Ini adalah hakikat Melayu sekarang ini. Memang macam cerita Bangau Oh Bangau.
Nak salahkan orang lain , kita pun sama. Melayu dah malas nak gotong royong bersih surau , bersih kubur. Kalau ada pun , bilangannya terlalu sedikit.
Bangau tak akan di soal siasat di akhirat. Kita pasti akan di soal siasat.
Sebelum kita nak salahkan MB, salahkan Jabatan Agama, salahkan Nazir masjid , salahkan UMNO, salahkan PAS, tanya diri kita sendiri dulu.
MB, Jabatan Agama, Nazir kalau tak buat kerja , mereka jawablah sendiri di akhirat. Kita ?
Selamat Menyambut 13 Mei. Hidup Melayu. Mati ?
Siapalah yang minat kerja bersih kubur, gali kubur, urus jenazah ni ?
Yang penting Mentor , AF, konsert , lompat parti , konsert 12 jam , skor 9A SPM , mengangkasakan Melayu , Melayu glokal , world cup.
******************************
Anjing ‘penunggu’ kubur terbiar
Sinar Harian 13 Mei 2010
TELOK KEMANG – Keadaan Tanah Perkuburan Islam Kariah Telok Kemang yang dipenuhi lalang bukan sahaja menyakitkan mata, malah timbul persoalan sejauh mana usaha untuk membersihkannya.
Bukan saja kelihatan uzur, malah kurangnya pemantauan menyebabkan kadangkala tanah perkuburan itu dicerobohi anjing liar.
Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan semak memenuhi kawasan hampir menenggelamkan kebanyakan kubur yang terdapat di situ, melainkan beberapa kubur masih bersih kerana dijaga ahli keluarga yang sering berziarah.
Kawasan perkuburan Islam Khariah Telok Kemang mempunyai kira-kira 2,000 kubur baru dan lama yang menempatkan jenazah penduduk kampung di seluruh kawasan itu sejak hampir 100 tahun lalu.
Tanah perkuburan itu menjadi tumpuan apabila mana-mana jenazah dari Hospital Port Dickson yang tidak dituntut waris akan dikebumikan di situ.
Tidak terurus
Penggali kubur, Mohd Yusof Abd Jalil, 60, berkata tanah perkuburan di situ seperti dilupakan penduduk termasuk pihak sepa-tutnya bertanggungjawab atas permasalahan ini.
“Kita sedih mengenangkan keadaan tanah perkuburan yang tidak terurus ini. Sehingga kita sukar untuk masuk ke beberapa kawasan kubur. Ada juga kubur yang tidak dapat dikesan keluarga kerana terlalu semak.
“Tanah perkuburan yang terletak betul-betul bersebelahan jalan utama pantai peranginan ini menimbulkan banyak aduan dan cerita buruk daripada pengunjung yang mempersoalkan mengapa tanah perkuburan ini tidak diuruskan dengan baik,” katanya.
Menurutnya, apabila ti-ba waktu hujung minggu, jalan itu akan sesak dan memberi peluang kepada pengunjung memerhatikan kawasan kubur.
“Lokasi kubur ini bukanlah terletak jauh dari kawasan penempatan tetapi hakikatnya ia hanya berada di tepi laluan utama Batu 7 Jalan Pantai Port Dickson.
“Akibat tidak diseleng-gara, ada batu nisan yang sudah tenggelam dalam rimbunan semak-samun dan lalang,” katanya.
Kawasan dicemari najis haiwan
Mohd Yusof berkata, kerosakan pada pintu masuk dan pagar yang roboh pula bukan sekadar menambah kedaifan kawasan itu tetapi menyakitkan hati terutama waris si mati yang bersemadi di situ.
Menurutnya, ia bukan sahaja menyebabkan kawasan perkuburan itu mudah dimasuki anjing liar tetapi dicerobohi pihak tidak bertanggungjawab.
“Akibatnya kawasan perkuburan itu dikotori dengan pelbagai najis haiwan sehingga mencemarkan kemuliaan tanah perkuburan itu sendiri. Selain itu, terdapat juga kesan tanah di kawasan itu dikorek dan digali anjing,” katanya.
Difahamkan, tanah perkuburan itu merupakan bekas tapak rumah kakitangan jabatan kesihatan dan kini diwakafkan menjadi tanah perkuburan.
Tiada sambutan
Sementara itu, pembersih kawasan kubur, Hamzah Mail, 53, yang secara kebetulan sedang menjalankan kerja pembersihan kubur menyifatkan keadaan kawasan perkuburan ini amat daif dan tidak terurus dengan baik.
“Saya sangat sedih melihat keadaan ini. Saya tidak sanggup membiarkan mereka yang sudah meninggal dunia bersemadi dalam keadaan begini.
“Tugas membersihkan kawasan kubur diletakkan seratus peratus di bahu saya tanpa tinjauan dan pemantauan pihak bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, dia bekerja di negeri lain dan tidak menetap di situ sebaliknya pulang sekali sekala.
“Ketika berada di sini, saya akan menjalankan kerja-kerja itu. Saya hendak menolak tanggungjawab membersihkan kubur tetapi tidak ada pula individu sanggup memikul tanggungjawab seperti ini.
“Apabila kerja-kerja gotong royong diadakan amat mengecewakan kerana tidak mendapat sambutan :penduduk kampung dan pihak bertanggungjawab,” katanya.
Hamzah berkata, dia bukan sahaja sedih melihat persekitaran tanah perku-buran itu tetapi bimbang dengan kehadiran binatang berbisa seperti ular.
Sikap acuh tidak acuh
Hamzah berkata, pihak bertanggungjawab bersi-kap acuh tidak acuh terhadap masalah tanah perkuburan itu walaupun ada pihak datang mengadu.
Menurutnya, walaupun ada cadangan untuk mengadakan gotong-royong bagi membersihkan tanah perkuburan itu, pihak berkenaan tidak mengambilnya dengan serius.
“Sehingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan diambil. Sedangkan duit khairat kematian dikutip setiap bulan, tetapi mengapa wang itu tidak digunakan untuk menampung segala pengurusan dan kemudahan di tanah perkuburan ini,” katanya.
Sementara itu, Mohd Yusof berkata, setelah pelbagai usaha meminta pertolongan daripada pihak berkenaan menemui kegagalan dan harapan kini disandarkan kepada Jaba-tan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) supaya dapat melihat isu itu dengan lebih serius.
“Sama ada untuk melakukan kerja pembersihan atau pemantauan di kawasan ini, terpulang kepada pihak berkenaan.
“Di samping itu, kita mencadangkan seseorang ditugaskan menguruskan tanah perkuburan ini sepenuh masa supaya sentiasa bersih serta selesa diziarahi,” katanya.
Menurutnya, pada masa sama, pihaknya memohon mereka yang sudi memberikan bantuan dalam penyediaan peralatan menggali kubur kerana peralatan sedia ada sudah rosak.
“Malah keadaan khemah untuk menggali dan bacaan talkin ke atas jenazah sudah uzur,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7684155.asp

Tiada ulasan:
Catat Ulasan