Sekiranya dalam operasi harian SPR mereka menggunakan teknologi yang lama, bagaimana mereka hendak meyakinkan rakyat mereka mengikuti perkembangan semasa dalam mengendalikan pilihanraya.

Malah dalam taklimat tersebut SPR membangkitkan isu utama iaitu kurangnya kesedaran orang ramai untuk mendaftar menjadi pengundi. Mengapakah tidak diwujudkan hubungan rangkaian antara sistem maklumat SPR dan sistem maklumat Jabatan Pendaftaran Negara agar semua warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas secara otomatiknya akan didaftarkan dalam senarai daftar pemilih, atau mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan dari daftar pemilih tersebut ? Dengan ini akan menjimatkan masa pegawai-pegawai SPR untuk mencari pengundi-pengundi baru atau untuk mengeluarkan nama pengundi-pengundi yang telah meninggal dunia. Malah rangkaian maklumat ini boleh disambungkan dengan beberapa agensi lain seperti Tentera, Polis dan Kedutaan Malaysia di luar negara untuk mengemaskinikan daftar pengundi-pengundi pos.

Oleh itu SPR dari masa ke semasa haruslah mempertingkatkan kecekapan dan ketelusan mereka untuk mengelakkan sebarang ruang untuk pihak tertentu membuat sebarang tuduhan terhadap mereka disamping itu dapat menjaga kebajikan petugas-petugas SPR agar mereka dapat menjalankan tugas dengan tenang sewaktu pilihanraya.

Hentikan sebar e-mel isu perkauman Cina

Telah sekian lama dan telah beberapa kali saya menerima e-mel yang kononnya memetik daripada sebuah majalah di London kononnya bagaimana orang Cina di Malaysia ini sedang bersatu untuk menguasai Malaysia daripada orang Melayu. Artikel berkenaan kononnya ditulis oleh Dr. Ng. Seng dan telah diterjemahkan oleh Unit Sebaran Am serta telah disebar secara meluas melalui e-mel supaya dapat membangkitkan semangat "BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI".

Persoalannya kenapa ramai daripada kita orang Melayu mempercayai e-mel ini dan menyebarkannya tanpa usul periksa. Bukankah di dalam Al Quran disuruh kita apabila mendengar sesuatu perkhabaran atau berita itu haruslah diusul periksa. Siapa yang menyebarnya , mana sumbernya ?

Sebelum kita membaca kandungan e-mel yang begitu panjang yang membuat semangat keMelayuan kita naik, periksa dahulu kesahihannya. Dikatakan ianya sebuah majalah di London. Apa tajuk majalahnya, keluaran bila ? Jika dialih bahasa , mana artikel asalnya dalam Bahasa Inggeris atau mungkin dalam Bahasa Mandarin ? Sekarang ini kebanyakkan majalah ada edisi internetnya, mana pula sumber daripada internetnya ? Kalau tiada sumber internet, mengapa tidak di “scan” majalah berkenaan supaya memberikan sedikit keyakinan kepada pembaca. Siapa pula Dr. Ng Seng ini ? Apa perkerjaan beliau, dari mana asal beliau ? Unit Sebaran Am ini daripada persatuan mana , kumpulan mana ?

Membangkitkan isu perkauman tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang Melayu sekarang ini. Ianya tidak akan menyelesaikan masalah ratusan ribu penagih dadah bangsa Melayu, ianya juga tidak akan menyelesaikan masalah ribuan penghidap HIV/AIDS anak bangsa Melayu, ianya juga tidak akan menyelesaikan masalah perceraian yang semakin meningkat walaupun majlis perkahwinan diadakan dengan serba gemilang.

Perasaan hasad dengki, berlumba-lumba mengejar kekayaan untuk diri sendiri, tidak memandang pada jiran tetangga dan sanak saudara yang susah haruslah dielakkan dengan berpandukan kepada ajaran Islam.

Jika tidak semangat keMelayuan kita hanyalah diukur sejauh mana kita membenci kaum lain, bukannya sejauh mana kita menyayangi bangsa kita sendiri.

