Pada bulan Januari 2010 terdapat laporan bergambar di mana KFC baru di tengah bandar Seremban ada papantanda depan KFC tersebut yang tertulis TANAH HAK MILIK PUSAT ZAKAT NEGERI SEMBILAN MAINS.
Pagi tadi Sabtu 6 Mac 2010 dalam perjalanan pulang dari pasar di Seremban saya terlihat tiada lagi papantanda tersebut di depan KFC.
Ianya telah diganti dengan papantanda yang tertulis ZAKAT 1 KEWAJIPAN 1 JUTA HARAPAN.
Pagi tadi Sabtu 6 Mac 2010 dalam perjalanan pulang dari pasar di Seremban saya terlihat tiada lagi papantanda tersebut di depan KFC.
Ianya telah diganti dengan papantanda yang tertulis ZAKAT 1 KEWAJIPAN 1 JUTA HARAPAN.
Pelik juga rasanya. Adakah tanah milik Pusat Zakat Negeri Sembilan di tengah bandar Seremban tersebut telah dijual kepada KFC ?
Bukan apa, saya juga ada hak nak tahu. Maklumlah sebagai orang Negeri Sembilan, juga saya suami isteri sebagai penyumbang tetap bulanan potongan gaji zakat pendapatan melalui Pusat Zakat Negeri Sembilan dan ramai lagi umat Islam di Negeri Sembilan ini pasti tertanya-tanya.
Apakah jawapan yang akan diberikan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan nanti ? Jawapan kepada Yamtuan selaku Ketua Agama Islam dan kepada umat Islam di Negeri Sembilan ini mengenai status tanah Pusat Zakat Negeri Sembilan.
Lagi satu yang susah saya nak terangkan kepada anak-anak saya ialah kempen Boikot syarikat yang ada kaitan dengan Amerika Syarikat dan Israel sebagai tanda simpati terhadap nasib umat Islam di Palestin yang dizalimi.
Sebelum ini saya kempen boikot KFC, Coca Cola dan sebagainya. Tapi bila anak saya tengok KFC dibuat atas tanah Pusat Zakat Negeri Sembilan, saya pun tak tahulah, sedangkan banyak pengusaha Islam lain yang standing dengan KFC.
3 ulasan:
Ini lah dinamakan akhir zaman tanah milik insitusi Islam pun di beri kepada syarikat milik kafir yang membantu Israel membunuh orang Palestin. Mengapa tak ada ke syarikat Islam lain yang layak? Kerajaan sibuk nak buat halal hub mengapa tak buat di tanah zakat? Adakah Pusat Zakat membuat tender terbuka untuk tanah ini ? berapa kadar pajak atau jual tanah ini? kalau pajak berapa tahun ? dan duit jual/pajak tanah ni di gunakan untuk apa? jangan kroni yang dapat sudah la...
sepatutnya tanah zakat ni di bangunkan untuk bagi asnaf atau orang Islam meniaga paling tidak pun bagi la kat bank-bank Islam dah nama pun tanah zakat... ni tak jual kat perniagaan Amerika! tak ada sensiviti langsung!
aku nak berhenti buat potongan zakat... malu institusi agama tak tau maruah!
Catat Ulasan