KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100309

Projek yang menyusahkan rakyat di Senawang



Projek pembentungan berpusat di Senawang telah sekian lama tertangguh. Saban hari ianya menjadi projek yang berbahaya kepada keselamatan penduduk sekitar. Kolam najis yang amat dalam terdedah kepada orang ramai terutama kanak-kanak yang boleh jatuh dan lemas di dalamnya, kemungkinan juga menjadi tempat sarang pembiakan nyamuk aedes, penduduk sukar membuat kenduri kahwin dan tugasan harian kerana kolam najis betul-betul depan pintu pagar rumah mereka dan banyak lagi masalah lain.

Sila lihat butiran lanjut masalah projek ini kepada orang Senawang di http://pasns.blogspot.com/2010/02/projek-tahi-kerajaan-bn-di-nsembilan.html

Yang terbaru apabila hujan turun , air melimpah-limpah keluar dari penutup lubang yang jelas tertulis Indah Water (memang nampak Indah air yang melimpah keluar). Gambar pada pautan berikut diambil pada 27 Februari 2010 sekitar jam 6 petang di jalan depan Surau Taman Alamanda , Senawang .

Tak tahulah kenapa projek ini dibuat pada mulanya. Sepatutnya projek pembentungan berpusat ini dibuat di projek perumahan yang baru. Bukan yang dah lama sedia ada , di mana menyusahkan rakyat. Lebih malang ada rumah-rumah yang retak-retak ketika kerja menggali untuk memasukkan paip pembentungan berdekatan rumah mereka.

Dah berapa kali masuk akhbar entah masalah projek ini. Namun tak ada tindakan yang positif dan berkesan dilakukan. Cuma yang belum masuk TV3 saja.

Entahlah.

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mungkin bukan rakyat di Senawang agaknya.

Tiada ulasan: