Adalah diharapkan kerajaan mengharamkan penjualan bola yang mempunyai bendera Arab Saudi kerana bendera Arab Saudi mempunyai kalimah “LAILAHAILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH”.
Juga disarankan Malaysia sebagai Pengerusi Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) agar menyarankan kepada masyarakat dunia agar tidak mengeluarkan bola yang tertera bendera Arab Saudi.
Adalah dilaporkan bola-bola seperti ini terdapat di pasaran Malaysia sekarang ini pada harga cuma RM 5 yang pasti menarik minat semua golongan terutama kanak-kanak yang apabila menggunakan bola ini akan secara langsung menyepak kalimah suci Islam.