KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060508

Kempen RM1 Seorang Untuk Rakyat Palestin

Himpunan Perdana : Selamatkan Kerajaan Palestin
Malam "MENYOKONG KERAJAAN PALESTIN HAMAS"

Pemidato :
Presiden PAS, Wakil Hamas, ABIM, JIM, TERAS

SABTU 13 Mei 2006
Masa : Selepas Isya’
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar

Kempen RM1 Seorang untuk Rakyat Palestin semasa Himpunan Perdana
Atau salur terus ke Akaun Tabung Maybank 564070703248 Parti Islam Se-Malaysia

Jualan buku Al-Quds Dalam Bahaya untuk tujuan kutipan derma
Pelancaran TABUNG SELAMATKAN PALESTIN
Persembahan Nasyid Kumpulan Masaal

Semua diseru supaya menghadirkan diri...

*********************************************************
Rakyat Indonesia derma Palestin satu dolar seorang – Utusan Malaysia 8 Mei 2006

JAKARTA 7 Mei - Lebih 10,000 penyokong sebuah parti Islam yang popular hari ini berarak melalui jalan-jalan utama di sekurang-kurangnya tiga buah bandar Indonesia untuk menggesa Washington dan sekutu-sekutunya supaya bekerjasama dengan kerajaan Palestin pimpinan kumpulan militan Hamas.

Amerika Syarikat (AS), yang menyifatkan Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas, dan Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin selepas kemenangan kumpulan militan Islam itu dalam pilihan raya umum Palestin.

Hamas gagal memperoleh dana asing kerana bank-bank tempatan, serantau dan antarabangsa bimbang tindakan oleh AS.

Kira-kira 10,000 penyokong Parti Keadilan Sejahtera (PKS), sebuah kumpulan konservatif Islam yang terkenal dengan pendirian antirasuahnya yang tegas, telah melancarkan rapat umum di sini.

PKS menggesa rakyat Indonesia supaya menderma satu dolar setiap seorang untuk tabung bagi membantu masyarakat Palestin.

Beberapa ratus lagi melancarkan tunjuk perasaan di beberapa buah bandar di wilayah Jawa Timur untuk mengecam sekatan yang diketuai oleh AS ke atas bantuan kewangan untuk Palestin.

“Kami menyuarakan bantahan kami terhadap AS dan Eropah. Mereka mestilah menarik balik sekatan itu kerana beribu-ribu penduduk Palestin kini diancam kebuluran,” kata Presiden PKS, Tifatul Sembiring dalam ucapannya pada rapat umum itu di tengah Jakarta.

Dalam pada itu, di Gaza, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Ismail Haniyeh semalam gagal mencapai kata sepakat bagi meredakan krisis kewangan yang mengancam menggagalkan kerajaan Palestin.

Penasihat Mahmoud, Nabil Abu Rdainah berkata pada akhir rundingan empat jam di antara kedua-dua pemimpin Palestin itu bahawa Hamas enggan mengubah dasarnya yang boleh mendorong AS dan Eropah menarik balik bantuan kewangan untuknya.

“Kami kesal kerana masyarakat antarabangsa enggan berurusan dengan kami selagi kerajaan tidak mengubah dasarnya,” katanya.

Mahmoud dan Ismail bertemu buat pertama kali dalam masa sebulan bertujuan untuk cuba menyelesaikan krisis kewangan yang bermula apabila AS dan EU membekukan bantuan kewangan kepada Pihak Berkuasa Palestin sebagai membantah dasar Hamas terhadap Israel.