KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100530

Rakyat Malaysia makin BODOH Komputer


Minggu lepas kami hantar anak kami yang baru masuk Universiti Malaya mengambil Asasi Sains. Adalah sesi pengurusan universiti bersama ibu bapa dan pelajar. Atas pentas semua pensyarah ada PhD , semua Professor Madya. Salah seorang pensyarah tadi beritahulah semua ibu bapa, tak perlu bekalkan anak-anak di Universiti Malaya ini dengan komputer, dengan lap top, dengan notebook ke, takut hilang nanti.

Bangunlah seorang ibu tanya, pelajar ni nanti tak ada ke guna komputer untuk buat assignment. Salah seorang pensyarah yang Professor Madya tadi kata, di UM banyak makmal komputer. Pelajar Asasi Sains tak banyak buat assigment guna komputer. Kalau diberi komputer peribadi atau laptop kepada pelajar ini , ianya akan melalaikan, lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Yang cakap ni Professor Professor Madya, di Universiti Malaya pula, bukan loyar buruk macam saya ni.

Apa lagi, bersoraklah ibu bapa, kerana tak perlu pening kepala nak beri anak komputer.

Pelajar kita , rakyat kita nampaknya semakin BODOH dalam bab komputer ni. Apa ke tidaknya , cuba kita semua pergi Kafe Siber, cuba pergi, cari sekeliling kita, memang banyak Siber Kafe, majoriti yang ada di Kafe Siber ni remaja Melayu, pelajar sekolah rendah dan menengah. Majoritinya main game, layar laman web lucah, atau main judi internet dan ponteng sekolah atau ponteng tuisyen.

Pergi tanya Pejabat Pelajaran Daerah pula, berapa ramai pelajar sekolah menengah yang BUTA HURUF. Kalau di bandar, angkanya mencecah ratusan pelajar yang BUTA HURUF.

Yang Kementerian beria-ia nak beri rakyat komputer ni kenapa ? Yang kerajaan negeri beria-ia nak beri pelajar sekolah rendah E-Book kenapa ?

Yang BUTA HURUF ramai, yang merosakkan minda di Kafe Siber ramai.

Pelajar Universiti pun di nasihat oleh Professor Madya jangan diberi laptop, apa guna laptop pada pelajar sekolah rendah, kepada penoreh getah, kepada nelayan.

Kalau dulu pepatah ialah Kera Dapat Bunga , nampaknya sekarang Kera Dapat Komputer.

Jangan pula yang Kementerian yang berkaitan baca artikel ini jadi macam Kera Kena Belacan pula !

Dan janganlah pula kita orang Melayu ni selalu bertindak Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan.

****************************************
MASYARAKAT MISKIN DAPAT KOMPUTER RIBA PERCUMA
Berita Harian 29 Mei 2010

Pelajar dari keluarga berpendapatan kurang RM3,000 boleh mohon

KUALA KLAWANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengedarkan satu juta komputer riba 1Malaysia secara percuma kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah supaya mereka memperoleh capaian akses internet jalur lebar.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata program khas SKMM itu akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menggunakan kelebihan internet dalam memajukan diri dan keluarga. “Golongan yang layak menerima komputer riba itu nanti ialah yang pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 dan mempunyai anak masih belajar sama ada di sekolah mahu pun universiti dengan pengesahan oleh pemimpin masyarakat. “Pelajar sekolah menengah dan universiti juga boleh memohon mendapatkan komputer riba itu sendiri jika datang dari keluarga yang layak dengan proses permohonan itu disokong oleh institusi masing-masing,” katanya selepas merasmikan pakej ‘Jalur Lebar Telekom Malaysia Berhad (TM) dengan Komputer 1Malaysia’ di Dewan Majlis Daerah Jelebu di sini, semalam.

Melalui pakej itu, TM turut mengedarkan sebanyak 200,000 komputer secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah di seluruh negara dengan kadar bayaran bulanan perkhidmatan jalur lebar serendah RM38.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu, berkata SKMM sedang memperincikan program pemberian percuma berkenaan dan akan melancarkannya tidak lama lagi bermula di Johor, sebelum diperluaskan di seluruh negara.

Komputer riba 1Malaysia dibangunkan Mimos Bhd itu bakal membolehkan pengguna melayari internet melalui perkhidmatan jalur lebar seperti WiFi, sistem 3G atau HSDPA dan WiMAX.

Katanya, dengan pemberian keseluruhan 1.2 juta komputer riba percuma itu (SKMM dan TM), pihaknya menjangka matlamat kerajaan untuk mencapai 50 peratus penembusan jalur lebar di kalangan isi rumah menjelang akhir tahun ini akan tercapai.

Dalam perkembangan berkaitan, Rais berkata, pihaknya dan TM akan menyediakan perkhidmatan akses point internet tanpa wayar (WiFi) percuma di kawasan kampung di seluruh negara yang mempunyai talian kabel telefon.