20051208

Program Motivasi Pelajar Islam , Senawang 26 Dis

Motivasikan anak anda untuk mengejar akhirat dan dunia, untuk cemerlang akhirat dan dunia melalui :

PROGRAM MOTIVASI KEMBALI KE SEKOLAH

Tarikh : ISNIN , 26 Disember 2005
Masa : 7.30 pg – 6.00 ptg
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Aturcara Menarik :
Zikir Munajjat
Solat Sunat Dhuha
Motivasi 1 : Hendak Seribu Daya
Motivasi 2 : Teknik Belajar Berkesan
Motivasi 3 : Membina Kejayaan
Aktiviti Berkumpulan
Makan tengahari, minum pagi & petang disediakan
Bahan kursus, fail dan sijil penyertaan disediakan

Yuran program hanya RM 25 , Terhad kepada 100 orang peserta

Terbuka kepada semua pelajar muslim sekolah rendah dan menengah

Anjuran : Pusat Pengajian Imtiyaz dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Bandar Baru Senawang

Untuk keterangan lanjut hubungi :
06-6792617 (Pejabat Imtiyaz , waktu pejabat 9 pg – 4 ptg)
019-6400062 (Ustaz Azman)
012-6817115 (En Saiful)

Tarikh tutup pendaftaran : 23 Disember 2005

20051207

Tahniah BN, menang DUN Pengkalan Pasir

Assalamualaikum wrt wbt ,

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Barisan Nasional yang telah memenangi DUN Pengkalan Pasir, Kelantan. Mereka memang layak memenanginya (they deserve the win) setelah berusaha bersungguh-sungguh. Menang tetap menang walaupun dengan majoriti yang sedikit, kerana itu adalah adat pertandingan.

Semoga usaha membela rakyat di Pengkalan Pasir dapat diteruskan.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya daripada PAS, jangan berputus asa. Menang atau kalah, perjalanan kita masih jauh, namun masa semakin singkat untuk kita menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada api neraka. Sebelum menyalahkan pihak lain , perhatikan dahulu kelemahan kita, penyusunan strategi, kesungguhan ahli, komitmen penyokong dan sebagainya.

Kepada kenalan saya dari UMNO terutama Pemuda di DUN Paroi , DUN Chembong, DUN Rantau, DUN Kota, Parlimen Rembau, jangan lari daripada perjuangan membela nasib agama dan bangsa. Terlalu banyak perkara yang boleh kita tangani bersama, daripada masalah penyelewengan akidah, pengangguran, penagihan dadah, sumbang mahram, rasuah dan banyak lagi. Masalah ini insyaAllah boleh diselesaikan jika kita mahu menyelesaikannya.

Kepada orang kampung saya Sdr Khairy Jamaludin, setelah menabur bakti di Pengkalan Pasir, jenguk-jenguklah waris di Kg. Gadong , Rembau yang susah-susah. Berikanlah anak-anak mereka bantuan pakaian, bantuan beg sekolah, bantuan basikal, bantuan buku sekolah, bantuan makan minum menjelang bukanya penggal persekolahan baru tahun 2006.

Tengok-tengoklah juga anak-anak muda di kampung tu yang sedang melepak agar tidak terjebak dalam gejala dadah, gejala Black Metal dan sebagainya. Tengok-tengoklah juga masjid-masjid kat Rembau ni yang rata-ratanya lengang tinggal beberapa kerat orang tua yang memakmurkannya. Jenguk-jenguklah juga graduan yang menganggur yang sekadar bekerja sebagai pembantu kedai atau pembantu klinik di Senawang ini. Mereka ahli Puteri UMNO.

Salam perjuangan untuk rakan dalam PAS dan kenalan dalam UMNO.

Wassalam.

Rozmal bin Malakan
Ketua Penerangan PAS Kawasan Rembau
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

JAKIM perlu ada Pasukan Petugas Khas Siber

Baru-baru ini rakyat dikejutkan dengan serbuan ke atas Konsert Black Metal yang diadakan di bandar Seremban. Ini adalah kerana terdapat segelintir peminat fanatik musik Black Metal ini yang terlalu taksub sehingga terpesong akidah mereka apabila mereka melakukan perbuatan yang menghina agama seperti memijak Al Quran. Kumpulan kecil Black Metak yang ekstrim ini bukan hanya menghina agama Islam, malah mereka ini menghina semua agama samawi, dimana ada yang memakai salib dengan diterbalikkan, dan mereka memuja syaitan.

Akan tetapi ramai di kalangan anak muda yang meminati lagu irama Black Metal ini hanya sekadar mendengarnya sahaja, bukannya terikut-ikut dengan budaya yang terpesong dan menyesatkan. Namun begitu jika budaya ini tidak dikawal dan dipantau, maka apa yang akan terjadi ialah timbulnya serpihan kecil seperti kumpulan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Adalah tidak wajar jika masyarakat memandang serong kepada semua peminat muzik Black Metal tanpa terlebih dahulu memahami apa yang terkandung dalam hati sanubari jiwa mereka yang kosong itu.

