KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100606

Motosikal terbakar ketika isi minyak


Pastikan enjin kereta dan motosikal dimatikan apabila mengisi minyak. Juga jangan guna telefon bimbit ketika mengisi minyak.

Artikel mengenai kes-kes kebakaran kereta dan panduan keselamatan pada pautan berikut : http://waghih.blogspot.com/2010/05/nak-tahu-punca-banyak-kereta-terbakar.html

********************
Nyaris maut motosikal terbakar

Harian Metro 5 Jun 2010

DUNGUN: Seorang remaja lelaki nyaris maut apabila motosikal jenis Yamaha RXZ miliknya hangus terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Paka, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, mangsa, Wan Hazwan Wan Fauzi, 18, hanya mengalami lecur di kaki selepas sempat melarikan diri daripada motosikalnya sebaik terlihat percikan api ketika mengisi petrol dalam keadaan enjin tidak dimatikan, kira-kira am 6 petang.

“Ketika pembantu pam mengisi minyak, tiba-tiba keluar percikan api. Saya terkejut lalu bingkas bangun dari tempat duduk motosikal dan lari menyelamatkan diri.

“Ketika itu api mula menyambar kaki seluar saya dan tidak lama kemudian motosikal itu hangus terbakar. Mujur saya dapat memadamkan seluar yang terbakar dan hanya melecur sedikit di kaki,” katanya ketika ditemui. Sementara itu, pembantu pam di stesen minyak berkenaan, Mohd Fauruz Zakaria, 19, berkata, api marak secara tiba-tiba dan dia segera menyelamatkan diri serta sempat menyelamatkan kereta seorang pelanggan yang turut mengisi minyak di pam bersebelahan.

“Saya sempat memadamkan api pada motosikal itu menggunakan alat pemadam api sebelum anggota bomba tiba tidak lama kemudian,” katanya.

Pegawai Bomba Daerah, Zailani Hussin, berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi arahan keselamatan ketika mengisi minyak dengan mematikan enjin bagi mengelak kejadian tidak diingini berulang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Nyarismautmotosikalterbakar/Article

Tiada ulasan: