KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060620

Akhbar Kristian diedar percuma di KLCC kpd org Islam

Surat khas: Akhbar Kristian guna nama Allah
Oleh Abdullah Abdul Rahman Saudara Pengarang,
Tuan, saya seorang petugas di Menara Petronas, KLCC. Hari ini (20 Mei) saya menerima senaskhah akhbar HERALD The Catholic Weekly bertarikh 21 Mei yang diedarkan secara percuma, tetapi di akhbar itu dinyatakan harganya RM1.00. Akhbar ini mempunyai KDN - PP 8460/12/2006, ISSN: 1394-3294.

Apa yang memusykilkan saya, mengapa akhbar ini diedarkan secara bebas. Selain berbahasa Inggeris, di dalam terdapat seksyen bahasa Melayu, Cina dan Tamil. Apa yang memeranjatkan saya, ada artikel dalam bahasa Melayu yang menggunakan nama Allah secara bebas. Saya bimbang anak-anak muda akan mudah terpengaruh dengan propaganda ini.

Turut menulis dalam akhbar ini pada keluaran ini ialah Marina Mahathir. Beliau menulis mengenai orang Islam yang 'akan mengamuk' jika ada pihak cuba membuat karya mempertikai Islam seperti buku dan filem Da Vinci Code yang mempersoal ajaran Kristian.

Tajuk tulisannya, The Followers, dengan satu gambar kumpulan orang membantah sesuatu dengan caption: "If anyone tried to write a similar thriller based around Islam, they'd be hounded and pilloried and threatened with death, thousands would riot in protest and people who would never have been able to read the book either because they are illiterate or can't afford it would have died."

Bersama-sama ini saya sertakan sebuah rencana di seksyen bahasa Melayu (muka surat 23, ada tiga muka surat dalam bahasa Melayu) untuk rujukan semua.

"Kasih Allah; Tidak membeza-bezakan"

Renungan Hari Minggu
Minggu Paskah VI
Bacaan I: Kis 10:25-26, 34-35, 44-48
Bacaan II: 1 Yoh 4: 7-10 Injil: Yoh 15:9-17

Katerina memang luar biasa. Cuba bayangkan. Dia tabah dan sabar menghadapi tabiat dan perangai anak perempuannya.

Nama anak perempuannya itu ialah Janet dia berperangai aneh, dan ganjil bin ajaib, tidak sewajarnya sebagai anak gadis. Apalagi sebagai puteri dari Katerina, anggota Kerasulan Wanita Katolik yang terkenal aktif. Cara hidup Janet benar menghina nama baik namanya.

Janet suka berpakaian yang aneh-aneh. Baginya berpakaian di tempat umum dan di rumah itu sama saja. Cara berpakaian menjadi sumber pertengkaran di antara dia dan mamanya. "Mamanya terlalu kuno, tidak ikut perkembangan zaman," kata Janet setiap kali bertengkar.

Katerina selalu mencuba menyakinkan Janet dengan suara yang lemah lembut. Tetapi sia-sia belaka. Setiap kali diberi nasihat Janet membunyikan radio atau CD dengan suara yang kuat. Dan suara mamanya tenggelam dalam bunyi muzik.

Itu baru soal pakaian. Pergaulan Janet dengan lelaki lebih teruk lagi. Janet sering berganti-ganti teman lelaki. Sering keluar rumah dengan lelaki yang berlainan. Sudah menjadi kebiasaan Janet untuk berteriak memanggil nama lelaki yang dikenalnya apabila melintas di jalan. Kalau sudah begitu, mamanya lari ke dalam bilik menyembunyikan rasa malu.

"Ke manakah nak kusimpan mukaku ini," dan ia sering menjadi pertanyaan Katerina kepada Janet. Tanpa sopan Janet menjawab, "Biarkan di kepala."

Janet memang tidak asing lagi sebagai seorang yang rajin ke gereja pada hari minggu. Hanya yang menjadi persoalan ialah caranya berpakaian. Banyak umat lain yang terganggu kerana melihat cara Janet berpakaian yang tidak sesuai dengan pakaian untuk masuk ke rumah Allah. Hampir telanjang!

