KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060514

Fatwa Penyokong Bolasepak Piala Dunia

Ketika saya ke bandar Seremban pada hari Sabtu 13 Mei 2006 saya amat terperanjat apabila terpampang papan tanda yang membawa pelbagai kemusykilan dari sudut hukum akidah dan agama.

Dengan ini saya ingin penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri atau para alim ulamak hukum penyokong bolasepak yang beragama Islam yang menconteng muka mereka dengan lambang negara yang menyertai Piala Dunia 2006 yang menyerupai lambang salib.

Mungkin gambar yang tertera pada papan tanda ini adalah penyokong-penyokong bolasepak bukan Islam, tetapi tidak dapat dinafikan ramai penyokong bolasepak Islam akan terikut-ikut gaya penyokong bolasepak bukan Islam tanpa lebih dahulu mengetahui apakah hukum mereka melakukan perbuatan tersebut kerana iklan ini begitu besar dan diletakkkan ditengah-tengah bandar tempat tumpuan orang ramai.

Gambar dilampirkan diambil pada hari Sabtu 13 Mei 2006 berhampiran Perhentian dan Pusat Membeli Belah Terminal One dan belakang bangunan Wisma UMNO Seremban.