“Kita akan memasang satu alat khas pada telefon awam atau kabel di kawasan tumpuan penduduk kampung seperti balai raya dan ia membolehkan internet dicapai dalam jarak lingkungan dua kilometer.

“Projek itu sudah diuji di Kampung Asia Jaya, Sibu, Sarawak baru-baru ini dan akan diperluaskan di seluruh negara tidak lama lagi,’ katanya.

Dalam perkembangan lain, Rais berkata semua pengamal media warga negara Malaysia yang bekerja di lapangan, terutama wartawan dan jurugambar akan diberi komputer riba 1Malaysia percuma bagi membolehkan mereka memperoleh capaian internet di mana saja ketika bertugas.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatmiskindapatkomputerribapercuma/Article

3 ulasan:

dira berkata...

Bukan sahaja laptop tetapi telefon bimbit juga.Ada telefon rumah,anak masih dibekalkan dengan telefon bimbit.Buat apa,membazir duit ,untuk top-up satu hal,asyik bermain sms, bukankah membuang masa.Tv berbayar juga,siaran tv yg sedia ada pun tak sepanjang masa nak ditonton.Sebab itu orang Melayu asyik sengkek,membazir pada benda yang tak berfaedah.

Tanpa Nama berkata...

Orang muda says:

dira :

dira anda duduk di kurun yg ke berapa? kurun 17? skang ni telefon bimbit menjadi satu keperluan terutama ank2 yg belajar di universiti. nmpak nyer dira cube mengajak masyarakat menjadi masyarakat retro kembali ke kurun 17 dimana sume org menhantar mesej mengunakan burung merpati.

artikel tu atas saye boleh label kan sebagai sngt lemah dan anti-teknologi. mcm dira jugak ingin mengajak masyarakat kembali di dunia yg tiade wayar. ape ingat laptop diguna kan mahasiswa hanya utk belajar ke? kalau sesuatu kursus itu tidak memerlukan laptop maka tak payah guna laptop.

saye rase professor2 madya UM tu pun same bodoh nyer jugak. kalau mcm ni punyer teruk pemikiran professor2 di Malaysia ni tak tahu la mcm mane pemikiran pelajar universiti di malaysia lagi teruk agak nyer. stupid typical malay.

dlm artikel menyebut buat ape pelajar ade laptop sedang kan bnyak makmal komputer, dan siber kafe di universiti. pernah kah anda bertanyer pade diri anda buat ape aku beli kereta dan motor sedang kan bnyak pengangkutan awam? jadi jual saje kereta dan motor anda tu dan anda pergi keje naik bas awam yg penuh sesak itu. ini satu kenyataan yg bodoh dari penulis.

dgn ade nyer laptop pelajar tak perlu bersusah payah turun asrama dan pergi ke makmal komputer. mereka boleh buat kerja di dlm bilik mereka sahaja. mcm pasl kereta td, dgn ade nyer kereta tak perlu bersusah payah naik pengangkutan awam yg penuh sesak tu. hidup menjadi lbh mudah. sbb itu kite kene berterima kasih kepada Bill Gates kerana mencipta WINDOWS.

kalau penulis risau disebab kan pengaruh buruk seperti laman web lucah dan sebagai nyer. itu la risiko yg perlu dihadapi apabila kite maju dlm teknologi. tak de bende yg kite buat tak de risiko dlm dunia ni. sume ade risiko. dari pade kite kembali ke zaman primitif, no laptop, no handphone, baik penulis menulis mcm mane nk atasi perkara ini.

skang ni segala maklumat dan berita dihujung jari.menhalang pelajar dari mengguna kan laptop adalah langkah kebelakang dan ini adalah pemikiran kolot org tua2 seperti ibu bapa kite. di zaman mereka tidak ade semua teknologi ini die mereka org2 tua kolot merase kan tidak penting semua teknologi ini sbb mereka tidak merasai tekanan teknologi mase kini.

golongan mude tak pelukan UTUSAN MALASYIA, BERITA HARIAN, THE STAR, sbb sekarang ini mereka dah ade malaysiakini.com, themalaysianinsider.com. dan golongan muda skang tak perlukan tv sbb mereka sudah ade tv sendiri
yg dipanggil YOU TUBE.

so buat stupid typical malay, ubah la mentaliti anda, jgn anggp golongan muda tidak memerlukan laptop hanya disebabkan pemikiran kolot anda.

iza berkata...

salam, sy nak menyampuk juga..

saya bekas pelajar UM, asasi sains tahun 95/97..mungkin banyak bezanya asasi sains dulu dan sekarang.. setahu saya asasi sains memang tak perlu buat assignment gunakan komputer, semuanya dibuat dalam kelas tutorial - handwriting..ni salah satu cara utk pastikan student tak copy paste..assignment handwriting ni gak masih diamalkan di kelas2 Master di UKM..bukan menidakkan technology sbb saya sendiri seorang graduan computer science

saya beli computer hanya pd semester akhir, sebelum tu buat semua assignment guna computer kat lab..seharian stay kat lab, hari sabtu pun dtg lab..byk kebenaran kata2 professor tu