Itulah Janet yang selayaknya dibenci oleh mamanya Katerina, kerana memalukan dan mencemarkan nama keluarga. Tetapi Katerina selalu berkata, "tidak apa, biarlah dia begitu, dia tetap anak saya. Saya tetap mencintainya." Kalau saja Katerina berkata; "saya membenci Janet, biar dia itu anak saya," orang tidak mempermasalahkannya. Ada ramai orang berbuat begitu. Orang hanya mencintai orang yang baik dan balik membencinya kalau dia berubah menjadi jahat. Contoh tentang hal itu terlalu banyak. Tetapi sangat sedikit orang yang bersikap seperti Katerina.

Bagi orang Kristian, ajaran Cinta Kasih yang ditegaskan Yesus sudah bukan barang dan hal baru. Bahkan rumusannya seperti tertulis dalam Injil sudah dihafalkan. Hanya dalam Injil Yohanes, ajaran Cinta Kasih diberi dasar yang lain "supaya
kamu saling mencintai seperti Aku telah mengasihi kamu." Pertanyaan kita ialah bagaimana Yesus mencintai kita?

Seperti Aku mencintai kamu, bukan kerana kamu baik, suci, dan tidak berdosa. Kalau Tuhan mencintai kita tunggu sampai kita baik dan benar maka manusia tidak
bakal menikmati cinta Tuhan.

Cinta Tuhan memamng lain. Biar pun manusia berdosa Tuhan tidak berubah jestru tindakan penebusan ada kaitannya dengan dosa manusia dan cinta Tuhan. Jestru di mana ada dosa di sana cinta Tuhan semakin tampak.

Dengan tetap mencinta Janet, Katerina sudah mewujudkan kata-kata Tuhan. Seperti Aku mencintai kamu. Janet tetap dicintai walapun dia berlaku aneh dan
mengundang emosi.

Memang mencintai orang atau selama orang itu baik lebih mudah daripada mencintai orang yang tidak baik. Apalagi kalau kejahatan seseorang langsung merugikan kita.

Ada orang tua yang secara tegas mengatakan putus hubungan dengan anaknya kerana anaknya begitu dan begitu. Atau sebaliknya. Ada anak yang bersumpah tidak mahu berbaik dengan orang tuanya kerana sesuatu hal tertentu.

Ada pemimpin di pejabat yang membenci orang bawahan kerana dia jahat. Nasibnya, pengkatnya tidak pernah diperhatikan. Ada guru atau pensyarah yang membenci murid atau mahasiswa/winya. Keputusan peperiksaan mereka selalu rendah bahkan sehingga mereka gagal.

Allah adalah kasih, dan setiap orang yang mengaku diri mengenal Allah dan menjadi milik-Nya hanya terbukti kalau hidupnya memancarkan penghayatan cinta kasih. Sebaliknya, segala hal yang kita lakukan, yang bertentangan dengan penghayatan cinta kasih, tidak berasal dari Allah. Kerana itu, tinggal dalam kasih Allah menjadi usaha pertama yang perlu diperjuangkan. Selanjutnya, kasih Allah yang sudah kita rasakan akan menggerakkan diri kita untuk mencintai sesama.

Itulah tugas perutusan kita; menjadi nabi cinta kasih sayang di zaman ini. Melalui tugas perutusan tersebut, kita turut serta dalam karya Allah, yakni menanamkan cinta kasih Allah dalam hati setiap orang dalam masyarakat di mana pun kita berada.

Seperti Roh Kudus juga dicurahkan Allah kepada setiap orang dari bangsa mana pun yang takut akan Dia dan yang berkenan kepada-Nya kerana mengamalkan kebenaran Allah; demikian cinta kasih Allah diharapkan dapat dirasakan oleh semakin ramai orang di dunia ini.

Kita adalah duta-duta kasih. Marilah kita berusaha bersama agar cinta kasih menjadi menjadi suasana yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini; suasana kasih yang memberikan kehidupan dan kesegaran. Yesus minta supaya kita saling mencintai seperti Aku mencintai kamu. Manusia berbuat sebaliknya; seperti kamu mencintai aku. Amin - Paderi Valentine Gompok, OFM Cap

Akhirnya, bagi pengetahuan semua akhbar ini diterbitkan oleh 'The Archbishop of Kuala Lumpur' bagi pihak 'The Bishops of Penisular Malaysia, yang beralamat di Petaling Jaya. - Abdullah Abdul Rahman, KLCC.

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2777&Itemid=1