KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20060621

Lepas Kongsi Raya kita Kongsi Sembahyang

Setiap penganut agama di dunia ini bebas mengamalkan agama mereka masing-masing, mengikut cara mereka tersendiri. Penganut agama Islam ada cara mereka tersendiri untuk mengamalkan agama mereka. Justeru itu apabila disarankan supaya amalan kongsi raya dikaji semula, ramailah yang melenting, termasuk orang Islam sendiri. Apa yang dimaksudkan ialah amalan umat Islam meraikan kongsi raya, bukannya amalan orang bukan Islam meraikan kongsi raya.

Ini adalah kerana sekiranya amalan kongsi raya ini tidak diteliti, lama kelamaan kita akan berkongsi tempat ibadah, berkongsi sembahyang, berkongsi ibadah lain atas nama perpaduan. Dan perkara ini berlaku di Amerika Syarikat dan di beberapa negara lain.

Mahukah kita membiarkan umat Islam di negara kita berkongsi tempat ibadah, berkongsi puasa ? Hari ini kita ajak rakan kita beragama Buddha, Hindhu dan sebagainya puasa dan berbuka puasa bersama kita mengikut syariat Islam, esok kita pula meraikan rakan kita berpuasa mengikut amalam agama lain, semua ini atas nama perpaduan.

Mahukah kita hari Jumaat kira mengajak rakan-rakan kita beragama Kristian sama-sama mendengar khutbah Jumaat, lepas itu hari Ahad kita pula menerima ajakan rakan kita mengadakan khutbah Ahad di tempat yang sama ?

Sekiranya amalan kongsi raya ini dapat menyatupadukan masyarakat yang berbilang agama , maka sudah pasti negara yang sepatutnya mempelopori amalan ini ialah Israel dan Palestin, bukannya Malaysia yang telah lama masyarakat yang berbilang kaum dan agama hidup aman damai tanpa amalan kongsi raya sebelum ini. Malah peristiwa berdarah 13 Mei 1969 bukanlah berpunca daripada tiadanya amalan kongsi raya. Apalah gunanya kita berkongsi raya, tetapi yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana tanpa mengira agama dan bangsa.

Berikut ialah artikel dari laman web kumpulan pluralisma di Amerika Syarikat yang menjalankan pelbagai kegiatan kongi-kongsi.

http://www.pluralism.org/news/index.php?xref=Ramadan+in+America+2001On
An Interfaith Iftar

December 10, 2001, The Kane County Chronicle reported "Muslims feed the faith of many people." The article began, "As the sun went down, the fast was broken and the call to prayer sounded. After prayers were said, the guests were treated to a traditional Muslim 'iftar.' ... Although the iftar is a tradition in the Islamic faith, Sunday’s dinner guests included Buddhists, Christians, Jews, Sikhs, as well as Muslims." The meal was hosted by the Ahmed family. The article continued, "Jonathan Levine, regional director for The American Jewish Committee, said he has become close personal friends with the Ahmeds during the past five years. Developing personal relationships is the best way to knock down the kinds of stereotypes that are pitting one religious group against another, Levine said. 'Personal relationships count more than anything else when it comes to group relations.'"
(December 10, 2001, The Kane County Chronicle, Online)