KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100503

Orang tua jangan mimpi masuk syurga



Apa orang tua tak boleh masuk syurga ? Macam tu semua kena mati muda , jangan tunggu tua ?

**************************
Seorang perempuan tua telah datang kepada Nabi saw, lalu berkata : Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga.

Maka Rasulullah saw bersabda : Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga.

Lalu menangislah si perempuan tua itu.

Dengan segera Rasulullah saw bersabda : Khabarkan kepada perempuan itu bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.

Lalu dibacakan firman Allah SWT yang tafsirnya : Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta yang sebaya umurnya.

Petikan Khutbah bertajuk Batasan Bergurau Senda dari laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=397

Tiada ulasan: