Judi adalah haram , samada berlesen atau tidak.
Umat Islam di Malaysia ini yang majoritinya orang Melayu ramai yang ketagih judi , samada yang berlesen atau tidak.
Kenapa semua pihak baik kerajaan , mahupun pembangkang juga NGO dan polis beria-ia untuk menjadi juara membanteras judi bolasepak baik yang berlesen atau tidak ?
Berlesen atau tidak , judi tetap haram. Ramai orang Melayu dah ketagih judi. Kalau musim piala dunia , boleh dikatakan mana-mana tempat kerja , ada saja orang tengah yang buat betting, kalau tak menggunakan sindiket terancang, mereka buat sendiri betting di tempat kerja sesama akan sekerja.
Memang ya, judi perlu dibanteras di kalangan umat Islam. TAK PERLU KELUARKAN LESEN JUDI. Biarlah orang bukan Islam nak anjur judi macamana cara sekalipun asalkan tidak melibatkan orang Islam , tidak ditempat terbuka dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Yang penting sekarang ialah BETAPA KURANGNYA usaha untuk menyelamatkan umat Islam yang tahi judi ini.
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik edar risalah di kedai ekor kepada umat Islam supaya jauhi najis judi, sayangi keluarga ?
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik tubuh pusat khidmat kaunseling untuk kaki judi agar mereka tidak ketagih judi ?
Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik melawat isteri-isteri dan anak-anak kaki judi ini yang hidup melarat ?
Ada kita tengok mana-mana pihak mendesak akhbar Melayu tidak menyiarkan iklan dan keputusan judi ?
Cuba tanya diri kita yang ingin menjadi juara membanteras judi bolasepak piala dunia ini baik berlesen atau tidak , hipokritkah kita ?
Jangan kita jadi bahan tertawa kaki-kaki judi Melayu. Pada mereka berlesen atau tidak, mereka akan tetap berjudi, tidak ada siapa yang peduli nasib mereka. Mereka tahu mereka tak akan jadi kaya kerana judi, yang kaya raya ialah taukeh-taukeh, apa boleh buat mereka sudah ketagih.
****************************
GPMS SELANGOR PULA BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010
PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 terus mendapat kecaman pelbagai pihak, kali ini Gabungan Pelajar Semenanjung Selangor (GPMS) pula menggesa kerajaan menarik semula lesen judi berkenaan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519203007&sec=mstar_berita
PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519194536&sec=mstar_berita
************************
BANTERAS PERJUDIAN INTERNET
SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi perjudian Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

1 ulasan:
Sudah tentu hipokrit!!!
Masa PrK Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini, calon PKR Zaid Ibrahim dikecam dengan perangai lama beliau yang kaki minum dan kaki judi...walaupun beliau mengakui dan secara terang sudah bertaubat. Sentimen begitu sedikit sebanyak mempengaruhi undi kepada beliau.
Abis selesai je...beri lesen perjudian atas alasan untuk mengelakkan perjudian haram berlaku masa musim Piala Dunia...mula-mula piala Dunia...esok lusa sebarang jenis sukan diberi lesen untuk betting...
Lumba kuda jangan cerita lah...
nanti menjalar kepada perlesenan yang bukan-bukan....prostitution, ganja dan candu (macam cerita Ali Baba Bujang Lapok), banyak kilang Arak akan dibuka...
Nak mengawal perjudian haram tu memang sesuatu yang sukar...sebab betting piala dunia ni memang wujud sejak saya bersekolah lagi..tetapi reason diberikan lesen tu yang buat den raso nak muntah!!!!
Astaghafirrullah...
Catat Ulasan