Bukan sekali tetapi dua kali.Pertama kali pada 27 April dan kedua pada 12 Mei akhbar New Straits Times (NST) menyiarkan iklan bir semuka penuh.
Iklan pertama bersebelahan dengan berita dan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi manakala kedua bersebelahan berita dan gambar hari ulangtahun ke 60 UMNO dimana Perdana Menteri dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menaikan bendera parti.
Ini yang membuatkan Kelab Senator amat kecewa kerana merasa NST langsung sensitif dan pedulikan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.
Pengerusinya,Senator Datuk Hamzah Zainuddin berkata mereka tidak mempersoalkan hak NST yang ‘cari duit’ menerusi iklan tetapi wajarkah itu caranya.
“Sewaktu kita meningkatkan semangat bangsa Melayu…raikan ulangtahun ke 60 agenda datuk nenek moyang kita lahirkan wadah perjuangan bangsa...disebelah ada iklan bir mengambarkan seolah-olah di Malaysia ni pejuangan yang dibawa oleh UMNO tak langsung diambilkira..itu yang kita persoalkan,” tegasnya kepada Agendadaily di bangunan Parlimen Selasa.
Setiausaha kelab itu,Senator Datuk Syed Ali Alhabshee dengan wajah yang marah berkata beliau secara peribadi menuntut NST memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri dan UMNO.
Katanya beliau amat terkejut melihat iklan itu disiarkan disebelah berita dan gambar Abdullah pada 27 April dan mengemukakan soalan mengenainya di Dewan Negara kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN ) Datuk Fu Ah Kiow pada 8 Mei.
Katanya Timbalan Menteri itu menjelaskan iklan rokok memang tidak dibenarkan disiarkan oleh akhbar-akhbar tetapi iklan bir dibenarkan.
Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras berkata beliau lebih terkejut melihat iklan berkenaan disiarkan sekali lagi pada 12 Mei disebelah berita dan gambar hari ulangtahun UMNO ke 60 di Johor Bharu.
“Ini bukan secara kebetulan…ini menghina pemimpin (Perdana Menteri) pemimpin OIC (Pertubuhan Negara-negara Islam) ..pemimpin sebuah negara islam...patutkah diletak iklan seperti ini…
“Kalau nak letak juga mengapa tidak letak dimuka belakang…ini negara Islam… jangan kurang ajar…tak respect pemimpin negara,”tegasnya.
Beliau menambah, “ Apakah NST nak tunjuk Pak Lah is very open …”
Hamzah yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO pula berkata beliau tahu iklan adalah salah satu dari cara dapatkan pendapatan untuk suratkhabar.
“Namun begitu ini tidak bermakna pendapatan kita dapat itu tak ambil kira langsung tentang agenda untuk perkasakan bangsa kita..
“Sebab itu dalam pejuangan bangsa sepertimana bila meletakan pemimpin kita yang meraikan hari ulangtahun UMNO...maka kita harus sensitif...supaya iklan macam itu tak diletak sebelah.
"Semua pemimpin melayu di situ sedang naikkan semangat bangsa melayu...ini yang harus diambil kira.
“Kalau sebagai seorang yang rasa kepentingan untuk cari keuntungan maka NST boleh letak iklan itu dimuka lain…tak semesti sebelah dengan muka surat tu dimana para pemimpin UMNO ketika mereka sedang menaikan semangat bangsa melayu…agenda bela nasib bangsa,”katanya.
Ditanya apakah Kelab Senator bercadang untuk menghantar nota bantahan rasmi,Hamzah berkata beliau tahu itu hak NST untuk menyiarkanya kerana iklan bir dibenarkan oleh KDN.
“Sebenarnya NST nak layan kita boleh… tak layan boleh…ini soal pendapatan mereka.
“Apa yang kita persoalkan ialah sensitiviti...bukan kita nak kata NST tak boleh advertise. ..itu dia punya pasallah..
“Cuma iklan itu lambangkan perjuangan UMNO sia-sia saja kerana NST sendiri tak ikut agenda yang dibawa oleh para pemimpin Melayu..”
Syed Ali memberitahu selepas membangkitkan hal itu dalam sidang Dewan Negara pada 8 Mei,beliau ada menerima SMS dari orang yang tidak dikenali berbunyi: U silap balon NST..
Katanya beliau tidak peduli sekalipun kalau kena blackout oleh akhbar berkenaan kerana ‘buat bising’ pasal hal ini.
“Ini satu perjuangan…saya berjuang bukan untuk publisiti …saya tak mati kalau tak dapat publisiti,” tegasnya.
Katanya semasa beliau membangkitkannya di Dewan Negara para senator beragama Islam lain pun terkejut dan menyuarakan kepadanya rasa kecewa mereka.
Syed Ali juga mempersoalkan bagaimana iklan rokok tidak dibenarkan disiarkan dalam akhbar sedangkan iklan bir boleh."Bukankah rokok itu makroh dan bir itu haram,"katanya.
Beliau menegaskan demi untuk kebaikan iklan bir tidak harus dibenarkan disiarkan dalam akhbar.
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_32658349-cabec5bb-1cc54610-d5929a51