KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100329

Masyarakat perlu bantu polis


Apabila dengar cerita polis naik gaji, polis dapat elaun, polis naik pangkat. Masyarakat tidak sepatutnya iri hati, tidak sepatutnya serah semua tanggungjawab mencegah jenayah kepada pihak polis.

Kekadang memperbesar-besarkan cerita polis naik gaji, naik pangkat dan sebagainya menyebabkan ada masyarakat yang serah bulat-bulat semua tanggungjawab cegah jenayah kepada pihak polis.

Sebenarnya beban tugas polis semakin mencabar. Cubalah kita duduk berbicara dengan anggota polis dari pangkat bawahan konstabel hinggalah ke pegawai.

Sikit sikit panggil polis. Dari kes gaduh di sekolah. Kes rumah tangga. Kes jiran bina tembok pagar pun panggil polis hingga masuk mahkamah.

Masyarakat harus fahami tugas polis yang sebenarnya. Jangan dengar cerita-cerita sedap di akhbar dan media.

Lagi elok kalau Menteri yang jaga hal ehwal polis ni turun padang tanpa dirancang.

Tengok anggota polis ni cukup tak masa bersama keluarga.

Anggota polis ni cukup tak kereta peronda MPV yang berfungsi.

Anggota polis ni boleh tak pencen awal dengan mendapat ganjaran yang setimpal.

Banyak saya dengar keluhan anggota polis. Tapi saya puji mereka, walaupun mereka meluahkan masalah, mereka tetap menjalankan tugas sebaik mungkin.

Saya hanya mampu bersimpati dan berdoa agar mereka ini mendapat ganjaran pahala dari Allah swt diatas perkhidmatan ikhlas mereka demi agama, bangsa dan negara.

Saya bukan Menteri yang boleh turun padang dan mengambil tindakan penambahbaikan.

Kita sebagai masyarakat haruslah hidup harmoni dengan semangat kejiranan yang disaran oleh Islam. Ambil peduli sedikit apa yang berlaku di sekeliling kita. Berikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis dalam mencegah jenayah yang semakin kronik sekarang ini.

Tiada ulasan: