KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100506

Nak tahu punca banyak kereta terbakar sekarang ?


Semakin hari semakin banyak kereta yang terbakar. Terbaru kes kereta MPV di Ipoh pada 5 Mei 2010 , tiba-tiba terbakar ketika sedang dibaiki.

Nak tahu antara kemungkinan punca kebakaran kereta , sila ke pautan berikut

Agak-agaknya lah kan ada tak agensi kerajaan di Malaysia atau mana-mana universiti di Malaysia yang buat kajian kebakaran kereta yang banyak sekarang ini ?

Boring agaknya tajuk kereta terbakar ini. Cerita artis, politik, liwat, dadah, hiburan, lompat parti, APCO, John Wolfowitz, NED dan lain-lain lagi best agaknye.

Statistik di Amerika Syarikat ialah satu dari empat kes kebakaran ialah kebakaran kereta. Dan satu dari lapan kematian disebabkan oleh kebakaran kereta.

*******************
KERETA TERBAKAR SEMASA DIBAIKI
Rabu Mei 5, 2010

IPOH: Seorang wanita terpaksa berputih mata menyaksikan kereta Toyota Estima miliknya hangus di depan mata semasa ia sedang dibaiki oleh seorang mekanik hari ini.

Norlaila Zakaria, 34, bagaimanapun bersyukur kerana kenderaannya itu tidak terbakar semasa sedang dipandu.

"Kejadian berlaku begitu pantas namun mujurlah ia tidak terbakar semasa saya sedang memandu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Simpang Pulai-Ipoh kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.

Beliau berkata sebelum kejadian itu, enjin kenderaannya tiba-tiba berhenti mengejut.

"Selepas lebih 10 minit, ada mekanik datang membantu untuk menghidupkan semula kereta tetapi percikan api keluar di bahagian depan dan tidak sampai beberapa saat kemudian, api mulai marak," katanya.

Norlaila berkata mekanik terbabit berusaha memadamkan kebakaran itu menggunakan alat pemadam apai tetapi tidak berjaya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih 20 minit sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai tiba untuk memadamkan api. -

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2010/5/5/mstar_jenayah/20100505202927&sec=mstar_jenayah

APA YANG HARUS DILAKUKAN SEKIRANYA KERETA TERBAKAR :
- Jika sedang memandu, berhentikan kereta di sebelah kiri jalan atau di laluan kecemasan
- Matikan enjin kereta
- Segera keluar dari kereta
- Hubungi pihak bomba
- Jangan cuba pada api yang sedang marak dengan alat pemadam api kerana alat pemadam api pada kereta terlalu kecil untuk memadam api yang sedang marak

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/fire-safety.html

APAKAH PUNCA KERETA TERBAKAR :
- Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari ruangan enjin
- Kebanyakan kebakaran kereta bukan disebabkan oleh kecacatan kejuruteraan – tetapi disebabkan oleh penyenggaraan yang lemah
- Tapi punca sebenar kebanyakan kereta terbakar tidaklah diketahui
- Sebarang kebocoran pada hos dan pam boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik
- Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering
- Puntung rokok juga boleh menyebabkan kebakaran kereta
- Bahan mudah terbakar yang diletak tempat simpanan belakang kereta juga boleh menyebabkan kebakaran
- Kecacatan rekabentuk tangki minyak Ford Pinto boleh menyebabkan ianya meletup jika dirempuh dari belakang
- Kecacatan sistem cruise control Ford juga boleh menyebabkan kebakaran walaupun setelah enjin dimatikan
- Tangki sisi trak GM juga mempunyai rekod kemalangan kebakaran yang tinggi
- Kereta Lexus pada tahun 2007 mempunyai kemungkinan keretakan pada paip minyak

Sumber : http://www.toyoland.com/toyota/financials/engine-fires.html

**********************

PUNCA KERETA TERBAKAR

Kes meningkat setiap tahun

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di negara ini meningkat setiap tahun.

“Untuk rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula sebanyak 1,811 kes dicatatkan.

“Jika melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,” katanya.

Ujarnya lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak petrol juga menjadi punca.

Menyentuh mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan kampung.

“Tetapi peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan.

“Bukan mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.

“Situasi mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.

Katanya lagi, walaupun sekadar perubahan paip enjin sebanyak 30 darjah daripada kedudukan asal, ia mampu memberi impak buruk kepada enjin.

Bahagian enjin boleh menjadi panas secara tiba-tiba kerana sistem pengaliran bendalir tidak sempurna selain masalah sistem elektrik dan hidraulik yang boleh menyebabkan kereta terbakar.

“Namun, penambahan aksesori seperti lampu, radio, pembesar suara dan pedingin hawa, risiko kereta terbakar tidak begitu besar berbanding pengubahsuaian melampau enjin dan faktor kemalangan sendiri,” kata Mohd. Nizam yang mengendalikan kira-kira empat kes kereta terbakar dalam setahun.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dalam satu kemalangan yang aku tengok dulu...

kereta tu terbakar, sebab tindakan bomba yang kurang cerdik.

masa tu, sebiji kereta ni terbang masuk dalam sebuah kedai runcit.

dalam tu ada ngan tong gas segala lah.

kedudukan kereta tu dalam keadaan mengiring. tangki minyak pun bocor.

bila bomba datang tu, derang nak cuba tarik keluar kereta tu.

Aku sound dia cakap tangki minyak tu bocor, minyak dah penuh kat jalan tu, kalau ada percikan bunga api dari badan kereta bergeser ngan tar tu, tak pasal nyala.

bomba tu buat tak reti. dah la takde standby ngan paip hos kalau-kalau terbakar.

mula-mula dia tarik tu, okey lagi. dia tarik lagi. lepas tu, tarik kali ketiga, terus keluar api...

masa tu baru kalu nak bukak hos, dah la air keluar meleleh je macam kencing tak lawas... tah hapa-hapa...

tak pasal-pasal kereta yang tak terbakar tadi, ngan kedai-kedai sekali hangus.

Tanpa Nama berkata...

Bomba Malaysia ni pun bukannya ada ilmu pasal sains, sebab tu bengap.
Kalau bodoh dengar cakap orang tak apa juga, ini dah lah bodoh, degil pulak tu tak dengar cakap orang....

Unknown berkata...

mesti jpam ni kan.haha

Unknown berkata...

mesti jpam ni kan.haha