KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100522

Suami polis belasah isteri polis di Malaysia


Ini kisah bukan di Amerika Syarikat, bukan di Iraq, bukan di Palestin, bukan di Zimbabwe atau Mongolia tapi di Malaysia. Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis.

Kes sebegini sudah menjadi lumrah sekarang. Bukan keluarga polis sahaja ada kes gaduh suami isteri. Keluarga tentera pun ada belasah suami isteri . Keluarga UMNO pun ada belasah suami isteri. Keluarga PAS pun ada belasah suami isteri. Keluarga PKR pun ada belasah suami isteri. Keluarga Jabatan Agama pun ada belasah suami isteri.

Janganlah nak salahkan sesiapa, kerana masyarakat kita sudah hilang punca. Solat jemaah di masjid dan surau bukan jadi keutamaan. Al Quran dan Hadith bukan jadi panduan. Ulamak yang zuhud bukan jadi rujukan.

Biarkanlah polis melakukan tugas mereka secara professional. Ahli politik , ahli perniagaan dan sebagainya, janganlah guna polis ini untuk kepentingan peribadi dan kuasa. Polis banyak kerja lain nak buat, yang penting sekali mencegah jenayah.

Sama-samalah kita ingat mengingati.

Baca juga kisah Masyarakat perlu bantu polis pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/03/masyarakat-perlu-bantu-polis.html

Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ? pada pautan berikut
http://amkns.blogspot.com/2009/04/apa-dah-jadi-dengan-polis-di-seremban.html

***********************

SUAMI BELASAH ISTERI SARAT
Harian Metro 22 Mei 2010

Pasangan polis hadapi krisis rumah tangga gaduh di restoran

ALOR SETAR: Seorang anggota polis wanita yang sarat mengandung tujuh bulan cedera dibelasah suaminya yang juga seorang anggota polis dalam satu pergaduhan dipercayai bermotifkan cemburu di Simpang Empat, dekat sini, Isnin lalu. Sumber berkata, pergaduhan itu berlaku apabila mangsa yang berusia lingkungan 20-an terserempak dengan suaminya yang juga anggota pasukan pancaragam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama seorang wanita di sebuah kedai makan di pekan itu. “Mangsa yang berang memarahi suaminya menyebabkan beliau memukulnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

“Akibat kejadian itu mangsa cedera di beberapa bahagian badan, termasuk muka, tangan dan kaki. Seluar mangsa juga terkoyak di bahagian lutut dipercayai terjatuh ketika mereka bergaduh.

“Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), " katanya di sini, semalam.

Katanya, pasangan suami isteri itu dipercayai tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu berikutan mempunyai masalah rumah tangga dan sering bergaduh.
Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Abdul Ghaffar Rajab ketika dihubungi mengesahkan mangsa membuat laporan polis pada keesokannya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Suamibelasahisterisarat/Article

Tiada ulasan: