KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060616

Pelancongan Angkasa buka banyak peluang pekerjaan.

Baru-baru ini saya sempat menghadiri satu siri kuliah yang disampaikan oleh Professor Patrick Collins yang bertajuk “Space Tourism : New Economy and Technology for Malaysia”.

Secara ringkasnya sebagai kesimpulannya ialah :
Malaysia mempunyai struktur geografi dan infrastruktur yang baik untuk pelancongan angkasa
Malaysia mempunyai lapangan terbang sedia ada yang tidak digunakan sepenuhnya (under utilised) yang amat sesuai dijadikan lapangan terbang untuk pelancongan angkasa.
Pelancongan angkasa dapat memberikan peluang pekerjaan yang baru dan banyak kepada rakyat tempatan.
Malaysia tidak perlu mengeluarkan pelaburan untuk pelancongan angkasa ini, kerana banyak syarikat asing akan melabur sekiranya karenah birokrasi dapat dikurangkan.
Singapura telah pun memulakan projek pelancongan angkasa dengan projek pelabuhan angkasa (Space Port) di Changi.
Rakyat Malaysia yang berkemampuan boleh menjadi angkasawan kerana anggaran kos untuk melancong di angkasa adalah seperti mereka melancong ke serata tempat di dunia ini.

Justeru itu saya menyeru kepada semua golongan cerdik pandai , saintis , pelabur, jurutera dan agensi kerajaan di Malaysia ini agar mengkaji peluang pekerjaan yang terbentang luas dalam bidang industri angkasa di negara kita sendiri yang dapat menjana ekonomi Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai ceramah yang disampaikan oleh Professor Patrick Collin yang pernah bekerja dengan Agensi Aero Angkasa Eropah dan Jepun sila layari http://www.spacefuture.com/