Oleh yang demikian pihak yang bertanggungjawab haruslah memberi panduan kepada peminat muzik Black Metal ini agar mereka tidak terpesong daripada akidah Islam. Mana tahu mungkin satu hari nanti akan ada anak muda yang berpakaian sopan yang akan mendendangkan nasyid dengan berentakkan irama Black Metal, seperti mana anak muda di Amerika sekarang ini yang menyanyikan nasyid dalam rentak rap.

Berbalik kepada cadangan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) agar dapat membentuk satu Pasukan Petugas Khas Siber (Task Force) yang boleh memantau sebarang kegiatan jenayah syariah atau maksiat yang disebarkan secara meluas melalui internet sekarang ini. Tangkapan yang dilakukan keatas pengikut-pengikut Black Metal di Seremban tempoh hari membuktikan pihak berkuasa agama kita jauh ketinggalan dalam mengikuti peredaran zaman di dunia serba canggih terutamanya dengan adanya perkhidmatan internet. Menurut laporan akhbar, pihak berkuasa hanya menyerbu tempat tersebut hanya setelah mendapat maklumat daripada orang ramai pada hari tersebut,

Walhal setelah membuat sedikit carian di internet iklan konsert bercirikan Black Metal tersebut telah lama tersiar di internet, bukan setakat di Seremban sahaja , malah boleh dikatakan di seluruh negara. Dan konsert yang diadakan di Seremban bukan pertama kali diadakan di tempat yang sama.

Sekiranya pihak berkuasa agama mengetahui maklumat ini dengan lebih awal, maka sudah pasti pihak penganjur akan memastikan bahawa mereka akan menganjurkan konsert mengikut peraturan yang dibenarkan. Jika tidak sudah pasti pihak penganjur tidak dapat mengawal segelintir kecil peminat Black Metal yang ekstrim, seperti mana kata pepatah “Seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit”.

Begitu juga dengan beberapa kes jenayah syariah siber sebelum ini yang boleh dikatakan tiada pemantauan dan kawalan daripada JAKIM, seperti laman web lucah dalam Bahasa Malaysia, laman web pengalaman penagihan dadah oleh rakyat Malaysia dan lain-lain laman web yang mendatangkan kesan negatif bukan hanya kepada umat Islam malah kepada rakyat Malaysia secara umumnya. Hanya setelah dibuat pendedahan di dalam akhbar oleh individu tertentu yang tiada kaitan dengan pihak berkuasa barulah pengendali laman web tersebut memadam isi kandungan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.

Ini memberikan gambaran kepada mereka yang ingin menyebarkan maklumat yang tidak sihat di internet bahawa pihak kerajaan terutamanya pihak berkuasa agama seperti JAKIM tiada pasukan yang memantau akan isi kandungan yang tersebar di internet.

Justeru itu cadangan supaya JAKIM menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk membendung jenayah syariah di internet haruslah diberi pertimbangan yang sewajarnya bukan setakat untuk membentuk masyarakat Islam di Malaysia ini dengan tamaddun Islam bahkan untuk memberi imej bahawa pihak berkuasa agama seperti JAKIM juga mengikuti peredaran zaman yang serba canggih ini. Juga Pasukan Petugas ini haruslah mempunyai e-mel yang aktif agar orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada JAKIM untuk mereka melakukan siasatan dan mengambil tindakan, dan bukan hanya mengharapkan pendedahan di dada akhbar semata-mata untuk bertindak “Sudah terhantuk baru nak terngadah”.

Rozmal Malakan, Senawang
rozmal@yahoo.com
waghih.blogspot.com

20051206

Laporkan maksiat di tempat anda !

Laporkan maksiat dan jenayah syariah di tempat anda !

