Laporkan maksiat dan jenayah syariah di tempat anda !
Hubungi HOTLINE :
Bahagian Penguatkuasa
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan
PT 973, Jalan Medan Rahang
70100 Seremban, N.S.
Tal : 06-7672776 , 06-7672756
Fax : 06-7672767
( berhampiran Restoran Nelayan / Pejabat Persatuan Bolasepak NS)
“BERSAMA MENCEGAH JENAYAH SYARIAH”
KESALAHAN JUDI – Tahukah Anda ? Orang Islam yang berjudi atau didapati berada di tempat perjudian adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 79A Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) (Pindaan) 2004 dan apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
MEMBUAT, MENJUAL MINUMAN MEMABUKKAN – Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiahkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak untuk minuman yang memabukkan adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 3,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 79
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT – Seorang lelaki yang telah mencapai umur baligh dan yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan dengan ketiadaan sebab-sebab yang munasabah adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 113
MENJUAL MAKANAN DI DALAM BULAN RAMADHAN – Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa di dalam bulan Ramadhan, menjual atau memberi kepada orang yang beragama Islam makanan atau minuman untuk dimakan atau diminum dengan serta merta adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya dengan denda tidak melebihi RM 2,000.00 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 1 tahun atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 112
LELAKI BERLAGAK SEPERTI WANITA (PONDAN) – Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan dimana-mana tempat awam adalah satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 66
PERBUATAN TIDAK SOPAN – Mana-mana orang yang melakukan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum Syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 500.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali – Enakmen Jenayah Syariah NS , Seksyen 67