Sun May 21, 06 12:39:59 PM Oleh Sara Ysabelle - Selangor Berpijak di atas bumi Malaysia, sebuah negara demokrasi saya ingin mengheret pandangan semua pihak ke satu isu yang berat.
Sebuah pasaraya 'hypermarket' yang beroperasi di Rawang tidak membenarkan pekerja mereka berhenti di antara waktu kerja untuk menunaikan solat.
Mereka melarang keras pekerja daripada menunaikan solat dan mengugut untuk memotong gaji sekiranya ditangkap 'curi-curi' menunaikan solat.
Waktu rehat juga amat pendek dan sangat sukar untuk para pekerja membahagikan masa untuk makan dan solat Zohor, manakala tiada peruntukan waktu untuk solat Asar.
Amat mengecewakan lagi, tiada surau untuk para pekerja. Mereka terpaksa ke surau yang berada di luar sekiranya ingin menunaikan kewajipan tersebut.
Pasaraya tersebut, yang mana pelanggannya hampir semua adalah 'Melayu Islam', sepatutnya lebih peka dengan isu sensitif ini. Saya berharap dengan terbitnya luahan ini, pihak yang berkenaan akan bertindak seadil-adilnya - Az http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2368&Itemid=48