Hubungi HOTLINE :
Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan
PT 973, Jalan Medan Rahang
70100 Seremban, N.S.
Tal : 06-7672776 , 06-7672756
Fax : 06-7672767
( berhampiran Restoran Nelayan / Pejabat Persatuan Bolasepak NS)

“BERSAMA MENCEGAH JENAYAH SYARIAH”

KESALAHAN JUDI – Tahukah Anda ? Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya


MEMBUAT, MENJUAL MINUMAN MEMABUKKAN – Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiahkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak untuk minuman yang memabukkan adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 79

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT – Seorang lelaki yang telah mencapai umur baligh dan yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan dengan ketiadaan sebab-sebab yang munasabah adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 113

MENJUAL MAKANAN DI DALAM BULAN RAMADHAN – Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadhan, menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya dengan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 112

LELAKI BERLAGAK SEPERTI WANITA (PONDAN) – Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan dimana-mana tempat awam adalah satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 66

PERBUATAN TIDAK SOPAN – Mana-mana orang yang melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 500.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 67

20051204

Kalau nak bantuan, pembelaan, doakan wakil rakyat mati

“Kalau nak bantuan, pembelaan, doakan wakil rakyat mati” ; kenyataan ini boleh dikira agak kasar dan mungkin terpesong. Namun itulah hakikatnya. Kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir membuktikan kebenaran kata-kata diatas.

Lihat sahaja sekeliling kita, jiran-jiran kita , sanak saudara kita yang miskin dan merempat. Atau mungkin kita tidak mengenali orang susah dikalangan jiran tetangga kita atau sanak saudara kita kerana kita sibuk mengumpulkan harta, sibuk membesarkan rumah, sibuk mencari kereta model terbaru yang orang lain belum miliki, sibuk merebut jawatan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan. Maka kita tidak tahu siapa dikalangan jiran tetangga dan sanak saudara kita yang merempat, tahu-tahu muka mereka keluar dalam rancangan Bersama Mu TV3 atau dalam dada-dada akhbar.

Sekiranya kita banyak terlibat dalam kerja kebajikan, sering didatangi orang yang meminta bantuan, maka ada juga terlintas jauh didalam hati, kalau begini ramainya orang yang memerlukan bantuan tetapi tidak tahu ke mana hendak dipanjangkan hajat mereka, alangkah bagusnya jika wakil rakyat ditempat kita ini mati. Kerana jika ada wakil rakyat di tempat kita yang mati, maka akan adalah pilihanraya kecil. Sepertimana apa yang berlaku di Pengkalan Pasir , Kelantan.

Alangkah bagusnya menteri-menteri besar daripada serata negeri di negara kita ini datang ke teratak usang kita, meredah air banjir, bertanyakan khabar serta menghulurkan bantuan.

Alangkah bagus lagi mereka yang sakit selama ini tidak mampu untuk mendapatkan rawatan, datang doktor-doktor ke rumah mereka merawat mereka tanpa mengenakan bayaran, bahkan dihulurkan lagi bantuan kepada pesakit. Dan doktor-doktor yang datang pula bukan sekali malah semua parti menyediakan perkhidmatan doktor baik daripada parti pemerintah mahu pun parti pembangkang.

Tambahan pula sekolah akan buka sekarang ini, dapatlah pula pelajar-pelajar miskin memilikki basikal baru, beg baru, pakaian sekolah baru dan kasut sekolah baru.

Sekiranya beginilah mentaliti rakyat di negara ini dibiasakan, maka jangan hairan satu hari nanti bahawa rakyat daripada berbilang bangsa dan agama terutamanya mereka yang hidup merempat, miskin lagi fakir akan sentiasa berdoa bilalah wakil rakyat ditempat mereka akan mati, supaya kesusahan mereka akan dapat didedahkan semasa kempen pilihanraya kecil.

Malah penyakit ini boleh merebak dikalangan ahli kariah masjid, kerana jika selama ini atap surau dan masjid yang bocor tiada peruntukan untuk dibaiki, maka melalui pilihanraya kecil sahajalah peruntukan untuk membaik pulih masjid serta surau akan disegerakan.

Bagi para peniaga jalanan terutamanya peniaga-peniaga Melayu yang sering gerai-gerai mereka dirobohkan atas alasan mengganggu lalu lintas, mengotorkan sistem perparitan dan sebagainya, mereka juga akan berdoa agar wakil rakyat dikawasan mereka mati, agar keluhan mereka untuk mendapat tapak berniaga akan diberi pembelaan.

Maka hendakkah kita meneruskan tradisi ini ? Apakah di negara barat dan negara maju dan Malaysia yang akan menuju negara maju menjelang tahun 2020, rakyatnya masih lagi berfikiran sebegini ?

Dan wakil-wakil rakyat serta ahli-ahli parlimen, tenangkah hidup mereka apabila rakyat yang mereka wakilkan terutama daripada golongan yang susah, miskin, fakir dan merempat sentiasa mendoakan agar diadakan segera pilihanraya kecil di tempat mereka supaya nasib mereka mendapat pembelaan ?

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS

Hidangan Arak MAS Tidak Menjamin Keuntungan

Kerugian lebih RM 600 juta dalam masa tidak sampai satu tahun yang dialami oleh Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menimbulkan pelbagai persoalan dan spekulasi. Walauapapun adalah diharapkan pengurusan MAS yang baru dilantik dapat memulihkan kembali kedudukan kewangan MAS agar ianya dapat menjamin kesinambungan kerjaya kakitangannya serta dapat memulihkan kembali imej syarikat penerbangan Malaysia yang diterajui oleh anak tempatan sendiri.

Sebagai sebuah negara Islam yang mengamalkan konsep prinsip Islam Hadhari sewajarnya pihak kerajaan menyediakan garis panduan (SOP) bagaimana sebuah negara Islam harus mengendalikan syarikat penerbangan agar ianya dapat memenuhi cita rasa para penumpang dan dalam masa yang sama berlandaskan iman dan taqwa.

Mungkin sebelum ini kita berfikiran sebagai sebuah syarikat penerbangan yang beroperasi di peringkat antarabangsa semestinya kita mahu menarik minat para penumpang yang berpotensi untuk menaiki syarikat penerbangan kita. Maka mungkin hidangan arak yang disediakan oleh MAS dapat menarik minat lebih ramai warga asing untuk menaiki MAS. Lebih ramai warga asing dan pelancong asing menaiki MAS, maka MAS akan mengaut keuntungan yang lebih. Akan tetapi penyata untung rugi MAS baru-baru ini memberi mesej yang jelas dalam isu ini. Iaitu dengan menyediakan hidangan arak kepada para penumpang MAS, ianya tidak dapat menjamin MAS akan beroleh keuntungan.

Pemerhatian yang seterusnya yang dapat diambil ialah, tidak semestinya sebuah syarikat penerbangan yang mempunyai pramugari yang berpakaian ketat , seksi dan tidak menutup aurat akan menjamin keuntungan sesebuah syarikat penerbangan.

Sebaliknya banyak faktor lain yang menentukan keuntungan sesebuah syarikat penerbangan. Sebagai seorang pelanggan yang inginkan kelainan banyak faktor yang menarik minat penumpang akan mengulangi syarikat penerbangan yang sama antara keluasan kabin, keselesaan tempat duduk, makanan dan minuman yang dihidangkan, keramahan kakitangan kabin dan seterusnya. Diperingkat pengurusan pula , pemilihan sub kontraktor, vendor, pesawat, sistem perkomputeran yang sesuai akan menentukan untung rugi sesebuah syarikat.

Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) haruslah menggalakkan agar negara-negara Islam menyediakan garis panduan (SOP) yang glokal agar ianya dapat memberi keselesaan kepada penumpang tanpa mengira agama dan bangsa dalam pada masa yang sama menghormati agama serta budaya di kalangan negara-negara Islam.

Adalah diharapkan pengurusan MAS yang baru ini dapat memberi kelonggaran kepada pramugari untuk menutup aurat serta memakai pakaian yang longgar, seperti mana kelonggaran diberikan kepada kakitangan kabin yang bukan Islam untuk tidak menutup aurat.

Begitu juga dalam masalah hidangan arak, adalah diharapkan MAS tidak lagi menghidangkan arak di dalam pesawatnya. Apa yang peliknya ialah orang bukan Islam apabila menaiki MAS tidaklah begitu beria-ia benar meminum arak, akan tetapi ada segelintir orang Melayu apabila menaiki MAS tanpa segan silu meminta hidangan arak kerana ianya disediakan secara percuma.

Malah di sesetengah negara barat mereka tidak menghidangkan arak untuk penerbangan domestik. Malah ada kakitangan syarikat penerbangan negara barat mengutarakan cadangan agar hidangan arak tidak disediakan kerana ianya boleh mendatangkan gangguan dalam penerbangan apabila ada penumpang yang mabuk.

Setakat ini syarikat penerbangan negara Islam yang tidak menghidangkan arak dan menggalakkan pramugarinya menutup aurat ialah Saudi Airline dan Royal Brunei Airline.

Malah komen yang diberikan oleh penumpang-penumpang bukan Islam yang menaiki Royal Brunei adalah lebih kepada keselesaan kabin, makanan dan keramahan kakitangan kabin. Penumpang-penumpang bukan Islam tidak mencadangkan supaya hidangan arak patut dihidangkan oleh syarikat penerbangan negara Islam.

Sekiranya MAS tidak dapat menyediakan alternatif sebagai sebuah syarikat penerbangan negara Islam, dapatkah kerajaan mengarahkan MAS supaya mematuhi garis panduan syarikat penerbangan negara Islam sepertimana kerajaan mengarahkan agar harga gas asli NGV diarahkan ditarik balik kenaikannya pada 3 Disember 2005 yang lalu ?

Apakah dengan tidak menghidangkan arak dan tidak memberi kelonggaran pramugarinya untuk menutup aurat MAS akan rugi lebih teruk lagi ? Apakah syarikat penerbangan yang tidak menghidangkan arak dan mempunyai pakaian pramugari yang menutup aurat mengalami kerugian yang lebih teruk daripada MAS ?

Berkatkah rezeki yang diperolehi oleh pekerja Islam MAS apabila mereka secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti penghidangan arak, daripada pramugarinya, juruterbangnya, juruteranya, pengarah urusannya dan seterusnya ?

Berikut ialah komen seorang penumpang bukan Islam mengenai Royal Brunei :

http://www.airliners.net/open.file/827014/L
Aircraft Taken at Royal Brunei Airlines, Airbus A319-132, April 19, 2005

One of the more interesting flights I have taken. Brunei is a Muslim country, and hence for this flight (1) Flight attendants (as you can see) in traditional headdress (2) No alcohol served (3) Praise and songs to Allah on pushback (4) The inflight screens (as shown) showing direction and distance to Mecca. All in all, a great flight and a wonderful experience-Andrew Hunt.

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang, NS

20051201

Ahli Parlimen Islam cadang aktiviti judi utk taja sukan negara

Apakah Malaysia bakal memusing jam ke belakang pada zaman 1970an dimana judi menjadi budaya masyarakat ini atas alasan membantu orang susah iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat. Sekarang ini Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu mencadangkan pula supaya diadakan Judi Khas untuk mengumpul dana untuk memajukan sukan di negara ini ?

Berikut ialah laporan akhbar The Star 1 December mukasurat 12. Beliau malah mencabar hukum Allah dimana beliau berkata “What are we afraid of?” Apa yang harus kita takutkan . Walaupun pada asalnya beliau maksudkan kenapa harus takut kepada suara yang akan membangkang cadangan beliau. Seolah-olah hanya 6 orang ahli Parlimen sahaja yang akan membangkang. Ini menunjukkan Zaid Ibrahim memperlekehkan Pak Lah sebagai PM yang pada fikiran beliau akan menyokong cadangan beliau, sepertimana Noh Omar yang mendahului memberikan pandangan mengenai isu tahanan wanita dibogelkan.

The Star - Thursday December 1, 2005

Zaid: Run lotteries to raise sports funds

ORGANISE special lotteries to raise funds for sports. This was the suggestion Datuk Zaid Ibrahim (BN – Kota Baru) gave to overcome the problem of finances.

He said many gaming companies did not contribute to sports adequately.

Sports in England, he said, were fully funded by profits from gaming.

Zaid: 'What is more important is what we use the money for' Asked whether the proceeds would be halal, he asked: "What is more important is what we use the money for. Why are we afraid of doing it? Is it because of PAS?

"They only have six seats in Parliament. What are we afraid of?"

He made the comments when debating Budget 2006 for the Youth and Sports Ministry at committee stage.

During the debate, several MPs questioned the role of the Sports Commissioner.

They said the post should be abolished because it had not helped the development of sports.

Loh Seng Kok (BN – Kelana Jaya) said many countries which did not have such a position still managed to excel in sports.

"One has to look at the state of sports before and after the position was created," he said, adding that the post was created to solve problems, not otherwise.

This led Datuk Ghazali Ibrahim (BN – Padang Serai) to suggest that the post be abolished as it had not benefited sports in Malaysia.

Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN – Larut) asked why the commissioner had been given the right to meddle in a particular sports organisation.

"This is akin to interfering in family matters," he said.

Debate on this issue then focused on why the commissioner could not solve the issue of the deregistration of the Malaysian Taekwondo Association (MTA).

Lim Kit Siang (DAP – Ipoh Timur) asked why the parties involved couldn't come together to resolve the problem.

"If this drags on, I'm afraid our performance in the sport may be adversely affected," he said.

Deputy Youth and Sports Minister Datuk Ong Tee Keat, winding-up for his ministry, said the problem arose when MTA failed to appeal to the ministry against the commissioner's decision to suspend the association.

"Furthermore, MTA took the issue to court and this added tension to the whole matter," he said.

He said that like all MPs, he also hoped the matter would be resolved quickly.