KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100602

Askar Prebet pun derma RM 50


Di surau kami ada seorang askar , sudah berkeluarga, ada beberapa orang anak , isteri bekerja sebagai guru tadika. Dia ni berpangkat Prebet saja , rasanya dah naik pangkat Lans Koperal. Walaupun dah lama berkhidmat dia tak kisah kalau tak naik pangkat. Dia bersyukur dengan apa yang ada.

Apabila ada program di surau dia nilah yang mula-mula hulur sumbangan. Bukan seringgit dua, tapi RM 50. Terkedu-kedu saya terima sumbangan derma RM 50 dari seorang yang hanya berpangkat bawahan dalam tentera.

Bila surau kami buat solat hajat untuk keselamatan sukarelawan dan penduduk di Gaza, dia yang mula-mula sekali hulur sumbangan RM 50 untuk buat jamuan lepas solat hajat.

Walaupun dia hanya seorang prebet, jiwanya kaya. Apa yang membuat saya lagi terkedu ialah dia sanggup berjimat cermat untuk menghantar anaknya ke sekolah rendah agama swasta, kerana di Malaysia semua sekolah rendah agama ialah milik swasta.

Oleh itu janganlah kita memandang rendah, atau buat tak endah sahaja orang peringkat bawahan ini, mereka yang kerja kutip sampah, tukang kebun dan sebagainya.

Mereka ini lebih dekat kepada Allah apabila mereka adalah dikalangan orang yang bersyukur.

Mereka ini lebih mulia di sisi Allah daripada kita.

Marilah kita bersama mengubati penyakit wahan yang ada dalam diri kita.

Tiada ulasan: