Apa nak jadi Malaysia sekarang ni. Makin huru hara. Makin tak terkawal anak-anak kita. 14 tahun dah lah tak ada lesen memandu kereta, curi pula kereta jiran. Tak ke geram kita. Pukul 1.15 pagi. Kalau aku jadi polis pun, pening , tak tahu apa nak buat. Apa nak jadi Malaysia makin nak capai negara maju, rakyat makin tak bertamadun, lagi teruk dari zaman dijajah Jepun dulu.
Baca kisah sebelum ini betapa kita orang Melayu dah pekak, buta, bisu terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita di http://waghih.blogspot.com/2010/05/pandu-bawah-umur-melayu-dah-pekak-buta.html
Juga kisah remaja kita dah tak hormat undang-undang, tak hormat polis di http://waghih.blogspot.com/2010/05/undang-undang-bahan-ketawa-remaja-kita.html
*******************************
REMAJA 14 TAHUN CURI PANDU KERETA JIRAN DITAHAN
Sinar Harian 28 Mei 2010
BATU PAHAT – Tindakan seorang remaja 14 tahun yang memandu kereta jirannya tanpa kebenaran akhirnya membawa padah apabila dia ditahan polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Adnan Azizon berkata, polis yang menerima maklumat pada jam 1.15 pagi kelmarin menghantar sebuah kereta peronda ke lokasi sebelum berjaya mengesan kereta yang dimaksudkan.
“Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta berkenaan bertindak memecut dan memandu dengan cara berbahaya sebelum melanggar sebuah tembok,” katanya pada sidang media di sini , semalam.
Adnan berkata, hasil pemeriksaan, remaja berkenaan mengaku mengambil kereta milik jirannya untuk berseronok setelah kerap kali melihat kunci kereta berkenaan ditinggalkan di peti surat rumah pemiliknya,” katanya.
Adnan berkata, remaja berkenaan ditahan reman selama dua hari untuk siasatan selanjutnya dan disiasat di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan (Curi Kenderaan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan