KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20051216

Bendera Israel di Malaysia. Perlukah kita marah ?


Berikut ialah gambar yang diambil oleh jurugambar Wan Zahari pada jam 3:30 ptg 15 Disember 2005 di Bangunan PWTC, Kuala Lumpur. Gambarnya ialah bendera Israel berkibar diatas bangunan PWTC bersama beberapa bendera negara asing. Ramai yang marah apabila gambar ini tersiar, ramai yang marah kenapa bendera Israel dikibarkan di bangunan tersebut.

Apakah sekadar marah hangat-hangat tahi ayam ? Atau pun marah sekadar terasa sebak di dada dan geram perasaan? Adakah marah tersebut dapat ditransformasikan atau dihalakan untuk melakukan sesuatu yang bermanafaat untuk membela nasib rakyat Palestin ?

Ya memang kita marah, tapi apakah pernah kita bangun tengah malam bermunajjat pada Allah swt agar rakyat serta umat Islam di Palestin dilindungi dan diberi keselamatan daripada kekejaman pihak tentera ? Apakah pernah kita berdoa setiap kali selepas solat supaya umat Islam di seluruh dunia diberi perlindungan daripada keganasan ? Apakah pernah kita memberikan sumbangan kepada pasukan bantuan kemanusiaan untuk memberi bantuan perubatan, pendidikan dan makanan kepada negara umat Islam yang mundur ? Apakah pernah kita menghantar bantahan bertulis kepada kedutaan-kedutaan asing yang terlibat agar umat Islam diberi layanan berperikemanusiaan di negara tersebut ?

Atau kita hanya sekadar marah dan geram untuk menunjukkan kita prihatin akan nasib umat Islam seluruh dunia ?